Friday, 8 May 2009

Breaking News: Tun M akan dapat kapal layar 'Apa Nama' (takdelah breaking sangat pon sebenarnya)




Wallaweh, klakar lah jugak bila ada orang nak sponsor kapal layar bernama 'apa nama' untuk Tun Mahathir . tak rasa macam tu ke? sebab nya 'apa nama' tu macam tag line yang tak disengajakan pon aku rasa, (ke sengaja?) tapi end up sampai dapat kapal nama tu pulak, haha. baca sini

oklah aku nak cerita pasal Tun Dr. Mahathir kali ni
sebab aku ni jenis suka buat teori pelik-pelik, aku nak reka satu teori pasal die lah

aku ingat lagi dulu masa sports day kat mansurah bila ada peraduan teka berat beras. Aku semangat gila menerangkan teori aku yang konon-konon nampak macam cool. aku cakap tau tak sebenarnya berat beras ni 1 kg tepat sebab sapa pon yg nak buat peraduan teka berat beras dan memang buat jumlah tu dan memang takkan ada orang sangka 1 kg tepat. mestilah org akan teka berat-berat yg gempak-gempak macam 897 gm ke, 965 gm ke. tapi akhirnye aku sedar yang teori aku memang memakan diri sebabnya memang dia orang tak buat berat die macam tu pon, sebab macam aku cakap, sapa la yang nak buat macam tu kan? haha



Oklah, adapun mengenai perdana menteri yang korang dan aku (terpaksa, kalau tak, nanti aku jadi mcm org tak kenang budi) sanjungi ni, aku rasa la dia dah berjaya menjadikan diri beliau legend, yelah sapa tak mahu diri dikenang-kenang kan lepas jadi Pm malaysia nombor 4 yelah sebab perdana menteri malaysia ada berapa banyak je pon?




macam ni,

1)'memerintah' paling lama.
dah kalau dia dok kat atas tu lebih dari 20 tahun, sape lah yang tak nampak apa yang dia dah bawak kat malaysia?
-point ini tak perlukan elaboration-

2)pandai buat kecoh dan berani
contohnya tetapkan malaysia jadi host untuk OIC, dan bangkitkan isu-isu sensitif macam anti-semitik biar satu dunia boleh tahu PM malaysia memang lantang dan berani. Harimau Asia!

3)Malaysia Boleh! dan Mesti Capub
Suka menerapkan yang Malaysia mampu untuk something tu especially hostkan event2 yang bertaraf dunia contohnya macam Komanwel, nanti satu dunia dapat datang dan tgk rupanya malaysia pon maju jugak
Soal berapa banyak yang kementerian Belia dan sukan tu rugi untuk maintainance benda yang tak dipakai sangat tu, kita letak tepi, yang penting, PUBLISITI
Betul jugak, sapa lagi yang nak promote kalau bukan diri sendiri? tak gitu?

4)Reti bersara bila di puncak
oklah, Tun boleh aje nak bersara masa zaman kacau bilau di mana beliau digelar Mahazalim tapi apsal tak buat macam tu? malu la wei. lagi macho la kalau situation jadi stabil balik dan bila UMNO kembali ke puncak dan rakyat kembali percaya(selepas chaos isu Anwar Ibrahim dan isu gawat 97') dan dengan machonya serah kuasa kat pak lah. fuh real hero. ni kalau dalam dunia EPL macam yang sir alex ferguson nak jadi kot.
masih ingat bagaimana rafidah menjerit she's like my father you know???

5)menamakan successor yang lemah
yah, ini rasa ini taktik paling hebat sebab yelah bila Malaysia dah duduk bawah PM yang kurang cekap, dan Malaysia jadik chaos , sudah tentulah marhaen akan terkenang-kenang eii besnya masa zaman kegemilangan Malaysia di bawah Dr.M.

6)aku tak tau lah, yang ni aku rasa jelah.
bila buat satu plan tu dan pura-pura admit yang kita dah silap, nampak macam tak sengaja kan dan innocent gila pulak.
maksud : menamakan paklah selaku successor tapi dalam masa yang sama selalu dok ulang-ulang yang "saya dah tersilap pilih pengganti, saya ingat die baik"
so kalau betullah teori aku, kelihatan mulia gila Tun sebab memilih successor yang nampak baik dan takda kes sangat(sebab Paklah ada jaga portfolio apa sangat pun dulu untuk buat korup? MAGERAN? eh silap-silap. Paklah ada jugak pegang portfolio panas yang boleh buat duit cuma mungkin tak selicik PM ke-6 yang selalu tau macam mana nak buat duit bila duduk bawah portfolio itu. contoh:bawah MO Defense, buat PLKN, amek tender baju celoreng dan supply makanan untuk keluarga terdekat, bawah MO Education pulak, tukar sistem KBSM, dalam MO Finance, ah tak payah cakap lah tu sebab aku tak reti lah akaun, tapi, mcm-mcm boleh buat dengan duit kan?
so ulang balik, kelihatan mulia gila Tun sebab memilih successor yang nampak baik dan takda kes sangat tapi buat-buat tak tau yang memang PakLah kurang cekap, kemudian bila jadik chaos mengaku kesilapan sendiri sebab tak reti menamakan pengganti. wahhh!

7)
last2, ni point last.
walaupun jadi idola lapisan masyarakat sebab banyak jasa tapi sebab tak mahu orang taksub lebih-lebih, saja-saja kasi nampak silap sebab nak prove, hebat macam mana pon mesti ada benda tak tau jugak dan tak semestinya wise sentiasa bila buka mulut dan idea

contoh:Masa debat terbuka pertama antara Allahahyarham Fadzil Noor dan Tun, Tun cakap camni, rakyat Palestin tak sepatutnya pegi letup-letup diri dan intifadha tapi sepatutnya kuatkan ekonomi dan tunjuk palestin boleh bersaing dalam ilmu dan kemajuan(tak ingat ayat exact, tapi point macam ni)

Weh, sapa yang faham isu palestin ni, tau lah macam mana rakyat palestin nak maju kalau untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain, even dalam tanah palestin itu sendiri pon brapa banyak pos pengawal Israel yang saja dan saja nak bagi lengah-lengah diorang gerak?
Kita nak expect Palestin boleh buat pusat industri sendiri? kilang-kilang? hello, nak hidup pon macam payah. gila ke apa haha

pastu isu terbaru (contoh ke dua), PPSMI(tak la baru pon tapi ok la), aku malas nak ulas isu ni sebab aku bukannya siapa pon, tapi biar sasterawan negara ulas di sini, ok?

aku yakin dan pasti bila org berbincang dan kritik isu ini, tentulah yang akan rasa paling bitter skali, Tun tak gitu tapi mungkin ini disengajakan, sebab berbalik pada point tadi kan.


Tapi aku selaku rakyat yang penuh semangat patriotik, aku ucapkan terima kash banyak-banyak kat apa yang Tun dah sumbang untuk kemakmuran Malaysia, Priceless kot. cuma tulah aku suka berteori dan selalu syok sendiri dengan teori sendiri sebab sapa lagi yang nak suka kalau diri sendiri kan? haha




p/s:Sebab tu lah, Tun deserves kapal yang bernama 'Apa Nama' tu,haha dan moga sentiasa sihat-sihat dan panjang umur ya.

No comments: