Friday 14 August 2009

Cara bisnes secara subtle yang berlindung bawah nama kesihatan(H1N1)

Sebab prevention is compulsory/better than cure bila jadinya wabak-wabak yang jadi national threat sebegini, janganlah u all selfish sgt.

Maksud saya kalau u all ada ILI(Influenza Like Illness), dan u all bernasib baik kerana mungkin akan berjaya survive tanpa perlu amek antiviral pun sebab immuniti u all yg superb tu pon. tapi still u all boleh menyebarkan virus ni kat orang-orang yang ada chronic morbidities yg mana mungkin mereka akan mati sebab u all.

Tak takut ke? Memang lah panas pakai mask, tapi kat neraka lagi panas kot?


Sebab itu, sudahkah anda mendapatkan mask untuk anda dan keluarga anda di store yang berhampiran?



Jadi, berita baik untuk mereka yang buntu di mana hendak mendapatkan mask ini.
Dia bukan sahaja boleh didapatkan di guardian, watson, mydin, mahupun klinik-klinik dr.Rosli yang berhampiran, tapi gerai-gerai di uptown juga ada menjual.

Cuma mungkin yang lebih istimewa harga universal RM 1 boleh ditawar atas budi bicara.
Mereka(org kelantan) memang celik bisnes dan peka terhadap keperluan semasa.


Saya tidak mengeluarkan ayat berbau racist, tapi memang yang jual semua memang berasal dari kelantan pun.
Selain mereka peka, mereka memang sumber 'pemacu' ekonomi Malaysia. hehe



p/s: kenapa orang-orang dulu-dulu, asal anak nama Rosli je memang ada harapan cerah untuk bukak klinik?

Thursday 13 August 2009

Mentaliti pun ada trait

I


Nak tau mentaliti orang kita yang bagaimana?

Bukan nak cerita pasal jagung tu.
Tapi yang di kanan itu MPV malaysia yang bernama EXORA. Jadi orang malaysia kalau bentuk seolah-olah macam keluaran luar akan dikatanya 'AH TIRU'.
Tapi kalau tidak ada unsur luar yang mana-mana dia akan kata 'ah TAK LAWA LAH. Avanza atau Grand Livina lagi lawa. Takpon lagi terbaik Caldina'



II


Akibat kecewa dengan jalan yang kelihatan sama tidak kira di KM berapa. kita singgah sebentar di gerai jagung manis kerana dok teringat-ingat rasanya.

Kita(orang malaysia) memilih untuk menghargai jagung ini dan oleh itu kita letakkan satu menu terbaik untuk mengangkat tinggi nilainya.
Bagaimana? jagung manis yang simple bahan-bahannya tapi lengkap rasanya dengan manis-rasa jagung itu sendiri, rasa lemak-garam secukup rasa, mentega dan mayonis beberapa sudu tidak dilupa.

Tapi tidak bermakna kita buat begini untuk tunjuk kita hargai, orang lain akan buat benda yang sama.

Sebab kalau orang Iran diorang tambah dalam senarai komposisi bahan dua benda yang merosakkan rasa. 1-serbuk daun pudina, dan 2-shattah(serbuk cili hijau dan merah) yang buat celaru rasa dan mungkin kalau yg sedang merasa mahu uwekk2 setiap masa.
Kenapa diorang buat mcm tu?

Kita memilih untuk menghargai sesuatu itu dengan sejujurnya. Jadi bila jadi begini kita kecewa bila mereka tidak reti menghargai sebegitu.
Ataupun sebenarnya cara mereka(cara menghargai) lain, tapi kita yang bermasalah kerana tak dapat terima?

Wednesday 12 August 2009

Zemalaman di Zate Kajang Haji Zamuri



Ini sebuah entri peribadi kerana penulis(B.S) yang mana beliau mendedahkan rahsia memalukan diri sendiri yang tidak pernah makan sate Haji Samuri semenjak 23 tahun beliau telah hidup di Malaysia.Oh!



BS merasakan Haji Samuri sungguh tamak sekali apabila membeli kesemua gerai-gerai sate lain di medan selera ini dan rebrand setiap gerai itu di bawah perusahaanya. Mungkin inilah yang dinamakan rahsia kejayaan. Nak berjaya mesti kiasu!



BS teramat berdukacita kerana akibat perpindahan kilang, BS tidak dapat makan sate perut makcik *****. ish3



Siapa sangka budak kecil di dalam gambar berikut akhirnya memiliki franchise dan cawangan sate di merata-rata sekarang ini(lebih dari 20 cawangan). Rezeki orang itu tuhan yang mentakdirkan. BS pun tidak pernah akan sangka!



Di beca inilah dikhabarkan haji Samuri bawa barangan perniagannya di jalanan dulu-dulu



Walaupun ini namanya muzium sate samuri, BS kekurangan info untuk berkongsi kerana kurangnya maklumat teliti dari pihak muzium sendiri.
Pihak kurator muzium sepatutnya meningkatkan kualiti maklumat2 sejarah bermanfaat untuk pihak yang berminat untuk mengambil tahu contohnya BS sendiri.



Ada sumber lisan yang memberitahu di periuk(kiri sekali) ini lah dulunya haji samuri menghancurkan kacang tanah untuk dibuat sambal kacang. Maaf lagi sekali. BS kekurangan sumber info. Segala kesulitan amatlah BS kesali.



BS tersenyum puas kerana merasa amat terharu kerana tuhan masih memberi peluang kepada diri ini untuk merasa nikmat dunia yang dikenali ramai ini sampai mustahil kalau tidak pernah merasanya. walaupun sama saja sate di mana-mana sebenarnya. Sejujurnya tidak adalah apa yang jauh bezanya.



BS bersama rakan meletakkan sate di mulut sebagai bukti hari bersejarah BS makan sate samuri untuk kali pertama seumur hidup. Lagipun beliau tidak mahu dituduh 'hanya poser'.





p/s:BS adalah nama pena penulis. (bujang sudin). namun begitu ini adalah entri terakhir penulis menggunakan nama pena sebegini di dalam entri sebab BS sendiri merasa cara begini tidak sesuai. Orang lain nak pakai contohnya WS, PS, QS mahupun RS. silalah. BS tidak sepoyo itu lagipun. hahahahahaha




Sunday 9 August 2009

Ayuh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Costa Coffee!

Setiap syarikat ada polisi sendiri.
Tapi kadang-kadang polisi itu kelihatan sungguh keji:

Beli minuman, MESTI beli cake skali.

eh sedangkan kadang-kadang kami nak beli salah satu saja. so eh eh apa paksa-paksa ni?





Tidak kira betapa tinggi rasa sesuatu itu dan betapa berbaloi dia dikhabarkan...


Tetapi kalau dah dipaksa-paksa untuk merasa ketinggian nilai sesuatu itu. siapa yang tak tawar hati?

Jadi bagaimana kalau tawar hati tetapi kadang-kadang teringin kerana merindu tetapi tidak mahu lah, kerana ego?(tidak bertempat)

-caramel cheesecake dipped in garnache(costa coffee's)-




jadi mungkin buat sendiri boleh menjadi satu solusi?
Go home made go!
-cheese cake caramel buat sendiri-

Wednesday 5 August 2009

Sehari selepas demo bantah ISA kita dah boleh nampak hasilnya

Eh meriah majlis kahwinnye ye bang? Besar-besaran pulak tu.





Agak-agaknye dapat banyak RM ke pasal tolong recruit budak-budak sekolah join kumpulan pro-ISA haritu kasi kacau anti ISA?

Taklah mana ada kita tuduh kita tanya aje heheheee..

Saturday 1 August 2009

Sepetang berjama' Qasar di RnR pilihan hati mengembalikan nostalgia mula-mula nak meninggalkan Malaysia dulu-dulu

Memang lumrah manusia untuk ada preferences.
Contohnya macam zaman sekolah dulu mesti nak pegi yang toilet satu ni. Bukan mengada-ngada tapi bila pergi toilet lain tiba-tiba macam tak berapa nak selera. hahahaha. Macam tu lah

Jadi R n R pilihan sejak dari dulu lagi rasanya R n R Dengkil yang satu ini . untuk sembahyang sebelum sampai atau selepas pulang dari KLIA, untuk berbuka kalau nak pegi airport tiba-tiba dah masuk maghrib, takpon nak pergi berfoya-foya tapi rupanya tak sembahyang zohor lagi kot-kot nauzubillah tengah jalan eksiden boleh mati tak sembahyang lagi nak jawab kat depan Tuhan nanti macam mana?

Jadi R n R pilihan sejak dari dulu lagi rasanya R n R Dengkil yang satu ini


Siapa yang tak gembira berlari-lari untuk bertemu tuhannya kalau jalan masuk ke masjid pon sophisticated bak jalan ke taman syurga?



Sekali lagi tema 'open air' bagai tidak mahu memisahkan pembangunan dengan alam, sekaligus hubungan antara penciptanya makin kukuh. Pandai, pandai.



Kreatif:Siapa-siapa curik sejadah ni nanti tidak boleh lah bagi alasan macam ni:"PLUS tak cakap apa-apa pon, mana saya tahu dia tak bagi ambil"



Larangan cliche dalam setiap masjid.
Tapi memang lumrah rasanya akan tidur nyenyak di dalam masjid. Tak mengaku? Dulu kat surau sekolah pun macam tu rasanya.



Tapi why oh why yang satu ini : Kalau tak nampak, itu tanda dilarang membuang air kecil/Please do not urinate here.
Aku suspect samada yang pasang tanda ini bangla, atau bangla itu tersalah mengikut arahan asal supaya pasang tanda ni kat tempat wudhu' bawah itu.
Tak kisah lah, yang penting bukan di pokok-pokok kecil atas tu. sebab dia kata 'here'.

Sebab struggle gila kot nak panjat atas tu dan kencing di situ?