skip to main |
skip to sidebar
I want a dog please! haha
Mula-mula aku nak buat title yang cliche gila bila cerita pasal anjing macam ni: Anjing oh anjing ~~ tapi nanti macam boring gila pulak, so itu aku tukar.
Haritu aku dah nasihatkan Arep supaya bela anjing ni, tapi dia tak nak, katanya nanti kalau bela nanti malaikat tak masuk. Aku tak tau nak cakap macam mana lagi.
Eh aku bukan apa, anjing yang satu ni sangat cool, kalau kita bela memang tak payah suruh dia akan taat dan buat kerja dia.
Anjing ni bukan sebarangan anjing, dia boleh disable mana-mana benda yang kita tak nak sebab rupa-rupanya function macam tu boleh sebabkan komputer kita idle, unresponsive lama gila, dan itu mengganggu kerja tahu? (mesti pernah rasa macam ni kan?) Sebab bukan kita mahu pakai sangat pon function itu, haha. Biar kan saja anjing itu buat kerjanya boleh?
Dulu masa life baru bermula(betul-betul lepas format komputer), ok lagi sebab tak beban sangat, tak banyak kerja sebab software pon tak banyak, tapi kalau mcm sekarang ni benda yang dibawak pon makin banyak, kalau takda anjing ni pon memang macam payah sikit la, sebab kadang-kadang benda yang kita tak expect nak guna sangat macam melambatkan process lah jugak, sebab dia memang makan memory(RAM)
Kadang-kadang aku terfikir gak mahu ada anjing yang semacam ini dalam hidup. boleh disable mana-mana benda yang rupanya makan memory usage hahaha, dan itu sangat mengganggu lebih-lebih lagi bila saat kau perlukan otak berfungsi dengan optimum.
Eh, dan cool gila tau orang-orang yang macam tak perlu anjing ini, sebab dia agaknya macam tak install benda-benda apa sangat pon dalam pekerjaan seharian dia, maybe sebab komputer pon takda, so why bother?? hahaha. so sebab tu memang bila-bila nak pakai otak memang tip top gila lah sebab cpu/pf usage pon default nya sangat low
So bila cerita pasal anjing dalam real life ni, aku pernah jugak berangan mahu membela anjng bila tgk2 cerita hollywood yang banyak anjing comel, plus dia orang ni memang lagi cool dari kucing sebab kucing akan datang kat tuannya bila mahu dua benda sahaja,
1)diusap-usap(mahu bermanja lah pendek kata),
2)makan time!, plus lagi pernah ke kucing buat kerja ha?, memang pemalas dan tahu tidur saja!
(Owh kalau aku dah tak suka tu, semua keburukan aku akan carik sampai lubang cacing , ish)
haha kidding je kot, sebab takkan la sebab mengada-ngada macam ni aku sampai sanggup tukar mazhab kan?
Oklah, sebab macam dah jauh menyimpang, entri ini sebenarnya ditujukan untuk kawan-kawan di Egypt especially dan mana-mana kawan lain di merata dunia yang tengah cuak,
selamat memasuki fatrah(tempoh) imtihan, dan selamat mengoptimumkan fungsi otak dengan ucapan tulus ikhlas,
"Shiddi hilku, rabbina yenaggahku"(selamat menguatkan diri anda, moga tuhan mentaqdirkan kejayaan untuk anda).
aih, boleh jadi aku boleh jadi lelaki paling sweet dalam dunia?(wish luck je pon nak kecoh, haha)
p/s: macam mana ni? nak bela anjing betul tak boleh, pastu pulak aku tiba-tiba terasa diri ini telah terlalu tua untuk main Pet Society dalam facebook bila melihat ramai kawan-kawan sebaya yang lain main? hahaha
19 comments:
cute gila gambar tu.
2taun lg, aku kasik la ko anjing sekor. nak?
memang aku google pon tulis cute dog, mana la tak dpt yang cute haha
okeh set.
2 tahun lagi aku akan claim!
ingat, 2 tahun lg.
ok2. igtkan aku balik la nnt.
1st time to leave comment here. surprise entry ni. memula igt gaya mcm org tu nak bela anjing je. tp mcm2 nak kena fikir kalau nak bela anjing ni. susah pun ada.dah main2 kena samak pula. yela x kan anjing tu x jilat2 kan.
btw bela kura2 je pn not a bad idea. tp xde la membantu mcm anjing kot.rupa pun xde la sedap mata memandang. :p
hehe, link ni best, ty la tgok :
http://www.mymki.com/2009/02/lepas-solat-jumaat.html
-> byk anjing2 comei.haha
Faeza-haha harapnye mesej aku sampai(winpatrol for life je pon), gurau je kot dah aku cakap td takkan la nak tuka mazhab pulak kalau nak bermanja2 ngan anjing nih
p/s:the idea of making kura-kura as a pet ok gak apa. kura-kura life span lama gila sempat lah tengok dia membesar sama-sama kita. kalau anjing aih, 7-8 taun je nak kene bye bye
Nemo-wahh! pemilik anjing nih memang gila. Plus memang saja gila pakai jubah n amek gambar lepas smayang jumaat. Tidak ada yang lebih ironi dari itu kot
hahaha
ada pro n cons la dia buat macam tuh~ kitorg masa mula2 jumpa blog tu mmg terkejut gile, haha. tapi, lps baca explaination dia, xde pe sbnarnye. persepsi org2 melayu kita je~
P/S:lps bca blog tuh, serius, mmg teringin pulak nak pi pegang anjing.haha
anjing memang la comel...
tapi kan...
bulu dia terbang merata rata, macam kucing. kat rumah bela kucing tak? atau penah pergi rumah orang yang bela kucing tak? aduh... kalau perasan kat setiap persegi rumah tu ada je bulu2 halus. wuuu... tak sanggup ah hidup ngan bulu2 berterbangan tersebut.
Hurm~
memang bulu tu jd masalah, tambah-tambah lg kalau yang ada allergy,
tp unlike cat, kita boleh la cari hairless dog, mcm byk je spesies itu, haha
but wait, eh i'm not that serious kot mahu bela anjing! Haha
lelaki paling sweet...?
hik3x....
ai yep.... =)
soo sweet la ayep =)
nuni+ yati=heh. swit pebendenye wish gudluck exam je pon.. (lebih kepada diri sendiri sebenarnya).. haha
hello nuni, welcome to my page
incik...
saya baru perasankan pertukaran pada nama
comelnya~
dan mengada
hehe
tapi betul!
okeh, tak mengada pon
sebagai tanda penghargaan mungkin?
sebab aku yang selalu sedikit saiko dan jarang dimanjakan ini,
memang tak pernah mimpi lah nak dapat nama2 gelaran yang sedap didengar yg semacam nama ini. haha
tak payah nak bagi contoh banyak-banyak nanti orang menyampah, paling sopan pon macam abang pisau. haha
oh, dahaga untuk dimanjakan rupanya polar bear kurus ini
memang tak dimanjakan pon,dan takdalah mengharap sangat
tapi kalau aku buat pon org tak nampak, sebab subtle, LOL
haha. byk sial komen entry ni.
abang misai.
hahaha.
byk gila LOL ko.
Alah, at least xde la mcm blog ko.
Berlumba2 diorang nak lawan sapa komen dulu, hoho
manela traffic tak lbey 1000, lol
(akibat mls stadi dan on tenet kt henset)
perli ke apa? aku x tido lagi la.
Post a Comment