Tuesday, 12 May 2009

Pengalaman berharga sebagai kawan para gamers dan membesar sama-sama, diulangi, kawan sahaja





Cubaan mengoogle 'manjakani' tidak berjaya, ah kenapa tidak ada, bukankah cukup legend?



Sebab Sob dah lama balik Malaysia, maka kami yang berapa tahun pernah tingal bersama-sama ni walaupun takdalah rindu, sebab jantan mana mahu mengaku rindu kan, tapi kadang-kadang bila orang tu dah tidak ada terasa lah jugak.

Sampaikan kami yang hobi melepak dan merepek ni pernah berbincang serius macam sedang risaukan masalah dunia untuk buat satu video dokumentari pasal jejak-jejak sob di sini
format dokumentari tu simple, kami diinterview bergilir-gilir dan diminta berkongsi sedikit sebanyak pengalaman bersama Yang Berbahagia Ahmad Sobri. kah kah

Sebab aku tak pernah pasti ini akan jadi realiti atau tak, dan sebab aku yang pelupa sebab skarang summer banyak makan semut plus lalat2 yang aku akan sentiasa emo bila datang mengacau sampai aku berbelah bahagi samada mahu stadi atau tak, 'lemme' jot down apa yang aku mahu cakap bila nanti kamera datang meng'interview'


Hermm.. dulu sebenarnya Yang Berbahagia berbakat jugak bagi teka teki medik
Aku pernah dapat soalan macam ni masa kami sama-sama serumah masa tahun 1:





Ko tahu tak dalam banyak-banyak muscle, muscle apa yang paling kuat dalam human body?


Apa? masseter ka? Hurm ntah la aku tak tahu sangat lah(Aku yang bodoh gila dan selalu cepat sangat surrender bila tak tau)


Tett! Salah. Jawapan dia Levator ani.


Hoh. Yeke? Apsal plak?(Aku yang menuntut medical explaination)


Sebab 1-kedekut(otot kemut), 2-Boleh potong taik dengan mudah


Aku: Owh, wow!?


.....................................................................................


p/s:Aku takut sekali kalau-kalau Sob terbaca post ini dan meninggalkan hempasan pintu di bawah ini begini. Oi, Lag~


2 comments:

Amermeftah said...

Aku paling suka entri ni sebab citer pasal gamers.

Yalah, kalau mengaku rindu nanti dibalas dengan tuduhan gay.

Sepupu aku penah kasi teka-teki tu jugak tapi soalan dia tak medikal la, apnggota apa pada badan manusia yang tajam selain gigi ngan kuku?

bujang sudin said...

kah kah kite kan budak medik dan telah terasimilasi untuk menuntut medical explaination

mesti corak teka teki pon lain