Monday, 4 May 2009

Tiba-tiba terasa nak tulis entri selamat hari ibu walaupun belum lagi

Owh rupanya lagi 6 hari lagi Hari Ibu dan aku masih mahu tulis blog untuk hari ini dalam melancholic mode


Aku selalu dengar orang complain kurang kasih sayang dan aku tak faham sebenarnya level kasih sayang macam mana yang dia orang expect dalam hidup ini.
Adakah mereka rasa macam tu sebab envy dengan people surrounding them yang sentiasa dapat apa yang diorang nak?

If that's the case, aku mahu compare diri aku dengan orang di pusat asuhan anak yatim lah. sebab apa yang diorang ada compared to me? makan bubur kantin hari-hari dan ramai kawan senasib?

Aku lahir dari keluarga yang biasa-biasa, keluarga aku jugak bukan lah jenis keluarga Yokies yang memang takda masalah dan sebab tu tak silap aku, aku sentiasa disupress apa yang aku nak dan dalam erti kata lain, aku tak dimanjakan langsung.
Sebab aku macam curious case of benjamin button yang lahir-lahir pemikiran dah tua aku pon faham yang banyak lagi bende yg more important untuk difikirkan oleh diorang masa tu macam nak establish family financially n stuff n lepas sume tu dah setel, baru lah kite boleh talk freely n unlimitedly apa yang sepatutnya normal family fikirkan, iaitu joy yang abundant, kasih sayang dan hope, n alhamdulillah, skarang kami dah mula rasa benda tu.
Sebab aku sentiasa disupress apa aku nak, yang finally disebabkan adaptation, aku rasa aku dah stop untuk asking n mula fikir macam mana aku boleh contribute dan apa yang aku boleh offer untuk family.


dan aku jugak sebab tu sedar yang tak semestinya kalau parents kau tak berikan apa yang kau mahu maka mereka tak sayang kau, n tak semestinya kasih sayang itu indicator nye berapa banyak yang diorang sanggup berkorban untuk memenuhi permintaan kau, sebabnya this world doesn't revolve around you only.


Sebab parents aku bukannye tak bagi apape langsung yang aku mintak, tapi diorang more macam bagi sumthing sebab diorang nak bagi bila diorang memang boleh, dan itu buat aku sangat-sangat terharu sebenarnya sebab kadang-kadang tak sangka dan itu jadi upregulation efek jugak lah dalam hidup aku, sampai selalu aku tanya eh betul ke nak bagi ni? dan aku tak pasal-pasal segan-segan nak cakap thanx kemudian kene sound dgn mak macam ni, alah, takpelah.
Ini secara tak langsung ajar aku jugak yang tak semestinya kita mesti memenuhi permintaan orang setiap masa lagi-lagi kalau kita kena korbankan diri sendiri, tapi at least kita takkan rasa bersalah sebab kita tahu yang kita akan offer something bila condition kita sudah membenarkan. haha


Jadi sebab aku tak dimanjakan tak kisah lah dari segi lafaz harian 'mak/abah sayang awak' mahupun tunai permintaan, aku membesar jadi satu macam benda yang fikir kasih sayang itu tak semestinya hanya di mulut, tapi boleh pamer guna perbuatan.

Macam kau boleh buat diorang bangga dengan apa yang kau selaku anak hasil diorang boleh achieve, n kau boleh jadi jenis menurut kata dan patuh perintah dan kehendak diorang even though kau harus simpan sendiri rasa tak puas hati sebab kau hanyalah anak yang dah memang jadi tanggungjawab untuk buat diorang rasa puas hati, simply bukan pasal kau mahu brag kau mulia gila sebab nak jadi anak yang baik je, tapi jugak kau percaya satu hari mungkin tuhan akan bagi ganjaran baik dengan anugerahkan anak yang memahami dan jadi macam yang aku tgh berusaha untuk jadi ni. Akan berhasil atau tidak? Itu aku tak tahu sebab memang dunia ini tak ada formula tetap macam mathematik. Wallahu a'lam.

Nak katenye, aku pernah membuat keputusan besar dalam hidup macam even though aku teringin sangat nak jadik pilot, tapi memilih medik sebagai course pilihan hati sebab memang parents nak anak dr(insyaAllah) dan sampai sekarang masih belum ada wakil itu lagi dalam family. So kalau dah condition aku menyokong, aku pon macam, eh apa salahnya? aku kan suka surprise dalam hidup hahahha

Tapi itu pon lepas aku cuba buat lawak la bila isi Borang UPU dan menjadikan 'Diploma Pemulihan Cara Kerja' sebagai pilihan nombor 1 n aku dapat course tu! siap dikepilkan borang ptptn lagi! haha
Aku pon tak faham macam mana aku boleh buat main borang UPU tu sampai kena marah dengan ayah aku. tapi masa tu memang nasi dah jadi bubur la hahaha

Dulu aku selalu cek diri sendiri level mana rasa kasih sayang aku kat mak ayah tapi rasanya resultnya tak memuaskan langsung sebab aku memang takde rasa apape sangat. Tapi alhamdulillah lepas aku belajar medik yang asalnya kemahuan mak ni, slow-slow dan bila naik 5th year(alhamdulillah) dan belajar Obstetrics, Owh barulah nampak fuh besa jugak benda yang die nak go through selama 37 weeks tuh tolak tambah tu. kalau normal labour takpe jugak. ini kalau abnormal dengan berapa banyak complication lagi. bukannye kejap tapi lame la jugak weh!


memang dulu aku tak rasa, tapi lepas dah belajar(macam lah aku study sangat sebenarnya, haha), aku buat satu kesimpulan, mak aku fighter untuk diri aku sebenarnya, sebab sanggup risk diri sendiri untuk bagi chance untuk aku melihat dunia.

macam ni la, because she didn't know me at all before I popped out, macam tak tau pon aku akan jadi anak yang macam mana, tak kisah pon anak yang baikkah or derhakakah(nauzubillah) dan mungkin satu hari akan hurt her, tapi sanggup fight+sacrifice dan tak kesah langsung. So that what made you deserve the most wonderful person in my life kot. haha. macam tu la rasenye

So aku nampak macam some kind of chain reaction pulak yg initiated from keinginan mak aku, end up dengan aku akan rasa kenapa aku perlu rasa makin sayang.

Anyway, sebab aku tak sanggup lagi meneruskan entri poyo yang mungkinlah ada kebenarannya sikit sebanyak ini,

Selamat becoming hari iBu, walaupun sepatutnya hari ibu itu hari-hari
neway, aku dah cuba carik video klip keluarga yokies kat youtube, tapi kenapa tak jumpa ha??




p/s 1: masih tak mahu cakap saya sayang mak terang-terang sebab tak percaya dengan sayang yang hanya di mulut. Aku tak mahu jadi Cliche.

p/s 2: aku sedang cuba tak mahu persoalkan adakah hidup aku kurang kasih sayang or otherwise, haha

4 comments:

maskedfacies said...

eh.








terasa ni.

bujang sudin said...

eh
Aku tak tuju kat sapa-sapa.
Aku dedicate kat anak-anak seluruh dunia. haha

p/s:esok nak exam, sempat lagi ke usha human traffic yg akses blog ko? hahaha

Amermeftah said...

Sekali tu masa ada krisis mak aku kata, alah anak-anak aku, aku yang sakit masa beranak, cuak aku dgr dia ckp camtu

Tapi mak aku iron woman, macam Margaret Thatcher kot, setitik pun air mata dia aku tak pernah tgk, mak aku mcm Vulcan sebab dia suppress emotion dan ajar aku suppress emotion (sebenarnya dia mengajak kepada kesabaran)

yokies tu copyright kot, sebab tu tadak dlm youtube

bujang sudin said...

patutlah kau pon iron jugak aku nampak, sebab memang genetik rupanya, espionage lagi satu hal

oh, aku pon selalu supress emotion aku jugak dan selalu redha membiarkan hati aku dipatahkan berkali-kali. thrill gila nak mampus