Saturday 7 November 2009

Maaf, entri mode perasan luar tabi'e

I


Blog ini telah ditutup lebih dari 2 bulan. Tidak ada alasan.

Jika ada kawan-kawan yang menaip http://harapanbanjar.blogspot.com lantas kecewa kerana tidak dapat masuk, maafkanlah.
Jika ada yang sakit mata kerana memandang bookmark blog ini dlm blog sendiri yang masih tidak bertukar2 header 'isu H1N1, bla bla bla..', macam waruk misalnya, juga maafkanlah.
Jika ada yang mahu promote kepada kawan-kawan pasal blog ini kemudian semasa forward address kpd kawan-kawan, tapi eh tak bleh bukak la.. apa ko promote ni? mesti malu kan? MAAF.
Jika ada yang masa sibuk2 penamaan calon blog award perubatan tempoh hari ada terfikir untuk mencalonkan harapan banjar tetapi rupanya tidak valid dan tidak menepati terms and regulations kerana blog ini tidak dibuka kepada umum. oh our loss! hehehe
Jika ada yang merindu, takpe, kan dah bukak balik ni. lol

ok, last last, Jika ada yang menyampah sebab entri baru ini, aku pelik-pelik pulak hari ini dengan mode perasan luar tabi'e. Jadi, maafkanlah. Aku harap hati korang selembut hati arab yang bila kita cakap ma'lish(sorry) terus macam nak cair. Sila jangan jadi trait arab yang keras hati dengan bertanya lagi: 'Ma'lish eih?'(apa sorry-sorry??)



II


Well, alhamdulillah, aku dah naik tahun yang ada dr-dr kata, (sanah illi mafish waqt li yunsa) tahun-yang-tidak-ada-masa-untuk lupa.T____T padahal kalau banyak benda masih tak tau, nak lupa macam mana?
I mean how can we forget the memory that is not there? that is not amnesia. Delusion, perhaps.hahaha

Jadi yelah dah macam2 lecturer kita jumpa, dah macam-macam gaya ada. Tapi kan, ada satu gaya pengajaran yang memang tak lari dr egyptian culture..

Benda ni sudah diobserve lama, tapi baru skarang rasa nak share.
Aku tak tahu course-course lain mcm mana, tapi medic nih sebab mcm suma menda pun nak kena ada explaination. so tak pelik lah kalau dalam kelas asek nak tanya apsal camni camni camni, then lecturer akan cakap sebab bla bla bla

misalnya masa kelas dr. Ashraf Zaki yang sampai beratur kat jalan orang nak masuk kelas die(die exaggerate, aku quote je,LOL).
Contohnya dia tanya kat budak-budak ni: Apahal VSD tak sebabkan right ventricular enlargement except during late stage?

......budak-budak ternganga sambil fikir apasal ah dalam hati.......

then dia pun kata: 'Sollu a'lannabiy ba'a' (jom kita selawat ke atas nabi dulu)

......budak-budak pun selawat kuat-kuat, yg pakai tudung, purdah, yg tak, yg pakai baju seksi, ketat, suma selawat..

'alashan, bla bla bla........' (sebab, bla bla bla....)

Well, mungkin kerana ini tahun yang tidak patut kita ada masa untuk lupa, mungkin dengan culture diorang sebegitu yang mana aku tak jumpa kat malaysia, dengan berkat selawat ke atas nabi, otak-otak beku yang benda susah nak melekat boleh jadi cair, not only seeing, but keeping.



p/s:sorry, sedikit medic jargon. haha. nanti aku belanja. jgn marah-marah.

Friday 14 August 2009

Cara bisnes secara subtle yang berlindung bawah nama kesihatan(H1N1)

Sebab prevention is compulsory/better than cure bila jadinya wabak-wabak yang jadi national threat sebegini, janganlah u all selfish sgt.

Maksud saya kalau u all ada ILI(Influenza Like Illness), dan u all bernasib baik kerana mungkin akan berjaya survive tanpa perlu amek antiviral pun sebab immuniti u all yg superb tu pon. tapi still u all boleh menyebarkan virus ni kat orang-orang yang ada chronic morbidities yg mana mungkin mereka akan mati sebab u all.

Tak takut ke? Memang lah panas pakai mask, tapi kat neraka lagi panas kot?


Sebab itu, sudahkah anda mendapatkan mask untuk anda dan keluarga anda di store yang berhampiran?



Jadi, berita baik untuk mereka yang buntu di mana hendak mendapatkan mask ini.
Dia bukan sahaja boleh didapatkan di guardian, watson, mydin, mahupun klinik-klinik dr.Rosli yang berhampiran, tapi gerai-gerai di uptown juga ada menjual.

Cuma mungkin yang lebih istimewa harga universal RM 1 boleh ditawar atas budi bicara.
Mereka(org kelantan) memang celik bisnes dan peka terhadap keperluan semasa.


Saya tidak mengeluarkan ayat berbau racist, tapi memang yang jual semua memang berasal dari kelantan pun.
Selain mereka peka, mereka memang sumber 'pemacu' ekonomi Malaysia. hehe



p/s: kenapa orang-orang dulu-dulu, asal anak nama Rosli je memang ada harapan cerah untuk bukak klinik?

Thursday 13 August 2009

Mentaliti pun ada trait

I


Nak tau mentaliti orang kita yang bagaimana?

Bukan nak cerita pasal jagung tu.
Tapi yang di kanan itu MPV malaysia yang bernama EXORA. Jadi orang malaysia kalau bentuk seolah-olah macam keluaran luar akan dikatanya 'AH TIRU'.
Tapi kalau tidak ada unsur luar yang mana-mana dia akan kata 'ah TAK LAWA LAH. Avanza atau Grand Livina lagi lawa. Takpon lagi terbaik Caldina'



II


Akibat kecewa dengan jalan yang kelihatan sama tidak kira di KM berapa. kita singgah sebentar di gerai jagung manis kerana dok teringat-ingat rasanya.

Kita(orang malaysia) memilih untuk menghargai jagung ini dan oleh itu kita letakkan satu menu terbaik untuk mengangkat tinggi nilainya.
Bagaimana? jagung manis yang simple bahan-bahannya tapi lengkap rasanya dengan manis-rasa jagung itu sendiri, rasa lemak-garam secukup rasa, mentega dan mayonis beberapa sudu tidak dilupa.

Tapi tidak bermakna kita buat begini untuk tunjuk kita hargai, orang lain akan buat benda yang sama.

Sebab kalau orang Iran diorang tambah dalam senarai komposisi bahan dua benda yang merosakkan rasa. 1-serbuk daun pudina, dan 2-shattah(serbuk cili hijau dan merah) yang buat celaru rasa dan mungkin kalau yg sedang merasa mahu uwekk2 setiap masa.
Kenapa diorang buat mcm tu?

Kita memilih untuk menghargai sesuatu itu dengan sejujurnya. Jadi bila jadi begini kita kecewa bila mereka tidak reti menghargai sebegitu.
Ataupun sebenarnya cara mereka(cara menghargai) lain, tapi kita yang bermasalah kerana tak dapat terima?

Wednesday 12 August 2009

Zemalaman di Zate Kajang Haji Zamuri



Ini sebuah entri peribadi kerana penulis(B.S) yang mana beliau mendedahkan rahsia memalukan diri sendiri yang tidak pernah makan sate Haji Samuri semenjak 23 tahun beliau telah hidup di Malaysia.Oh!



BS merasakan Haji Samuri sungguh tamak sekali apabila membeli kesemua gerai-gerai sate lain di medan selera ini dan rebrand setiap gerai itu di bawah perusahaanya. Mungkin inilah yang dinamakan rahsia kejayaan. Nak berjaya mesti kiasu!



BS teramat berdukacita kerana akibat perpindahan kilang, BS tidak dapat makan sate perut makcik *****. ish3



Siapa sangka budak kecil di dalam gambar berikut akhirnya memiliki franchise dan cawangan sate di merata-rata sekarang ini(lebih dari 20 cawangan). Rezeki orang itu tuhan yang mentakdirkan. BS pun tidak pernah akan sangka!



Di beca inilah dikhabarkan haji Samuri bawa barangan perniagannya di jalanan dulu-dulu



Walaupun ini namanya muzium sate samuri, BS kekurangan info untuk berkongsi kerana kurangnya maklumat teliti dari pihak muzium sendiri.
Pihak kurator muzium sepatutnya meningkatkan kualiti maklumat2 sejarah bermanfaat untuk pihak yang berminat untuk mengambil tahu contohnya BS sendiri.



Ada sumber lisan yang memberitahu di periuk(kiri sekali) ini lah dulunya haji samuri menghancurkan kacang tanah untuk dibuat sambal kacang. Maaf lagi sekali. BS kekurangan sumber info. Segala kesulitan amatlah BS kesali.



BS tersenyum puas kerana merasa amat terharu kerana tuhan masih memberi peluang kepada diri ini untuk merasa nikmat dunia yang dikenali ramai ini sampai mustahil kalau tidak pernah merasanya. walaupun sama saja sate di mana-mana sebenarnya. Sejujurnya tidak adalah apa yang jauh bezanya.



BS bersama rakan meletakkan sate di mulut sebagai bukti hari bersejarah BS makan sate samuri untuk kali pertama seumur hidup. Lagipun beliau tidak mahu dituduh 'hanya poser'.





p/s:BS adalah nama pena penulis. (bujang sudin). namun begitu ini adalah entri terakhir penulis menggunakan nama pena sebegini di dalam entri sebab BS sendiri merasa cara begini tidak sesuai. Orang lain nak pakai contohnya WS, PS, QS mahupun RS. silalah. BS tidak sepoyo itu lagipun. hahahahahaha




Sunday 9 August 2009

Ayuh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Costa Coffee!

Setiap syarikat ada polisi sendiri.
Tapi kadang-kadang polisi itu kelihatan sungguh keji:

Beli minuman, MESTI beli cake skali.

eh sedangkan kadang-kadang kami nak beli salah satu saja. so eh eh apa paksa-paksa ni?





Tidak kira betapa tinggi rasa sesuatu itu dan betapa berbaloi dia dikhabarkan...


Tetapi kalau dah dipaksa-paksa untuk merasa ketinggian nilai sesuatu itu. siapa yang tak tawar hati?

Jadi bagaimana kalau tawar hati tetapi kadang-kadang teringin kerana merindu tetapi tidak mahu lah, kerana ego?(tidak bertempat)

-caramel cheesecake dipped in garnache(costa coffee's)-




jadi mungkin buat sendiri boleh menjadi satu solusi?
Go home made go!
-cheese cake caramel buat sendiri-

Wednesday 5 August 2009

Sehari selepas demo bantah ISA kita dah boleh nampak hasilnya

Eh meriah majlis kahwinnye ye bang? Besar-besaran pulak tu.





Agak-agaknye dapat banyak RM ke pasal tolong recruit budak-budak sekolah join kumpulan pro-ISA haritu kasi kacau anti ISA?

Taklah mana ada kita tuduh kita tanya aje heheheee..

Saturday 1 August 2009

Sepetang berjama' Qasar di RnR pilihan hati mengembalikan nostalgia mula-mula nak meninggalkan Malaysia dulu-dulu

Memang lumrah manusia untuk ada preferences.
Contohnya macam zaman sekolah dulu mesti nak pegi yang toilet satu ni. Bukan mengada-ngada tapi bila pergi toilet lain tiba-tiba macam tak berapa nak selera. hahahaha. Macam tu lah

Jadi R n R pilihan sejak dari dulu lagi rasanya R n R Dengkil yang satu ini . untuk sembahyang sebelum sampai atau selepas pulang dari KLIA, untuk berbuka kalau nak pegi airport tiba-tiba dah masuk maghrib, takpon nak pergi berfoya-foya tapi rupanya tak sembahyang zohor lagi kot-kot nauzubillah tengah jalan eksiden boleh mati tak sembahyang lagi nak jawab kat depan Tuhan nanti macam mana?

Jadi R n R pilihan sejak dari dulu lagi rasanya R n R Dengkil yang satu ini


Siapa yang tak gembira berlari-lari untuk bertemu tuhannya kalau jalan masuk ke masjid pon sophisticated bak jalan ke taman syurga?



Sekali lagi tema 'open air' bagai tidak mahu memisahkan pembangunan dengan alam, sekaligus hubungan antara penciptanya makin kukuh. Pandai, pandai.



Kreatif:Siapa-siapa curik sejadah ni nanti tidak boleh lah bagi alasan macam ni:"PLUS tak cakap apa-apa pon, mana saya tahu dia tak bagi ambil"



Larangan cliche dalam setiap masjid.
Tapi memang lumrah rasanya akan tidur nyenyak di dalam masjid. Tak mengaku? Dulu kat surau sekolah pun macam tu rasanya.



Tapi why oh why yang satu ini : Kalau tak nampak, itu tanda dilarang membuang air kecil/Please do not urinate here.
Aku suspect samada yang pasang tanda ini bangla, atau bangla itu tersalah mengikut arahan asal supaya pasang tanda ni kat tempat wudhu' bawah itu.
Tak kisah lah, yang penting bukan di pokok-pokok kecil atas tu. sebab dia kata 'here'.

Sebab struggle gila kot nak panjat atas tu dan kencing di situ?

Thursday 30 July 2009

Plaza Alam Sentral

Eh. Rupanya sekarang ni bukan manusia je boleh perasan.

Mall pon boleh begitu jugak.





Tapi dalam dia malu-malu sebab bila kita nak amek dia asek bergerak-gerak, (yelah ni kan pintu mall) kita maafkan keperasanan dia,

itu pon sebab berkat mengambil acronim huruf pangkal dia.

sepertimana quote yang mahfuz cakap kat markaz belakang semalam:

al islam a'la wala yu'la aleik
(islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari nya)

kalau perasan pon tak apa. hahahaha



p/s: lepas ni buat entri-entri pendek saja sebab rupanya kat mesia lagi banyak bende yg lebih best yang boleh dibuat selain menghadap tenet. woho!

motif manusia zaman sekarang?

Zaman sekarang dah tak payah pakai baju brand terkenal tapi tak cliche mcm Paco Rabanne atau Banana Republic lagi untuk nampak poket berisi.
Lagipun uptown mahupun downtown dah banyak gila jual barang-barang macam tu.



Pakai je jubah jenama al-Haramain sudah.
Paling Up sket pon alter collar jadi macam tinggi sikit, cukup.



Jadi mungkin lepas ni aku akan pakai jubah macam ni sambil mengaku kat semua orang ana lissa mabijawiz (saya single, dlm cakap arab la tapi)

ana haalaan ma 'andi hajah walakin ana lissa fi tarek nefsi andi manzil fel nakhlah jumeirah (now memang saya takda, tapi tengah-tengah nak berkira untuk own property kat palm jumeirah)


zaman sekarang motive orang berduit atau carik duit ultimatenya satu dan dah lain macam gila dan konsep belajar begini diterangkan dalam subjek psychology, tapi cedokan dr barat.


tak boleh cerita di sini sebab yang baca blog ini bukan budak budak atas 18 tahun saja.

Tuesday 28 July 2009

Mengambil berkat musim panas dengan harapan entri 'terkena' berkat teriknya mentari





Ini merupakan entri 'response' terhadap entri petaijeruk yang bertajuk 'adab-adab menziarahi pesakit'.



Sejujurnya aku melawat aman dan eckm tidaklah sekerap mana sepertimana rata-rata gen6 kerana obviously ukhuwwah mereka adalah lebih 'padu'.
Tidak payah memberi alasan bagai kerana macam mana pon, kita seharusnya 'spare' kan masa untuk mereka


Jadi setelah menafsir sedalam-dalam entri petaijeruk ini dan menghadamkan adab-adab tambahan ini, aku mula bercadang-cadang untuk mengamalkannya di masa yang akan datang.


Kalau begitu, oh padanlah aku hanya berbaju biasa sahaja semasa melawat mereka.


sebab aku tidak bawa sumbangan yang aku kutip dari mana-mana pon untuk tunjuk yang aku prihatin, selain aku bukan lah 'siapa-siapa'.

Jazahumullahu Khairan Kathira. Jaza humullah Khairal Jaza'(sebaik-baik balasan?)



Jadi selepas ini, mungkin aku patut pakai begini:

dan nanti kalau orang tanya eh lawa baju batik, dari mana yer?

mungkin aku akan jawab begini: 'adela....'(sambil tersenyum sopan)





p/s 1:Oh aku baru belajar yang beritahu yang kita prihatin adalah satu cara mempamerkan ukhuwah.

p/s 2:semasa ini tidak berani langsung untuk bergambar dengan eckm, lagipun buat apa. tapi dengar katanya eckm sudah semakin ok sedikit sejak duduk di bawah observation di HKL. Syafahullah...

p/s 3:selamat pengantin baru untuk Irfan. semoga segalanya diberkati.=)

Tuesday 21 July 2009

Percubaan menapis Gossip




I

Kalau kita main game telefon rosak kita akan tahu betapa 'flaw'nya sumber maklumat/info bila dia datang dari sumber lisan
contohnya dalam line ini ada 10 orang.
org yg pertama diberitahu oleh si polan-selaku sumber lisan primer mengenai makcik sekian-sekian masuk hospital sebab eksiden. banyak bahagian yg tercedera macam kaki dan tangan misalnya. cedera di bahagian kaki lebih teruk katanya
tup tup sampai kat orang yang kelima oh rupanya kaki nya dah dipotong sebelah sebab nak elakkan sepsis sebab katanya lambat admit ke hospital
ultimatenya sampai kat orang terakhir sedar-sedar kita dapat berita oh makcik ni dah meninggal sebab hospital lambat bertindak. innalillah.

Walhal makcik itu masih sihat walafiat dan hanya trauma sahaja.
sampai mustahil gila kalau dia develop PTSD.





II

Faizal Tahir ada banyak gila gossip, tapi sebab aku tak suka gossip murahan
Dulu aku pernah dengar satu gossip ekslusif pasal Kenapa Faizal Tahir keluar dari mirwana?

Masa itu thanks to media-media yang sangat pandai sehingga membuatkan org pandang serong dia kononnya dah jadi makin teruk. selama ini bernasyid hanyalah hipokrit nak dapat populariti sahaja. bukanlah di jalan dakwah yang utamanya.
Yang lagi teruk org kata dia memang buat mirwana jadi platform, bila dah rasa konfiden tu yang tinggalkan mirwana n join pulak OIAM. orang tafsir macam-macam katanya dia nipis iman bila nampak pertandingan yang ganjarannya sejuta kalau menang, sebab tu terus ah selambe lah tinggalkan mirwana.
Yang memang kaki nasyid, percaya bulat-bulat dan walaupun sebelum ni mengaku vokal dia paling sedap dalam mirwana, tiba-tiba terus jadi tak suka.
dan lagi trivia bila dia mcm bila orang tanya pasal isu keluar dari mirwana ni, no komen saja kot. memang dia tak nak cakap apa-apa. paling up pun dia akan kata jiwanya dalam rock jadi rasa bersalah sebab mcm tipu diri sendiri bila masih dalam mirwana.

sumber primer dalam versi gossip yang aku terima ini pula budak maahad hamidiah kajang.

Katanya sebenarnya dia(F.T.) bukan saja-saja tinggalkan mirwana.

Tambah mereka lagi member of the board dalam mirwana sendiri yang bangkitkan isu yang dia(F.T) bukan budak sekolah maahad hamidiah. Jadi oleh sebab tak genuine dan sebab sekolah ini claim mirwana adalah 'LEGACY' sekolah mereka jadi kenapa nak ada orang yg bukan dari kalangan mereka dalam team ini?
walaupun, hello, org yang banyak berjasa meningkatkan kualiti lagu-lagu mirwana start dari album HIkmah Kembara adalah Faizal tahir sendiri yang jadi penyumbang utama de facto nya
tapi kononnya for the sake of purifying legacy mereka itu dari anasir2 orang luar. kita usir saja dia dari band ini. jasa-jasa dia(member of the board) kita tutup mata saja.

Dan yang menariknya dalam versi cerita ini, faizal tahir yang sememangnya tidak ada komen apa-apa setelah keluar dari band ini, digambarkan berhati mulia sebab tidak pernah bangkitkan isu ini sebab tak mahu benda ni jadi lagi kecoh, nanti pecah tembelang rupanya org-org mirwana ni busuk lah jugak. i mean they all tampilkan diri macam nak bawak dakwah cara kontemporari, tapi bab-bab legacy ini alahai berkira lah pulak. wtfun.

Aku tidak tahu cerita ini sahih atau tak sebab kalau kita dengar cerita dari sebelah pihak, memang nampak silapnya semua dekat pihak yang satu lagi, jadi impaired gila judgement yang sebegitu. Lagipun kita takkan tahu kebenaran kecuali lah pihak-[ihak yang terlibat. Kalau kita sanggup bersabar tunggulah dekat padang mahsyar nanti. masalahnya dekat padang mahsyar nanti kita akan sebok dengan diri sendiri sahaja. pegi mampus lah mirwana dengan faizal tahir masa tu. hahaha

Jadi apa kata kalau ada pencinta kebenaran dan tidak mahu manusia saling berburuk sangka dan betul-betul tahu cerita. cerita kat aku?

sebab 'Penjelasan adalah satu benda yang crucial agar semua orang boleh saling hidup dengan aman'




III

Bencinta-lagu faizal tahir yang baru.saja letak sebab vocal bes. lagu catchy boleh tahan.

naluri manusia yang suka membetulkan aku mula-mula ingatkan lagu ni typo. supposed to be spelled bercinta. oh bila dah dengar rupanya benci+cinta. hahaha.
manusia, bila dia rasa dia dah pandai tapi kalau tak buat homework nanti lama-lama dia akan malu sendiri. hahaha. saat kita rasa kita tahu semua benda, saat itu lah kita mula menghancurkan diri sendiri dengan membiarkan kejahilan datang menjelma. eh tetibe je ni? woho


Lagu ni cerita pasal cinta kononnya-tengok lirik dia:

B
Sakitnya aku
G#m
Membenci kamu
E F#
Sakit lagi mencintai mu
B
Dan aku pergi
G#m
Tapi kembali
E F#
Benci aku mencintai diri mu
(amek kau dengan chord sekali, woho)




Orang-orang kuat bercinta selalu berkata, kita hanya mampu merancang, selebihnya takdir menentukan.

Padanlah orang-orang kuat bercinta memang loser.


HAHAHA


Tuesday 14 July 2009

Kerana Gambar boleh Berbicara dengan Seribu Kata-kata






Aku tidak ada mood untuk apa-apa sekarang ini. Namun itu tak bermakna aku 'moody'.




Kalau hidup kita kelam macam malam yang suram,
ayuh kita corakkan dengan tanglung-tanglung yang punya percikan warna -warna garang,
jangan digelapkan lagi dengan warna-warna pudar yang tidak terang.




Rasa tertanya-tanya membuatkan kita tidak selesa walaupun kita bukannya boleh buat apa-apa pun jika kita rasa kita tak punya apa-apa,
tapi sebenarnya kita masih mampu meminta pada Dia.

Tapi rasa begini membuatkan kita rasa seperti digantung tidak bertali.
Perasaan ini membuatkan kita rasa lebih rendah dari tanglung ini.
Sebab dia sekurang-kurangnya ada pengikat, bertali.
Sebab dia lumrah, sepanjang hayat kita tidak terlepas untuk ada
rasa yang begini.




Esok asalnya aku ada temu janji dengan cinta lain pada pukul 7-8, tapi tiba-tiba bila Bob call aku dan memberi khabaran yang cinta yang telah lama hilang(long lost love?lol)ku juga mahukan aku esok. Aku minta maaf awal-awal pada cinta lain.

Bila bila dan di mana akan aku utamakan cinta yang satu ini kerana dalam hidupku dia datang dulu. Dia memerlukan aku lagi-lagi.
Konon-kononnya orang kata cinta datang berkali-kali.
Tapi yang penting dia biar sedar ada wujudnya perkataan berbunyi begini : Prioriti.




Hidup yang sentiasa ditekan akan memaksa orang untuk maju ke hadapan,
hidup langsung tidak tertekan membuatkan orang menjadi WTFun?




4 tahun lepas aku jadi orang Kedah, kali ini aku akan jadi orang Melaka.

Aku tidak kisah jadi orang apa-apa, halimunan sekalipun, asalkan mereka bayar aku untuk bersama cintaku.
Yang penting aku tahu di mana sebenarnya letak duduk diriku.
Kiranya macam mana pun jauh di sudut hati aku masih orang Selangor seperti dulu.
Atau lebih dalam lagi aku fikir aku hanyalah orang Banjar sana seperti masa lalu.




Tuntuan semasa membuatkan tidak teragak-agak untuk memakai kopiah buat Khairy, atau sebenarnya mungkin dia baru lepas Solat berjemaah barangkali?




nota:tiada rasa yang lebih dari biasa untuk gambar lelaki berbaju kuning dalam gambar ketiga.

Monday 13 July 2009

SMS separa masuk akal kerana sebab yang masuk akal



Pagi tadi terbunyi henset dengan sms dari encik Jiman yang sudah sah-sahlah ada MBBCH,
atau lebih tepat lagi, Dr. Jiman yang sedang posting di department medicine HKB.


Sebelum itu memohon maaf kerana mencapubkanbeliau di sini lagipun dia bukan lah baca blog aku pon.

Sms kelihatan begini:



Sobahal Ful
Betul katanya rindu, kalau tidak masakan greet dengan Sobahal Ful yang maksudnya 'Selamat Pagi' .
Ful itu bunga, jadi metaforanya mintaknya hari yang dimulakan pagi itu akan indah-indah belaka. Jadi dia guna cara orang-orang meser berkata-kata. Sobahal Ful, ringkas tapi padat.
Jangan kau kata sebenarnya itu ful kacang favism yang akibatkan G6PD itu pula. Malu lah. Tidak perlu diemphasizekan rindu sebab memang nampak yang itu.



Jalan-jalan meser yang bz.
Sebetulnya tidak apa yang perlu dirindukan kalau hanyalah kerana traffic yang hectic dan busy. Kita mahu suasana busy sebegitu di Malaysia?
Kita try Jalan kuching masa tengah hari, ataupun kita cuba ikut jalan balik ke Punchak Alam dari pukul 5 petang.
Atau kalau busy yang dimaksudkan boleh dimengertikan sekali bunyi hon, kita boleh lepak malam-malam di Subang Saujana tengok rempit yang terjal membunyikan hon sambil berlumba-lumba



Ta'miyah
Sejenis makanan ruji yang di mana-mana kau berlewaran di bumi sahara ni pon, pasti akan ada. Protein/intinya kacang, dihancur kemudian digoreng dengan minyak bahaya yang tipu lah kalau bukan TSFA. Carbohydratenya roti berbentuk poket, hasil kreativiti masyarakat meser yang menggelarkan diri mereka bangsa Arab. mungkin lebih hebat dari poket Doraemon.


Orang melesia pada pandang pertama mungkin memanggilnya roti arab, sebenarnya dia tak berdosa, nama dia boleh jadi Syami ataupun Baladi sahaja. sambung lagi Fibernya sayur2 hijau dan ada hirisan tomato dan dia ada kuah-kuah warna putih yang asalnya dari biji bijan,Tahinah namanya.


Tapi tidak perlu bayangkan dia sedap macam kuih Dorayaki sebab dia tidak begitu. lagipun siapa sahaja yang pernah rasa sebab itu kuih Dorayaki rasa apa ya?
Tak payah nak berbasa basi. Tak sedap pon. Kan senang.
cuma dia sebab jadi rezeki tuhan kalau bila dapat dimakan dan mengenyangkan perut walaupun tidak kena dengan tekak, jadi alhamdulillah saja. cuma rasanya taklah sedap mana sampai boleh merindu.


Katalah, kalau adalah org yang buat conspiracy ke atas aku, mereka struggle mendeprive diriku daripada makan Ta'miyah ini untuk 6 bulan.
oh rasanya aku tidak akan terefek dan akan masih LEBIH rindu kepada Kuih Telinga Keling buatan arwah nenekku.
aku tidak pandai untuk tipu diri sendiri. Sebab itu otakku dengan apa sebab pun tidak buleh terima bagaimana sampai buleh terindu Ta'miyah ini.
Kalaupun tidak kerana sentimental value sahaja, pastilah ada sebab udang di balik mana-mana


Jadi aku fikir, mungkin sebab bebanan kerja, ataupun tekanan dengan hidup yang demanding, menyebabkan Jiman tercakap perkara-perkara yang berlawanan dengan akal mcm rindukan jalan-jalan yang busy ataupun Ta'miyah itu, ataupun dia lebih tepat lagi merindukan suasana lepak tidak sebusy HO masa muda-muda di meser sebenarnya.


Sebab dulu hidup di meser, hidup tidak ada komitmen sangat apa-apa, tapi hidup di melesia, hidup berkerja. Mungkin itu sebab yang betulnya.



ok, jemput makan Ta'miyah ini dulu. kot-kot nanti takdalah merindu pula.
Siapa-siapa nak, amek banyak pun tak apa.





nota-TSFA=Trans Saturated Fatty Acid

Thursday 9 July 2009

Isu PPSMI-Golongan-golongan yg berlewaran di sekitar isu ini





Semalam muhyidin sudah bulat katanya. 2012 nanti selamat tinggal PPSMI. sebab better strike the iron while it's still hot. aku pon nak sibuk2 cakap pasal benda ni.


1-Golongan pejuang bangsa dan bahasa melayu
Mereka melayu tegar, kadang-kadang bukan salah mereka kalau mereka sasterawan negara. Mereka kata kalau dari kecik lagi budak-budak ini diajar dalam english, takut satu hari nanti dia dah tak reti mempunyai konsep dalam bahasa ibunda sendiri.

mahu jadi apa? hilang bangsa dan bahasa? melayu mahu jadi apa? sudahla terpinggir dgn kemajuan, pastu ada bahasa sendiri asalnya tapi tak guna, nanti hilang identiti.
akan bercorak macam mana Malaysia 20 tahun akan datang kalau polisi ini diteruskan? orang tua cakap melayu nanti dia tak faham. bahaya.

Tapi realitinya pengajaran menggunakan medium english hanya pakai 2 subjek sahaja pon. yang subjek baki masih macam asal. kalau yang di rumah bertutur bahasa melayu pula, takkan lah tiba-tiba terspeaking dalam rumah sebab yang azalinya tidak begitu pon?

Jadi mereka perasan pengumuman semalam adalah satu kemenangan untuk mereka. Walaupun di sini isunya for the sake of prestasi murid-murid sekolah je prioritinya. Bagi mereka yiiiiiha bangsa dan bahasa itu tak akan hilang. Sebetulnya keputusan semalam bukanlah semata-mata kerana kemaslahatan itu.


Mereka ramai.



2-Golongan Yang mempertahankan PPSMI
Mereka merasakan untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kehebatan n for the sake of better future, english adalah yg paling penting. Tak reti BI so susah sikit nak terkehadapan. yah. point-point mereka medium dan istilah-istilah yang digunapakai di dalam Universiti nanti adalah itu, nak apply kerja, nak interview sana-sini English adalah mediumnya(walaupun yang set that standard is us(kita). siapa lagi kan).

Mereka merasakan science n math=technology itu adalah sesuatu yang PROGRESSIVE dan sebab pengantara majoriti dalam bidang itu adalah english, jadi menggunapakai bahasa sendiri untuk mengejar kemajuan kata mereka itu adalah sesuatu yang melambatkan

BIasanya terdiri dari golongan urban dan merasa mereka superior, ya , mereka english minded kan? yang percaya kalau tak pandai mula-mula tak apa, yg penting percaya dengan kehebatan diri sendiri sebab kalau tak nak cuba, sampai bila-bila kita takkan meningkat? kata mereka bila lagi org melayu mahu setaraf dengan bangsa lain. mereka(bangsa lain) pandai english! dan memang realiti bila mereka cakap yang itu

Kadang-kadang mereka nampaknya terdiri dari golongan org2 universiti, intelek yang fikir begini: dulu pon mereka struggle juga dari zero so kenapa orang lain tak boleh?

mereka cuba reason kat semua org kita kena pakai english, mereka pelik sebab ramai sangat yang complain, contohnya budak sekolah, cikgu-cikgu n lebih sedih bila justification mereka tidak meyakinkan kerajaan yg sekarang bila polisi telah diputuskan untuk ditukar semalam dan mereka fikir kenapa agaknya orang-orang yang complain ini tidak mahu tingkatkan daya saing macam mereka?

dan mereka kata setinggi mana mereka belajar dalam english, overC ka, tempatan ka, tak timbul masalah lah lupa bangsa dan melayu itu sendiri. reti je mereka untuk balik ke asal-usul. prioriti di sini adalah berdaya saing. dan indicatornya ialah English

dan respon mereka untuk pengumuman semalam, mereka sedih, kerajaan(idea mahathir sebenarnya) hanya hangat-hangat tahi ayam. lepas ni akan hancur harapan untuk maju.

tapi mereka tak sedar bukan semua org ada kebolehan macam mereka. bukan semua orang masuk Universiti. dia orang tak faham kenapa budak-budak, makin lembab dan susah nak tangkap bila belajar science n math dalam english sekarang ni. peduli apa mereka budak2 ini kampung atau tidak. dia tak nampak kenapa. bagi dia dia ok je.

bila ada orang kata kat mereka negara maju macam jepun tak pakai english pon. mereka kata itu negara yang dah maju. so malaysia negara membangun. jadi why compare an apple with a non apple?

Jadi kalau begitu mari kita compare dengan Filipina, India, atau sesetengah negara Afrika yang menggunapakai polisi ini juga
(cdt to mamat, sbb dia mintak, haha). sudah maju kah mereka macam kemajuan yang kita impikan dengan berlandaskan english sebagai mediumnya tu?

Selain itu kan polisi ini serampang 2 mata,
1-nak fortify english, dan masa yg sama 2-mahu mantapkan math dan science supaya nanti masuk universiti(yg katanya pakai english) tidak kekok.

tapi adakah mereka lupa, untuk PERINGKAT BASIC(sekolah rendah n menengah), nak mantapkan english(language), dalam masa yang sama pakai english untuk science n math(logik dan pemahaman) adalah 2 benda yang berbeza, otak pon perlu 'FRONTAL' yang berbeza untuk proses kedua-duanya. maksudnya kalau ingin tingkatkan english kenapa tak fortify subjek english(language) itu sendiri? atau guna subjek lain yang tak memerlukan pemahaman sangat pon untuk practice english-untuk budak-budak ni macam pendidikan agama, seni? jadi bagaimana itu kiranya comparing apple with an apple?


dan mereka juga ramai.



3-Murid-murid
Mereka tidak ada kuasa untuk minta diajarkan macam mana dan pakai bahasa apa. Jadi mereka just go with the flow. ikut polisi.

Polisi pertukaran sebetulnya sangat drastik. contohnya yang di darjah 5 sekarang kalau dulunya dari mula-mula masuk sekolah sampailah ke darjah 4 belajar math dalam BM tiba-tiba kena tukar pakai english. Memang kalau yang jenis malas tak boleh nak buat apa lah kan.

Tapi yg jenis rajin smestinya pelik kenapa dia rasa dulu subjek ini sangat attractive dan sebab attracted mereka berjaya buat subjek yg sukar menjadi senang. Tapi sekarang ni mereka terpaksa tukar cara fikir dalam english dahulu untuk menjawab soalan, dan itu penat, dan benda apa pon, kalau ia sangat memenatkan, tak lama dia akan jadi unattractive tiba-tiba.

Jadi mereka akan pelik kenapa dulu subjek ini senang, skarang kenapa susah ya amat? dan itu direflect dalam slip keputusan dan buku rekod mereka.Tak payah aku cakap. baca kajian di sini ada bukti

Tapi apa yang mereka boleh buat, pegi je la sekolah. dan itu kalau yg jenis rajin dan berdisiplin. kalau yang malas, kesukaran tambah-tambah lagi membunuh minat mereka untuk ke sekolah. ponteng. begitu?Yang ada adik sekolah rendah dan menengah. silalah tanya apa yang mereka rasa.

Kalau yang jenis pandai sikit akan fikir. hesh dahla makin tak pandai science n math, tapi komfem ke aku makin pandai speaking? hahahahaha

Yang kononnya jenis fikir secara global dan tahu ini idea mahathir mungkin akan terfikir begini untuk salahkan Tun. boleh suruh Tun balik ke umur kita tak??? nak suruh die jawab soalan math ini. saya susah nak faham. Oh kalau Tun boleh, no wonder lah sebab Tun genius. masalahnya semua orang tidak begitu.Oh!


jadi pengumuman semalam, mungkin satu sinar baru untuk mereka. mintak-mintak lah 2012 nanti minat mereka akan bercambah semula. sebab kalau yang lahir sebagai melayu, bercakap melayu, di dalam otak cara mereka berfikir konsep science n math itu adalah masih di dalam bahasa melayu. dan kalau diajar dalam medium yg what their best at. mereka akan faham konsep. suruh la terang dalam bahasa apa pon lepas tu macam english ka. mungkin susah sikit nak explain. tapi yang penting konsepnya mereka dah master.
seperti cikgu2 yang disuruh mengajar dlm english. mungkin mereka hanya perlu pergi kursus English sahaja nanti.

Sebetulnya itu lebih baik dari bodoh science n math dan tidak faham apa-apa kerana hanya medium pengantar pelajarannya masih tidak serasi dengan cara otak mereka memproses maklumat. dan english tidak pasal-pasal disalahkan sebagai barrier.

Jadi sayang tak budak-budak yang supposed to bright dalam science n math ini macam generasi yg terdahulu, tumpul sebab tiba-tiba dia tak berminat kerana dia merasakan subjek ini susah. dan budak-budak akan rasa susah bila walaupun dia masih boleh jawab, TAPI dia melihat skor tidak memuaskan.
pihak sekolah sepatutnya boleh nampak benda ini sebab boleh compare dengan generasi2 dalam BM terdahulu

memang konon-kononnya kita level dewasa, tapi apa salahnya sekali sekala fikir apa yang budak-budak ini rasa?

Sekali lagi aku cakap. kajian yg telah dibentangkan membuktikan segala-galanya. klik sini


mereka adalah golongan yang paling ramai. dan nampak tak mereka jadi mangsa?



4-Pentadbir institusi pendidikan(ceh, cakap sekolah la kan senang, hahaha)
Macam murid-murid, mereka juga tidak ada daya untuk menukar polisi. Jadi kut mana pon kerja kena jalan.

kalau tidak ada cikgu yg cukup yg betul-betul fasih untuk ajar science n math dalam english? OK kita suruh saja cikgu2 english ni mengajar skali. masukkan jadual mereka dalam pengajaran science n math. tak kisah lah dia orang belajar di universiti dulu untuk mengajar apa. yang penting kerja beres!

yang mana-mana cikgu science n math tu, kita hantar mereka kursus. sana sini pon tak apa sebab nak kasi mantap english pulak. KESIAN MEREKA PENAT? ah nak buat macam mana sapa suruh tak pandai nak explain dalam english? hahaha

Lagipun kita akan bagi elaun untuk kelas tambahan untuk cikgu-cikgu ini pula. kita tak ada kuasa nak pantau sangat duit itu betul ke mengalir ke kelas tuisyen bahasa. biarkan mereka nak buat apa dengan duit itu. kalau itu membazir. nak buat macam mana dan nak salahkan siapa? pening kepala!

itu tak bising lagi pasal isu berapa banyak RM yg dibazir untuk material sahaja, sedangkan hasil tak seberapa?

jadi pengumuman semalam. satu nafas baru. mungkin selepas ini dah tak perlu nak pening-pening sangat. 2012, kita akan kembali untuk fokus bagaimana nak meningkatkan prestasi math dan science budak2 ini saja. mungkin lah.



5-GOlongan yang menyibuk macam aku

tulisan berwarna biru di atas melambangkan apa yang aku rasa sikit sebanyak. Kiranya menentang PPSMI bukan kerana sebab satu hari nanti hilang bahasa dan bangsa sebab oh ridiculous gila reason itu. tidak ada kaitan!

menentang PPSMI sebab aku sedar, bila kita nak bina pemahaman dan konsep di PERINGKAT BASIC untuk siapa-siapa. biarlah diajar dalam bahasa yang memang dia kuasai. supaya dia lagi mudah tangkap. prestasi meningkat nanti, semua orang seronok.win-win situation gila. demi ilmu kiranya.

Kalau nak bising pasal penguasaan english pulak. oklah aku sudah 4 tahun lebih belajar medik dalam english dan arab. tapi sejujurnya dalam science tidak ada apa-apa sangat pon yang boleh dibawa converse dalam kehidupan seharian sebabnya science macam medik dan physiology hanyalah english yang berlegar di konsep yang menggunakan perkataan sekitar INCREASE dan DECREASE sahaja, selebihnya hanyalah term2 yang untuk orang kebanyakan, tidak penting pon untuk mereka tahu sampai kita boleh masukkan dalam conversation seharian jika mahu guna english.

Selain itu, kalau yang duduk di bandar sejak polisi ini dijalankan, tak nampak ke budak2 yg speaking nya bukan main lagi, tapi bila ditanya pencapaian math n science nya. eh biasa je? malah yg teruk pon ada. Nak katanya penguasaan bahasa english tidak ada kaitan lansung pon dengan pencapaian science n math dlm english itu sendiri.

bukan nak merendah2kan. tapi ini realiti. Sebab dah memang otak yang digunakan untuk kedua-dua benda ini berbeza. Kiranya bagi aku, yang lebih penting daripada bahasa, adalah pemahaman itu sendiri.bahasa hanya medium. jadi budak-budak ini biarlah kuasai pemahaman dulu.

sebab tak semua budak genius boleh tukar dan set pemahaman dan linguistiknya progress secara drastik untuk tempoh pembelajaran yang hanya beberapa tahun .Rendah dan menengah.Lagipun science dan math adalah benda SUKAR.

mahu kah kita lihat budak2 ini sebab tak berapa pandai english pon rupa-rupanya dia kalau pon dia skor dalam exam science. rupanya dia hanya menghafal, tapi tak faham sangat pon, sebenarnya.


Jangan sampai Bahasa Inggeris jadi disalahkan oleh budak-budak sebagai barrier dan punca kemerosotan ataupun tak minat. Sebab benda ni reflect dalam buku rekod mereka.





Seriously, dalam hal ini, kita tak dapat nak puaskan hati semua pihak. Tapi biarlah keputusan semalam adalah yang terbaik untuk semua. Mungkin satu kabinet sudah SOLAT ISTIKHARAH.=)

Sebab mereka bukan sahaja buat keputusan untuk hidup mereka, tapi untuk hidup orang lain dan anak-anak mereka jugak.

Tuesday 7 July 2009

wut? besday? apa tu? hahaha





nah tengok kek yang bukan untuk besday aku sebab buat bukan pada besday aku, hari ini maksudnya. buruk gila. T______T bila bersedih tak salah pakai emoticon


kalau tak faham itu aku tulis apa, aku tulis "ni bukan cake besday sebab pathethic gila kot kalau buat kek untuk diri sendiri!!" hahaha. dan jangan salahkan aku atau coklat itu sebab font mencair, salahkan summer yang panas ini!




Oh semalam besday aku *ehem* dan lepas cek-cek henpon rupanya mak aku hantar sms kat aku tepat pada pukul 12.01 minit pada pagi hari 6 july. tak prasan sangat mulanya sebab bukan setiap masa bergelumang dengan henset. Oh isu nya sini bukan pasal sweet, ini namanya unconditional love(cinta tanpa syarat kot?) kakaka. (mati aku kalau mak aku baca mana nak letak muka depan dia hahaha)

walaupun aku bukan follower saiful islam sangat pon tapi kata-kata beliau dlm entri lama ini banyak benarnya

.

bila datang siapa-siapa punya besday, walaupun tidaklah semua, tapi mesti akan ada kawan-kawan yang bila wish akan saling mengingatkan dengan pertambahan usia ini maka makin dekat dengan masa kita akan dijemput tuhan.
tak bermakna setiap kali besday saja umur kita akan bertambah masalahnya setiap saat. cuma bagusla besday itu kira jadi indicator. untuk makin hampir dengan mati kiranya.

.

kita mengimpikan hidup yang lepas habis belajar ni nak buat apa, nak kerja mana, nak bekeluarga bila, nak duduk mana, nanti nak beli rumah macam mana, prosedur dah siap-siap survey suma tapi tak payah cakap pon, sebetulnya mati itu tak mengenal usia.
tak kira kau ready atau tak, bila-bila saja boleh jadi.
Tuhan itu maha adil, kadang-kadang selalu sangat kita nampak biasanya orang-orang yang baik sangat dan nampak memang dah bersedia sangat dah yang Dia jemput dulu dalam usia muda.
tapi ada je yang tak ready macam mat rempit tu, accident sana sini. betul2 dah ready ke agaknya? dan siapa yang tak tahu itu rahsia tuhan bukan? sebab itu tak boleh nak cakap banyak.

.

Sebab itu baguslah kalau siapa-siapa jenis selalu mengingati mati setiap masa dan sentiasa berhati-hati dalam setiap langkah di dunia dan setiap benda yang dia buat, mesti akan ada dikaitkan untuk menghadapinya(mati).

.

Cuma sebab hidayah itu kepunyaan tuhan kepada siapa yang Dia nak bagi saja,
Masalahnya bukan semua orang akan dapat hidayah dan sebagus tu untuk ingat mati setiap masa.
Bila ada orang yg close dengan dia, sedara-mara, ataupun ahli keluarga sendiri, takpon kawan rapat yang 'pergi', ha barulah tiba-tiba terinsaf kejap dan jadi kurang 'buat hal' tiba-tiba.
Lepas tu tak lama jadi balik macam asal. ataupun lagi teruk tidak rasa apa-apa.
Sebab itu hidayah itu sesuatu yang kita kena mintak rasanya.

.

OK lah. tidak seperti isu couple(*ehem*), kali ini aku x confident dan inferior dengan entri sendiri sebabnya dalam sehari, berapa kali je aku ingat mati??? Hurmm





p/S: kalau semalam La poire yang taja kek(aku yg bayar la haha), harini kek di atas tu asle pulak. dia dah boleh berdikari sendiri wuwu. cuma yg tulisnya kena aku lah jugak lagipun sapa lagi yang nak emo2 dalam penulisan ni bukan? haha

Pukul gambar biar kena caranya






Terlanjur berborak dgn kawan isu ini tadi dan lagi pulak pernah borak mengenai isu ini dengan ramai orang b4 this, waruk, ambe, kema sebelum ini.

nak katanya ini bukan isu baru lah. aku tak tau isu ini ada yg pernah bawak di dlm penulisan atau tak tapi sebab menarik n kita akan rasa lebih tak setuju dengan benda ni bila ramai orang yg mengutarakan rasa yang sama. hidup mesti berjemaah tak gitu?
dan sayang lah jugak kalau tak cerita dalam blog. rawr~ (nak letak emoticon jahat dan tidak innocent lansung macam mana?hahaha)

isu yang tidak asing lagi iaitu jengjengjeng:CAM-WHORING!

sebab definiton is very important, istilah cam-whoring yg aku maksudkan ialah kau bergambar, dan biasanya gambar ini self-captured.
then kau close up muka kau yang sangat handsome(L)/cun(P) tu, biasanya kau bagi coverage frame gamba tu more than 60%, tak kira dari angle mana ko bergambar. dan kat mana saja kau berada n what's worse yelah ko upload kat facebook benda ni, sebab kalau ko tak tunjuk kat satu dunia takdalah org bercerita kan sebab manusia ada mulut dan aku pon takdalah menaqalkan bualan-bualan manusia dengan buat
entri ni.
peh, chain reaction tahu?


maksudnya apa yang paling penting dalam gambar tu, muka kau. org lain semua sila tengok betul-betul tau?. kali ni muka kau lighting kurrengg so buruk ah, yang ni pulak eh rambut tak schweet lah macam ni. kali ni OMG kau cute gila tahu! hahahahaha wek aku mahu muntah


sebenarnya istilah cam-whoring itu tidak tepat sebab kalau kita google maksud dia akan buat kita terkejut sangat. aku tak nak letak link di sini. nak pegi carik sendiri.pegi.


dan aku pon tak tahu dari mana datang istilah cam-whoring ni.
dulu lagilah, sebab aku tak faham sangat, aku ingat kan perkataan 'cam' kat depan tu adalah kependekan bagi perkataan MACAM, instead of CAMERA. so nak katenye amek gamba camtu cam buat kau nampak 'macam' whore.
Paradox gila sebab on 2nd thought macam kena lah pulak makna dengan term itu. hahaha tapi itu jadi trivial gila kalau kau laki dan letak caption macam tu, cam-whore sebab macam mana lelaki nak berlagak macam whore? aih


tapi biasanya laki tak declare begitu dengan letak caption cam-whore. dia just act sebegitu di dalam gambar saja. tapi alahai. memang lah definition is crucial and important, tapi meh aku bagi metaphore lah apa yg membuatkan kadang2 istilah itu jadi pointless.
contoh la kalau kau kerja sapu sampah sa
tu bandar cairo ni. takkan kau nak cakap eh tak lah aku bukan majlis perbandaran Cairo(sejak bile Cairo ada majlis perbandaran, mengarut, haha). kalau kau mengaku kau lawyer tiba-tiba, ingat ada orang nak percaya? macam kau kata kau tak cam-whore tapi aih gambar2 kau semua macam tu.kau jangan buat lawak ah weh. hahaha


Nak definisi yang lebih isu nasional lagi? macam Islam HAdhari. selain Islam itu patutnya ada satu je tak payah dia orang nak ubah2 bagi nama baru, nama tak penting pon tapi, ape bende sebenarnya yg dalam konon2nya manhaj yang dia orang reka tu? memang nama kalau lagi catchy lagi bagus, tapi bila jadi macam ni nama dah jadi less important dah. ok whatever, berbalik pada point cam-whoring.



satu
Kau travel sana sini dan bergambar sebanyak mungkin dan kau mahu share perasaan berada di tempat pelancongan sebegitu dengan ramai orang. u want them to feel just how u are feeling rite now. rasa bagaimana jadi traveller.bes tahu travel so dengan itu kau amek gambar banyak-banyak. mulia gila niat itu. alhamdulillah.

tapi sayang ah they can't feel ur intention lah. sebab mana2 sudut yang kau pegi muka kau lagi besar dari secenery or benda2 menarik di tempat yang kau pegi itu yang seharusnya kau tunjukkan at first place kalau memang itu niat kau.

dan kalau yang tegar duduk depan monitor menghadap gambar2 kau lama-lama bukan dia makin tahu pasal tempat yang kau pegi tu. lama-lama dia akan makin tahu hidung kau berapa inci sengetnya, mata kau sebenarnya sepet se
belah owh pity u dan OMG kenapa sebelum ni aku tak rasa kau handsome pon alhamdulillah hari ini baru perasan. hahaha



dua
kau bergambar, dan selain caption cam-whoring yg less beautiful to be heard itu, kau ada caption-caption lain yang lebih catchy dan manja. macam

'me myself and I...'

'sebelum pegi kelas...'

'time dinner...'


oklah
'me myself and I' tu justified gila sebab memang kau nak tunjuk muka kau n dah memang takda benda lain pon.kan benda2 lain kurang dr 40% so it's not important, so ni mungkin kau nak kata kat aku why bother wey? ok takpa2 dimaafkan walaupun i kinda saw photo caption macam ni like 1000 times kot. masalah cliche saja dan mungkin kau akan kata there's nothing wrong with being cliche.so what? kau kata macam tu la hahaha

tapi yg lagi 2 tu, macam apa kaitannya muka kau dengan gambar tu yg obviously muka kau je penuh dengan caption
'sebelum pegi kelas' tu? nak tunjuk muka kau berubah monyok sebab kene paksa belaja? dan gamba ko tengah bercaption 'time dinner' tapi penuh lagi dgn muka kau. ni nak kata time ni tembam ckit(sikit, lol) ke sebab ko tengah eksaitet sebab makan time? bak kata geng2 waruk ngan paan. kaitan~? kaitan~? (setelah ditranslate, apa kaitannya? apa kaitannya?)


ataupun tiba-tiba kau jadi melancholic gila tengok tepi tapi masih penuh dengan muka kau dan kau bercaption begini.
'merenung masa depan...' owh sedihnya bunyi sebab yelah kan tomorrow is a surprise ohh so I sedih sekali TEHEHE T____T (tengok kan aku dah terbuat emoticon ni suma salah kau HAHAHAHA)

tu blom cerita kau letak caption gelak lagi macam
HEeeee~/hew hew hew. intriguing gila tahu? menandakan misteri jugak kau ni kadang-kadang tu. hahaha



tiga
bagi yang masih tak dapat nak picture macammana cam whoring itu, mungkin gambar di tepi ini dapat membantu. gambar aku. cuma aku rasa tak tepat sangat lah gambar ni nak menggambarkan cam-whoring sebab ekspresi muka yang aku buat tak cukup jiwanglah, macam candid lagipun. sebab dia kalau cam-whoring muka posing terbaekk.

mungkin macam nak kasi ruangan mari berkenalan kat majalah MANGGA. ataupun kalau kau buat muka macro mode secacat mungkin pon, tapi kau dah make sure 'ada ruang' untuk orang evaluate itu sebagai menarik jugak(takpon kau perasan, hahaha)

satu album kau ada 24 gambar. semua muka
kau. ada org suruh aku sampaikan soalan ini. tak malu ke? hahaha. owh rite rite kau kata ini album kau suka hati kau la. kau tak kacau orang pon. kalau kami jeles so buat sendiri lah jangan nak kutuk2 kau punya cam whoring tu. ok2 faham tapi kami tak nak buat. sebab malu. dan tidak ada masalah dengan menjadi malu sebegini.



yelah.mungkin sebab kau berprinsip sebab kecantikan adalah hak milik setiap insan so kau kata suka hati lah so tak kira kau nak cam whore jugak!

dan mungkin kau kata nak buat-buat
(point 3), tak nak buat PLEASE jangan kata orang salah. AIK. tiba-tiba kau punya stand wasatiah gila. alhamdulillah dan lebih baik kalau wasatiah dan bersederhana dalam bergambar juga

Aku tak cakap benda ni dosa pon. bile masa pulak. nak tanya apa kaitan je
(point 2). dan bukan aku saja yang tanya. kami yang berjemaah ini tanya ada kaitan ke?(ramai-ramai I mean) hew hew hew

dan
point 1 dah memang tak payah nak justify. kat atas tadi dah buleh faham kot

ok2 dahla setakat ini saja. dari mengomen orang baik aku pegi buat keje ada hasil jugak. keje? apa tu? eh mana ada aku cuti hahaha



p/s: gambar contoh camwhoring aku muka camtu sebab mulut penuh dengan kek .muak. wek. haha