Friday 29 May 2009

perhatian : barca itu maksudnya barcelona






Ok, sebelum aku mulakan entri ini aku mahu clear yang walaupun sedikit bitter apa selepas chelsea 'officially' kalah pada barca masa semi haritu(haha macam Guus hiddink still bitter), I have no grudge against barca. Memang dah rezeki mereka masuk final, takkan nak kecoh pulak?

setelah sehari berlalu era barcelona ditabalkan sebagai
Champion of all champions in the whole europe untuk season 08/09 ini. aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barca dan juga especially untuk die hard fan mereka yang aku kenal macam Waruk dan Paan.

walaupun Paan tipu gila buat status ym yang kelihatan agak selamat macam ni sebelum match:
'sokong barca malam ni walaupun man u akan menang'. underdog dan tawadhuk lah tu? takut kalau kalah nanti org tak sindir sangat? hahaha

Dan jugak walaupun setelah cuba banding-banding raut wajah mereka dari segi texture dan warna, aku tak yakin yang mereka descendants dari bangsa tertindas Catalan kah? ataupun adakah cara hidup mereka ada yang terasimilasi dengan cara orang di sana kah, macam bertutur misalnya? (kalau cara bermain bola pakai jersey barca tak kira lah kan?)

plus jugak barcelona rasanya tidak pernah memberi apa-apa habuan untuk mereka kalau menang, ataupun scholarship untuk meneruskan pengajian medic, mahupun dari UNICEF juga, eh silap. UNICEF mana taja orang! unicef DITAJA. hahaha. mulia gila barca. dan juga ikhlas gila mereka(waruk dan paan) men-sapot barca kalu begitu gamaknya

Ramai jugak yang kata barca tidak layak untuk ke final selepas apa yang jadi masa semi haritu, eh bukan orang biasa. Ronaldo pon ada cakap.

tapi at last barca buktikan yang what happened, happened(semi) dan di final mereka dah buktikan yang they were the better team at that night. yeay!

Untuk fan barcelona, memang akan seronok tengok match ni bila 'team diorang' menang,
tapi untuk mereka yang mahu enjoy the match, mahu ada drama dan competition, selain gerakan barca, yg lain boring jugak lah sebenarnya. salah siapa? salah man u lah sebab macam tak nak melawan sangat ja. Ronaldo pulak mahu salahkan taktik. barca dah berapa, nak dekat 10 shot on target, man u berapa? satu? itu pon nasib baik dikira shot walaupun itu bola cross sebenarnya. LOL

Tapi yang mahu drama mungkin tak hampa sebab ronaldo masih tidak fail untuk 'dive' sampai orang lain dapat kad, dan tak habis-habis nak kacau puyol, sampailah dia sendiri dapat kad. LOL
Tapi ronaldo masih tak move on dengan mengatakan Barca tidak layak masuk final. Itu menampakkan anda nampak lebih loser, lagipun sebelum match kata "I don't fear messi at all'. Fuh riak nampak?

Sebab aku eksaitet mungkin? tahniah lagi sekali.
kalau adala
anugerah man-of-the-match-tanpa-jaringan untuk malam kelmarin, saya rasa yang akan dapat, bukan messi, tapi puyol. LOL



p/s: pandai tak aku buat entri anti-man u yang subtle?

Pernah tak?




Pernah tak satu saat kau rasa kau dikecewakan?
macam you kinda feel like you've spent your whole life waiting, and sadly in the end there's no one coming?

Saat itu kau mula rasa segala-galanya sia-sia, memori indah masa lalu menjadi tak berguna dan masa tu lah kau akan mula nak bising-bising pasal karma, macam lah kau faham sangat yang karma itu apa benda.




Pernah tak haa?




Perasaan semacam inilah yang aku rasa bila aku tunggu dari petang membawak ke malam, rupa-rupanya malam itu takda turn orang masak, dan bila mahu modify megi secara manual, rupanya bawang dah habis.
Masalah hari dah gelap habis tu nak beli bawang kat mana?

Jadi kau tengok orang lain kenyang dan bahagia dan saat itu kau mula rasa detached, jilted dan sepanjang malam semua benda akan jadi macam tak kena.

Tapi sepanjang malam itu aku takkan dapat melupakan megi jenan yang semalam.Rupanya nak move on bukan senang, walaupun hanya megi. hahahaa


Sepinggan lengkap megi jenan yang merangkumi protein dan beberapa antioxidant yang lain(telur), Carbohydrate(mi maggi), HDL(minyak) dan beberapa jenis fibre(cili dan bawang?)




p/s:Ok, sila cakap camni kat aku:ololololo ciannya~ kalau nak kena hempuk, sebab tak faham-faham lagi ke aku benci orang mengada?

dunia yang mengejar di belakang kita dan menyuruh kita enjoy(showtime)


hari itu kami langgan package sports via SHOWTIME supaya kami boleh tengok EPL.
dan showtime ialah sebuah syarikat yang semacam ASTRO di malaysia.

cumanya showtime lebih mangkuk(atau tamak?) sebab tidak menyiarkan benda-benda selain EPL, ambil untung dengan perkhidmatan yang sedikit?
ataupun lebih ta'awun(co-operation) agar tidak bolot seorang supaya syarikat penyiaran yang lain macam ART, al-Jazeera, dan Orbit boleh siarkan rancangan bola yang lain?
ataupun sebenarnya showtime bertasammuh(considerate ke?) supaya kami ni tak banyak sgt tgk bola, jadi tak banyak buang masa? LOL

dan disebabkan kami hanya melanggan package sport, maka kami tidaklah boleh melihat rancangan yang lain selain bola, alah macam lah aku kesah kan sebabnya benda lain boleh download. lagipun memang rancangan dia ada lag gila macam haritu prison break baru lepas keluar Sona, apakah? CEH

Tapi ni semalam tiba-tiba aku dapat sms macam ni daripada syarikat itu





Aku terkejut tiba-tiba dpt award sebegini sebabnya rancangan kat showtime tu kalau yg full punya memang banyak gila sampai takkan terlayan weh, haha.

plus aku rasa mestila semua pelanggan dia dpt macam ni. Tak payah nak buat delusion kat aku pulak yang macam account langganan kami ni terpilih. Special sangat ke? Tak payah nak buat orang perasan. Tak payah.

dan kemudian mula konfius macam mana tiba-tiba macam dunia ni sedang mengajar kita pulak. bukan mintak sangat pon nak tengok tv mendalah tu, kami nak tengok bola 'je pon'.
Lagipun, alah, aku memang tidak banyak songeh, cerewet, demanding dan apa-apa lagi tahu?




Orang kata, jgn kejar dunia maka akhirat akan menunggu kita, kejarlah akan akhirat nanti dunia akan kejar kita.
Tapi malu lah pulak nak cakap macam tu sebab aku pon tahulah level mana kejar aku tu. boleh blah ah wei.

Oklah nak stop cerita pasal ini sebabnya bila cerita pasal hedonisme dan lagha nanti macam cerita pasal diri sendiri pulak, walaupun sapa je yang tak tahu benda-benda ni merupakan jarum sekularisme. doakan lah saja dia berubah ya? Pintu rahmat itu katanya sentiasa terbuka nan luas.(hah? nan? LOL)






p/s 1: nasib baik screen handset tidak cukup besar. kalau tidak kanak-kanak bawah umur pasti akan terkejut ada gambar makcik membuat aksi ganas 18SG yang tidak sesuai untuk tontonan umum. hohoh

p/s 2: Mahu balik Malaysia dan order roti nan double cheese di 'maple' supaya bertambah lebih kembang!


Thursday 21 May 2009

It started with a chair, it ended with a chair





'Baru perasan mengandung muda itu cool selepas tengok Juno'




Yah, everyone makes mistakes.
tak penting pon macam mana kau mula, sebab what happened, happened,
yang penting macam mana kau deal with it, and how it ends? It's the ending that matters.


Sebenarnya aku baru lepas tengok cerita Juno ni (eh eh ayep nak exam pon sempat lagi kau pegi tgk muvi yer, haha)
Ok aku tahu ada suara-suara di belakang yang cakap camni. Loh, kau baru nak tengok ke? aku dah lama dah. Ok aku jawab nih, Yer, baru tengok tadi. kau nampak aku tengok kan? Tak perlu sinis sangat.

Walaupun cerita ini menampakkan lelaki sedikit loser dan low, dan kadang-kadang aku rasa macam muvi ini propaganda feminist,(jahat gila aku fikir, CEH)
tapi serius aku tak kisah ah sebab kalau la ade soalan dalam ujian subjek pendidikan moral berbunyi macam ni:


Sila listkan 5 pengajaran yang anda dapat dari muvi Juno ini?


hah, 100 pon aku sanggup bagi weh
plus cerita ini memang banyak gila isu dia bawak, worth watching lah katakan.
alah, aku pon malas nak komen lebih-lebih sebab aku bukannya pengulas movie macam dalam segment Panggung minggu ini dalam suratkhabar Bi-Pop pon
(itu ke nama segment dia anyway? lupa la).
So nak tau? pegi tengok sendiri dan listkan sendiri. ha ha


Kalau orang fikir dia kecik, she's strong enough,
Kalau orang ingat dia tak faham apa-apa, She's mature enough, way beyond her age kot.
Ok, dah dah. sebenarnya I'm in love with this 'Cautionary Whale'.(gelaran Juno kat skolah). haha


Oklah, anyway ini merupakan entri separa low selepas gembira dapat mencontohi Wafi membetulkan paip sendiri-sendiri dengan cemerlang sekali tanpa perlu memanggil sibbak(plumber)
Sebab jadi masalah tahu, bila ada problem dengan paip dalam bilik air. macam kau jadi macam tak jadi nak termenung 'bila taim 'kau sepatutnya termenung. Tak fokus kot?
Alhamdulillah masalah dah settle. fuh lega.

Dah dah, pegi tengok Juno sana, shuh shuh




p/s 1:Eh Juno ini sangat sesuai lah untuk my coming exam, sebab memang ada kaitan gila-gila dengan O&G kot,
Sebab ada kaitan, bila ditengok akan kurang sedikit rasa bersalah daripada compare dengan tengok cerita-cerita merapu yang lain?
Ek eleh, kalau aku tengok cerita lain pon, dah kalau aku rasa bersalah (yelah sebab banyak lagi benda lain yg patut dibuat), kenapa buat jugak? bodoh.




Saturday 16 May 2009

I want a dog please! haha





Mula-mula aku nak buat title yang cliche gila bila cerita pasal anjing macam ni:
Anjing oh anjing ~~ tapi nanti macam boring gila pulak, so itu aku tukar.



Haritu aku dah nasihatkan Arep supaya bela anjing ni, tapi dia tak nak, katanya nanti kalau bela nanti malaikat tak masuk. Aku tak tau nak cakap macam mana lagi.

Eh aku bukan apa, anjing yang satu ni sangat cool, kalau kita bela memang tak payah suruh dia akan taat dan buat kerja dia.



Anjing ni bukan sebarangan anjing, dia boleh disable mana-mana benda yang kita tak nak sebab rupa-rupanya function macam tu boleh sebabkan komputer kita idle, unresponsive lama gila, dan itu mengganggu kerja tahu? (mesti pernah rasa macam ni kan?) Sebab bukan kita mahu pakai sangat pon function itu, haha. Biar kan saja anjing itu buat kerjanya boleh?



Dulu masa life baru bermula(betul-betul lepas format komputer), ok lagi sebab tak beban sangat, tak banyak kerja sebab software pon tak banyak, tapi kalau mcm sekarang ni benda yang dibawak pon makin banyak, kalau takda anjing ni pon memang macam payah sikit la, sebab kadang-kadang benda yang kita tak expect nak guna sangat macam melambatkan process lah jugak, sebab dia memang makan memory(RAM)



Kadang-kadang aku terfikir gak mahu ada anjing yang semacam ini dalam hidup. boleh disable mana-mana benda yang rupanya makan memory usage hahaha, dan itu sangat mengganggu lebih-lebih lagi bila saat kau perlukan otak berfungsi dengan optimum.



Eh, dan cool gila tau orang-orang yang macam tak perlu anjing ini, sebab dia agaknya macam tak install benda-benda apa sangat pon dalam pekerjaan seharian dia, maybe sebab komputer pon takda, so why bother?? hahaha. so sebab tu memang bila-bila nak pakai otak memang tip top gila lah sebab cpu/pf usage pon default nya sangat low



So bila cerita pasal anjing dalam real life ni, aku pernah jugak berangan mahu membela anjng bila tgk2 cerita hollywood yang banyak anjing comel, plus dia orang ni memang lagi cool dari kucing sebab kucing akan datang kat tuannya bila mahu dua benda sahaja,

1)diusap-usap(mahu bermanja lah pendek kata),
2)
makan time!, plus lagi pernah ke kucing buat kerja ha?, memang pemalas dan tahu tidur saja!

(Owh kalau aku dah tak suka tu, semua keburukan aku akan carik sampai lubang cacing , ish)
haha kidding je kot, sebab takkan la sebab mengada-ngada macam ni aku sampai sanggup tukar mazhab kan?



Oklah, sebab macam dah jauh menyimpang, entri ini sebenarnya ditujukan untuk kawan-kawan di Egypt especially dan mana-mana kawan lain di merata dunia yang tengah cuak,
selamat memasuki fatrah(tempoh) imtihan, dan selamat mengoptimumkan fungsi otak dengan ucapan tulus ikhlas,

"Shiddi hilku, rabbina yenaggahku"(selamat menguatkan diri anda, moga tuhan mentaqdirkan kejayaan untuk anda).
aih, boleh jadi aku boleh jadi lelaki paling sweet dalam dunia?(wish luck je pon nak kecoh
, haha)




p/s: macam mana ni? nak bela anjing betul tak boleh, pastu pulak aku tiba-tiba terasa diri ini telah terlalu tua untuk main Pet Society dalam facebook bila melihat ramai kawan-kawan sebaya yang lain main? hahaha

Thursday 14 May 2009

Team ini


blog ini kurang gambar. memang betul pon mcm dia orang kata
mari aku buat satu entri saja-saja untuk menambahkan post. haha



Wakdul Haq FC
Liga Kaherah 08/09



Memang betul ini team belasahan,

Tapi ini team aku tahu?

Dan ini saja team yang aku pernah ada tahu?






darikiriatasmededausmunirsyazwanarepudinmamatakmal
darikiribawahhusainisafwanakuzul




p/s: 'tahu?'

Yesterday's Traffic






Haritu aku ada pasang traffic kat dlm blog ini konon2 macam 'espionage' gila lah sebab boleh tau org dari mana yang view blog aku.


Tapi in case blog aku yang takda orang tau sangat ni, macam tak payah pasang pon tak apa sebab bukan boleh buat apa sangat pon. tak nampak apa-apa.

Ada sehari tu aku cek2 kat traffic ada
5 view je sehari.
4 dari henset Nokia aku yang akan kluar macam ni: Oslo, Norway,
satu lagi dari Burkina Faso. Mungkin ini dari pengoogle sesat pasal Olimpik mungkin? ahahaha

So, '
yesterday' aku dah remove traffic itu dan mula menulis blog ini dengan senang hati sambil berangan ramai sebenarnya yang tengah baca, haha

eh, yelah, sapa tak suka populariti, cuma ada gut berani mencapub atau tidak itu yg bezanya. Kalau pemalu macam aku ni, kirim salam je lah. kah kah.

So, untuk selingan, sebab mungkin kau orang dah lama sakit telinga dengar suara aku yang sumbang,
marilah sama-sama kita mendengar nyanyian daripada bakat baru bintang kecil RTM di bawah ini. Beliau menyorok di belakang kamera, yang ada hanyalah suara!
(Aku dan waruk hanya penyanyi latar dan music background)




Yesterday's cover by the beatles
(sebab tu sebok tulis yesterday dr tadi, tak faham2 lagi ke?)






p/s:eh2, sedap jugak suara anak penyanyi ni kan??

It's ok not to give everything, it's ok to save a lil'bit for yourself.




Hidup tidak selalunya indah, dan langit pulak tak selalu cerah
Bila kita harapkan panas sampai ke petang rupanya gerimis mengundang di tengah hari, masa itu jugaklah kita mula harapkan mentari muncul lagi

(aku tak reti buat ayat2 jiwang camni, ni suma tibai lirik lagu slam dan lagu hijjaz)



Tapi aku belajar dari ramai orang, ada 2 benda untuk melupakan rasa rendah hati, iaitu:

1)Masa
2)Kawan-kawan



Tapi kan, bila cerita pasal kawan-kawan undeniably ada jugak kawan yang backstab kita dalam tak sedar, n tak pasal-pasal bila kau baru nak percaya orang, suddenly they turn the table on you?

I read somewhere la, tak silap aku buku 1001 kata-kata hikmah saidina Ali kwj keluaran PMRAM kot.Owh i miss that pink book! haha. dari semalam carik tak jumpa mana tah dalam stor. Ini adalah di bawah kategori Kalam Sahabi
So, tibai jelah sounds macamni kot sebab tak ingat ayat exact

"Husnus Zhan itu penting, tapi bagi yang tiada prasangka langsung itu umpama orang bodoh"
(Au kama Qaal)

Maksud nya kita digalakkan untuk sangka baik kat orang, tapi memang bodoh gila kalau bagi semua trust tu sebab bila apa-apa jadi later yang memang kita tak boleh nak salahkan siapa kecuali sebab diri sendiri mmg careless, tension kot?

Same gak, memang setiap orang berhak untuk ada sifat judgemental dan prasangka, tapi level dan takat mana itu yang berubah-ubah dan tak payah la nak melampau sangat.

Dalam Gynecology pulak, Exclusion of Malignancy is important. Mesti ada high level of suspicion ada cancer contoh kalau female old age, bleeding yada yada yada

Bukan maknanya kita nak fikir jahat, tapi if the malignancy is true as suspected, yah, memang ignorance is not as bliss as have no idea about how worse cud it be, tapi kan boleh tau staging, prospect n prognosis n wut shud do

And I really like the idea of meng analogi kan cancer itu macam iceberg yang mana memang nampak kat surface itu kecik tapi don't ever forget beneath the surface besar gila ok? and the idea of removal of more than necessary is important to prevent apa-apa jadi di kemudian hari as example the level of extension is more than what it seems?

Contoh: dlm Cancer of larynx, salah satu option line of treatment (tak igt staging mana, haha):
Total Laryngo-Pharyngo-Oesophagectomy with Gastric Pull UP!
(hambik kau sebab larynx semua kene buang dan teruskan life dengan pakai 5 tube kiri dan kanan)

(Tapi aku bukan maksud kan Saddu Zara'ik ni yang mana konon2 ada certain orang claim prevention more than necessary is compulsory pulak, lagipun bukan bidang aku haha)

Seriously, memang lah dunia ini takkan aman kalau kau asyik mahu ada prasangka kat orang,
tapi tak semestinya kalau kau rasa kau dah baik gila dengan hubungan sesama manusia,
tuhan takkan uji kau dengan org melayan kau dgn cara yang kau tak pernah ingini. Aniaya mungkin?



Sebab itu, it's ok not to give everyhting (trust maybe?), and it's ok to save a lilbit for yourself.
Memang orang lain tak payah nak kata apa-apa.

Wednesday 13 May 2009

Mengenai bisnes yang tidak berapa nak menjadi sangat dan silap besar kalau ada yang fikir aku hanya mahu untung

Aku ada satu ketidakpuashatian di sini

Berkenaan bisnes(dulu lah, sebab sekarang buat hanya suka-suka bila ada masa atau terasa nak makan),
Bukan pasal masalah apa pon, aku annoyed gila bila macam ada masa aku bersusah-susah buat kek, tak pasal ada suara-suara kat belakang yang cakap macam ni:

"Hurm leceh gila kan buat kek ni, Kalau jenis macam aku ni memang takkan buat lah benda2 remeh camni"

Ok, 1st thing, aku admit memang leceh sebab apa benda dalam dunia ni perlukan skill jugak, tapi,

Eh eh, kau ingat aku tak tahu ke memang lah sedikit leceh benda ni tapi kadang-kadang aku terima sahaja tempahan especially daripada kawan-kawan rapat sebab memang nak jaga hubungan baik/ ukhuwwah sebenarnya, I mean macam apa salahnya bersusah sikit-sikit, nanti orang senang hati, sebab siapa lagi yang they will turn to dalam bab-bab ini walaupun bukan setiap masa aku setuju sahaja kalau ada yang nak tempah apa-apa


Lagipun aku tak nak jadi sombong sebab kalau betulla aku acquire bakat untuk buat kek ni, Obviously itu semua tuhan yang bagi macam siapa pon yang tahu my mom happened to be a cake-maker dan sikit-sikit it's her blood also running through my veins. Dan aku pulak tak ada masalah nak mencemar duli untuk ambil tahu sedikit sebanyak dalam cake stuff ni, sebab bukannya aku buat hal dgn orang pon

Sebabnya ayat kau di atas tadi nampak macam kau letak diri kau sangat superior yang mana takkan buat benda-benda low macam yang aku buat ni. yang remeh kata kau. Itu sangat insulting sebabnya kau ingat aku saja-saja suka nak melecehkan diri sendiri dan layan benda-benda remeh macam ni ke?

Well, nasib baik kau tak menempah dari aku dan aku tak pernah pulak mendengar orang-orang yang pernah menempah cakap macam ni. Tapi tak tau lah kalau ada kan di belakang aku sebab macam wafi cakap la, biasala, manusia kan ada mulut

Kalau tidak, dah lama aku tinggalkan kau terkulat-kulat kat situ dan cakap macam ni:

Dah kau buatlah cake tu sendiri , sebab aku pon tak suka buat kerja leceh ni, banyak lagi kerja lain yang aku patut buat.

p/s: one more thing, memang silap banyak lah untuk orang-orang yang fikir aku hanya utamakan keuntungan dalam bisnes ini.contoh ayat: brape jual ni? 45+2(delivery). Owh mahal jugak yer?? wtf? silap yer. sangat!

Siapa mahu jadi Cikaro?

Bagi mereka yang minat anime n everything about japan dan telah jadi 'Otaku' secara tak sedar, lagi pulak suka benda comel,

tapi satu hari nanti kalau ada rezeki janganlah sampai mahu menamakan anak dengan nama Cikaro, kepada yang tidak tahu, mari kita baca petikan utusan di bawah

Sebab rupanya aku yang macam katak di bawah tempurung dan belum cukup bergaul dengan mat rempit lagi, baru tahu ada term yang mungkin 'tidak lah baru sangat sebenarnya' dalam dunia rempit ini, iaitu Cikaro



‘Cikaro’ taruhan mat rempit


Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
jenayah@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Mei – Jika dulu sekadar bohsia, kini cikaro pula!

Gejala mat rempit yang berleluasa di negara ini semakin menyimpang daripada nilai-nilai ketimuran apabila sanggup mempertaruhkan gadis bawah umur atau digelar ‘cikaro’ sebagai habuan seks dalam satu-satu perlumbaan haram.

Nampaknya tidak cukup dengan mengusung minah rempit yang digelar bohsia ke sana sini, golongan mat rempit itu mempelbagaikan pula bentuk pertaruhan daripada wang ringgit kepada gadis sunti.

Apa yang menyedihkan, ‘cikaro’ itu sanggup menggadaikan maruah masing-masing untuk ‘dikongsi’ beramai-ramai oleh mat rempit.

Menurut seorang bekas mat rempit yang ingin dikenali sebagai Emi, 24, memang terdapat ramai gadis belasan tahun yang menjadi mangsa kepada kumpulan lumba haram ini.

“Sewaktu menjadi mat rempit dua tahun lalu, kawan-kawan saya sering membawa gadis-gadis belasan tahun untuk dijadikan pemuas nafsu mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mat rempit juga, katanya, sanggup berkongsi gadis rempit ini bagi memastikan hubungan antara mereka sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Mereka tidak kisah kalau berkongsi gadis dengan kawan-kawan rempit asalkan hubungan mereka baik,” katanya.

Tambahnya lagi, untuk menjadi mat rempit, perkara yang paling utama ialah hubungan antara mat rempit mesti terjalin baik kerana ini merupakan satu aspek yang penting jika berlaku sesuatu kecemasan.

“Sebagai contoh, jika berlaku pergaduhan, saya boleh memanggil geng-geng rempit saya untuk menolong menyelesaikan masalah ini. Itulah yang penting untuk menjadi mat rempit,” katanya.

Emi kini sudah insaf dan meninggalkan kegiatan merempit dengan bekerja sebagai pemandu lori.

Seorang lagi bekas mat rempit, Mohd. Zaidy Maisita, 23, berkata, sepanjang menjadi mat rempit sejak bersekolah di tingkatan empat, bermacam-macam pengalaman yang ditempuhinya.

“Saya pernah mengalami kemalangan yang menyebabkan saya dirawat di hospital selama tiga hari,” katanya.

Tambahnya, kemalangan itu banyak menginsafkan dirinya dan kini dia tidak lagi merempit.

Mengenai gadis belasan tahun yang sering dipilih mat rempit, dia berkata, faktor utama mat rempit memilih mereka kerana gadis-gadis ini mudah didekati.

“Jika kita ada motosikal dan pandai membuat aksi berani, maka gadis-gadis rempit ini akan datang mendekati kita.

“Mereka juga boleh dibawa ke mana-mana malah boleh dijadikan pemuas nafsu,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi bekas mat rempit, Kay Fairus Kamaruddin, 29, berkata, mat rempit dulu dan kini amat berbeza sekali.

“Dulu kami tidak melakukan aktiviti jenayah kini banyak jenayah yang dilakukan oleh mat rempit,” katanya.

Katanya, dia juga sudah banyak kali terbabit dalam kemalangan motosikal dan itu merupakan satu lumrah bagi seorang mat rempit.

Dia yang sudah 11 tahun menjadi mat rempit berkata, dia insaf setelah memikirkan apa yang akan terjadi sekiranya dia tidak berubah.


Sumber dipetik dari sini



Setelah baca artikel ini dan gelak sorang-sorang barulah aku faham rupanya mat rempit ada pembahagian sendiri, mat rempit conservative dan liberal
dan masih ada mat rempit yang berhati mulia dan tidak senang dengan golongan sendiri yang banyak buat hal dan menyusahkan orang. hahaha

aku malas ulas panjang-panjang sebab ada orang kata:

1)Jawami' al kalam itu penting
(mengumpulkan ayat agar tidak menjadi berjela-jela?)

2)Khairul kalam , ma qalla wa dalla
(sebaik-baik percakapan itu, yang mana sedikit, tapi significant)

3)Khairul umur, awsatiha
(sebaik-baik perbuatan, adalah pada pertengahannya)

Tuesday 12 May 2009

Pengalaman berharga sebagai kawan para gamers dan membesar sama-sama, diulangi, kawan sahaja





Cubaan mengoogle 'manjakani' tidak berjaya, ah kenapa tidak ada, bukankah cukup legend?



Sebab Sob dah lama balik Malaysia, maka kami yang berapa tahun pernah tingal bersama-sama ni walaupun takdalah rindu, sebab jantan mana mahu mengaku rindu kan, tapi kadang-kadang bila orang tu dah tidak ada terasa lah jugak.

Sampaikan kami yang hobi melepak dan merepek ni pernah berbincang serius macam sedang risaukan masalah dunia untuk buat satu video dokumentari pasal jejak-jejak sob di sini
format dokumentari tu simple, kami diinterview bergilir-gilir dan diminta berkongsi sedikit sebanyak pengalaman bersama Yang Berbahagia Ahmad Sobri. kah kah

Sebab aku tak pernah pasti ini akan jadi realiti atau tak, dan sebab aku yang pelupa sebab skarang summer banyak makan semut plus lalat2 yang aku akan sentiasa emo bila datang mengacau sampai aku berbelah bahagi samada mahu stadi atau tak, 'lemme' jot down apa yang aku mahu cakap bila nanti kamera datang meng'interview'


Hermm.. dulu sebenarnya Yang Berbahagia berbakat jugak bagi teka teki medik
Aku pernah dapat soalan macam ni masa kami sama-sama serumah masa tahun 1:





Ko tahu tak dalam banyak-banyak muscle, muscle apa yang paling kuat dalam human body?


Apa? masseter ka? Hurm ntah la aku tak tahu sangat lah(Aku yang bodoh gila dan selalu cepat sangat surrender bila tak tau)


Tett! Salah. Jawapan dia Levator ani.


Hoh. Yeke? Apsal plak?(Aku yang menuntut medical explaination)


Sebab 1-kedekut(otot kemut), 2-Boleh potong taik dengan mudah


Aku: Owh, wow!?


.....................................................................................


p/s:Aku takut sekali kalau-kalau Sob terbaca post ini dan meninggalkan hempasan pintu di bawah ini begini. Oi, Lag~


Cubaan mempromote blog mamat secara sembunyi-sembunyi tanpa mahu diketahui musuh






Dulu pernah ada junior yang tanya aku soalan pasal apa belajar di sini asyik-asyik macam kena paksa makan teori saja?

Mungkin orang-orang macam ini claim diri meraka suka cabaran, sebab tu kalau boleh mahu berfikir sahaja, tak mahu disuap ilmu mahupun menghafal membabi buta?

Aku dah lama mahu tulis pasal ini tapi rupanya kawan aku sudah lama menghuraikan isu ini di dalam sebatang klobot otaknya berpusing.

Mari kita sama-sama baca 'one hit wonder' beliau ini, yang mana sebelum ini hanya ada satu entri tapi baru tulis dah ada 10 orang komen, cuba bayangkan kalau ade 100 entri, tak ke kalau tak 1000 komen, mungkin lebih banyak lagi

"Aku terbaca post dari pemenang2, teringin mengomen, tp tertulis panjang plak. Bile dah panjang sangat, tak seswai plak. Last2, aku jadikan la respon aku ni sebagai entri sulung utk blog aku (yang dibuat petang tadi). Igtkan saje2 buat account, malas nk isi pape, tp…. err, wut teh hell la. Ni respon aku, baca lagi...."


Ok, aku faham aku pon ada je kawan yang amek course sama di Malaysia yang macam tak penat-penat nak compare sistem belajar di tempat dia orang dan tempat aku, jadi semacam satu hobi dia orang pulak


Contoh:

'You all' posting surgery berapa minggu?

Aku jawab, tah, 5 kot

Wut???(sambil gelak tahan-tahan) 5 minggu je? takut tak berkualiti lah macam ni, sebab 'we all' posting 8 minggu tahu? Lagipun mesti 'you all' tak banyak buat praktikal kan? Kalau aku, aku dah tere gila menjahit ni tahu HOHOHOHOHO


Aku tak mahu cakap apa-apa tapi sebab ada orang macam ni lah yang membuat kadang-kadang kita rasa tak selesa dan terpaksa fikir benda yang tak perlu pon sebenarnya

aku banyak je contoh lain tapi saja mahu tunjuk contoh kejam sikit dan 'not relevant' to the subject

Entah la kadang-kadang aku cuak gila jugak sebab yelah,
Bila belajar di sebuah negara dunia ketiga yang disebabkan pengeluar ilmuwan medik yang agak ramai, so sebab medical student di sini tak diexpect untuk terus kerja selepas habis 6 tahun belajar sebab seriously memang ramai lagi yg lagi pakar dan available on board, dan native student biasanya akan compete untuk terus sambung belajar lagi untuk amek master, so sebab itu kami tak diberi peluang untuk buat procedure sangat n hands on kat patient

So memang takda apa yang nak dibanggakan selain boleh cakap kami belajar di sini paling kurang pon assisstant proffessor yang ajar, tapi most of the time prof lah.
I'm not really sure bout this, tapi Mr. Islah selalu cakap sebab lack of tenaga pengajar kat UIA, so masa dia still tengah belajar master lagi dah tolong mengajar undergrads dah. dia la yang cakap. sebab tu still kena bersyukur dan mengapa tak perlu rasa inferior. (perhatikan 'mr.')

So sebab tu memang cabaran gila bila agak-agaknya panjang umur dan balik nanti, sebab memang banyak gila benda nak kena adapt. Memang untuk fikir benda-benda macam comfort zone, tu jauh skali lah

Tapi bila aku risau dan mahu sedapkan hati sendiri, mesti akan teringat kat akak A yang skarang dah jadi HO paling disegani kat HKB,
takpon abg A kat HKB jugak yang dulu masa HO katanya famous,(skarang dah jadi MO),
takpon lagi sorang akak B yang dengar cerita dah jadi leader untuk semua HO di HUKM skarang ni bila masuk tahun kedua HO
Wallaweh!
Takpon kalau aku balik summer borak-borak dengan Mr. Islah takpon Mr. Nujaimin kat neurosurgeon department(yg ini tipu sebab pernah borak sekali je, haha)

tapi bila cerita pasal dia orang ni memang tak heran lah sebab diorang memang hebat pon.
mungkin boleh conclude jenis yang kalau buang dlm laut jadi pulau takpon buang kat darat jadi bukit, mungkin lah

Cumanya nak cakap walaupun diorang belajar kat tempat yang katanya kurang praktikal dan takut tak berkualiti(rujuk conversation di atas), tapi boleh survive dengan flying colors rupanya

Aku pulak, akan jadi trait yang macam mana?

Owh, aku yang sangat ada inferiority complex dan tak reti multitasking ini, memang aku kena berdoa banyak-banyak dari sekarang, sebab siapa pon yang akan bantu aku, kalau bukan tuhan, dan diri aku sendiri




p/s:watak-watak di atas semuanya Egyptian Medical Graduate kecuali satu yg gelak tahan-tahan tadi dan semuanya bukan watak rekaan, cuma bukan nama sebenar

Sampai bila kita mengharap dunia ini tak ada expectation untuk kita?





Ada orang pernah tanya aku apa maksud 'Increasing Success by lowering Expectation'.

Tapi sebab aku jenis tak impulsive, Aku dapat idea mahu jawab macam mana after yesterday


Semalam bila aku main bola petang-petang yg obviously saja-saja, baru aku perasan aku ada masalah besar rupanya
Aku ada masalah couldn't live up to expectation orang.

BIla aku main saja-saja,
bebas dan tak dikontrol-kontrol, aku tiba-tiba boleh net-hitting macam 10 dan lebih? out of 20 lebih jumlah goal in pitch,
(tapi akmal kata tak valid sgt sebab dia yang jadi defend. kita hormat opinion orang)

tapi bila ada tournament yang obviously the pressure was keep on coming, ah aku jadi macam orang bodoh gila, haritu single goal in a single season(7game), secara tak langsung jugak wakdul haq berkongsi mata yang paling rendah dalam league bersama-sama team Al-Fawwaz.tapi masih bersyukur la sebab masih ada goal, kalau tak mungkin akan kena lelong atau loan ke club lain, masalahnya ada orang nak beli ke?

The idea of being a striker is be at the right place, at the right time selain accuracy itu penting, tapi teori ni jadi macam tak guna bila datang expectation(yelah, apa lagi yang mahu diexpect bila ada tournament)
Dia jadi macam bila orang ada harapan aku jadi macam tertekan sebab mahu buktikan sesuatu tapi macam tiba-tiba tak reti nak perform, ah memang masalah betul
Pressure tahu?

Sebab aku tahu manusia itu judgemental, aku mahu cakap entri ini bukan riak pon sebab aku sedang mengira-ngira masalah sendiri atau mungkin mesej aku tidak sampai
(ah peduli apa aku asal mesej sampai sebab memang aku cakap benda betul pon sebab aku memang kira gol sendiri sebab kalau sendiri tak kira, siapa pon yang mahu kirakan kan?)

Tapi itu lah aku mahu cakap, ini adalah salah satu major problem di antara problem2 yang lain yang more superstitious dan mungkin boleh rujuk di sini

Selain aku tak suka dipaksa-paksa, keras kepala, takda disiplin dan bukan mudah sangat nak dengar cakap kapten, itu pon lagi satu hal jugak sebab bila aku di bawah acuan orang aku sudah tak jadi macam diri sendiri dan terus lupa apa yang aku ada

owh masalah ini sungguh membebankan, especially bila it's not limited to on-pitch problem sahaja.

Munir pon selalu kata aku perlu belajar lebih banyak, terutamanya belajar macam mana nak sepak dengan betul.





Aku yang membelakangkan kamera sebab memang jenis pemalu dan selalu nervous dan ada palpitation bila di depan kamera


Abg Munir dan senyum sinis memang tak dapat dipisahkan. "Hurm sepak kut mana plak tu??" (sambil memandang aku)

Aku(di belakang sekali) yang malas kejar bola tak macam waruk tapi selalu emo bila orang tak feed bola




Sebab lagi satu aku tahu a good leader is always a good follower, rupanya aku belum layak lagi untuk menjadi ketua.


Monday 11 May 2009

Jangan suka cakap orang, sebab takut-takut satu hari nanti kau sebenarnya tengah cakap pasal diri sendiri






Entri ini dedicated especially to kawan-kawan yang sama-sama minat chelsea n jugak tgk match itu hari.
so kalau yang tak faham dan rasa boring, bukan salah aku kot sebab aku dah sound awal-awal
Tapi macam mana pon aku mahu relate dengan life jugak sikit-sikit.



Well, aku dah lama sebenarnya nak post pasal ni, tapi memandangkan aku tak mahu jadi macam bunyi panglima emo yang baru kalah perang, so aku menunggu lah lebih kurang nak dekat seminggu baru nak bagi comment match semi final champions league between chelsea vs barcelona ni.

Sebab aku belajar satu benda, tak elok jadi impulsive/compulsive? sebab itu sounds macam tak mature kot? bila sume menda nak react cepat-cepat dan macam tak pasal-pasal plus lagi macam tak reti bertenang, itu sebenarnya boleh obscure ur judgement n how you view thing kot, eh betul ni, aku tak main-main, haha
sebab tu la kot org2 berumur2 kadang-kadang nampak macho gila sebab diorang dah acquire benda ni, bukan hanya berlagak cool di luar, tapi belajar sabar innerside lah jugak apa, haha


The Result












28/4/09-Barcelona vs Chelsea @ Camp Nou
(0-0)












6/5/09-Chelsea vs Barcelona @ Stamford Bridge
(1-1)
Essein, 9', Iniesta, 93'

so, Barcelona progressed to final in Rome by away goal's rule.

(Bagi yang perlukan elaboration, walaupun aggregate still seri(1-1), tapi disebabkan chelsea tak score kat away, tak mcm barcelona yang ada score kat Stamford Bridge, so sebab tu advantage kat Barcelona. Because of that, barcelona progressed to final.

But remember,
Chelsea: the one and only team yang berjaya tak allow Barcelona utk score kat Barcelona's stadium(Camp Nou) untuk musim ini ok! n the one and only team yang barcelona tak kalahkan lagi dalam Champion's league season ini kalau takda away goal's rule.



Oklah, there's nothing to talk about iniesta's goal, it's as wonderful as essein's goal, only essein's more impressive lah kot sebab hitted the bar first n overcomed valdez, tapi, obviously iniesta's more dramatic to watch sebab yelah, it's just 2 minutes from wistle blow off

So, apa yang aku nak cakap sebenarnya ni?

Macam ni, prior to second league clash, Iniesta(captain, also the same person who sent barcelona to final), cakap macam ni,

"Chelsea is a team that play ugly, always win ugly, maksudnya nak cakap main physical, lack of skill n selalu perlukan luck untuk menang!"
n claim barcelona akan main cara Barcelona yang tak akan affected with the way chelsea is playing theirs,
pastu lagi claim diorang punye the most beautifully played football in the world kot. well it's true memang barcelona main banyak gile through pass
kalau tak percaya baca di sini n ade je banyak lagi yang lain, malas nak post kat sini


So, let's define irony?


Sebuah team yang mengaku diorang main lawa dan tak affected dengan cara team lawan untuk menang,
finally, need lady luck untuk menang and sealed the game dengan begitu ugly-Chelsea's way???? hahaha

kenapa luck?

1)iniesta's goal hebat, tapi itu macam main rembat je? dari luar penalty box yang obviously memang bukan cara barcelona yang banyak main through pass dan look down kat cara yang konon-konon cara chelsea

2)Barcelona just progressed sebab away goal's rule. Means kalau cara yg proper betul n fair, match itu patut diteruskan dan Barcelona yang claim they are the best team in the world, shud teruskan dengan additional time n main cara jantan?

3)Reff yang spoil gila sebab 2 kali chelsea being denied of penalty, maksudnya memang nak buat camna dah iniesta gol, tapi kalau chelsea dapat penalty2 itu, bukan ke diorang who will progress to final?tapi cakap pasal reff ni tak guna lah jugak sebab dia memang mangkuk kat both teams, cumanya judgement pasal abidal yang dapat red card tu takdelah sampai affect ada dapat penalty kot?
Mungkin comment aku bagi kau orang biased gila sebab aku fan, tapi kalau tak percaya, baca comment bebas sini dan related news

Tapi ni, dani alves tak malu claim beautiful football menang, padehal match tu diorang main tak beautiful pon? baca sini.

n lagi satu, encik johan cruyff (bekas player barcelona yang comment agak biased), drogba was not sent off because of change of tactic(defensive), he was sent off, because he was obviously injured, crippling ok? Baca sini


So sebab itu, bagi aku, sebelum jadi kat diri kita, jangan nak kutuk-kutuk / rendah-rendahkan cara orang, sebab kau akan sentiasa mencabar diri kau untuk buktikan yang kau takkan jadi macam tu,

dan bila sampai satu masa kau rasa kau terpaksa jadi macam yang kau dok rendah-rendahkan sebelum ini, mungkin kau akan berjaya (sebab kau jadi jenis machiavelli yang matlamat menghalalkan cara sampai kau terpaksa ubah prinsip),
tapi kau akan malu sendiri bila teringat apa yang kau cakap sebelum tu, dan bila itu jadi, kau akan sangat tertekan tahu?

ataupun mungkin sebab kau ingat, kau akan jadi ego dan tak mahu ubah prinsip dan sanggup untuk korbankan success n ur future undertaking, sebab yang lebih penting ialah pride. either way, seriously dua-dua pon memang busuk. hahaha

Okla enuf said.


Lagipun, bak kata para fan Barcelona, eh tak kisah la, yang penting menang! dah kalah tu mula bising macam-macam!(macam budak-budak jugak kot)



p/s 1:Aku tak mahu komen lebih-lebih sebab loser will always be a loser and always being looked down, yah, itu depressing gila, n takda cara lain except memilih untuk tidak jadi loser (dalam apa hal pon, haha). Aku hanya mahu bawa isu irony di sini.


p/s 2:Aku still akan sokong Barcelona untuk final sebab in football, there's no hate more sincere than the hate of Manchester United. haha

Saturday 9 May 2009

Perak dah jadi gila





Owh rupanya lepas PRU yang latest aku macam dah malas gila nak ambil tahu hal politik Malaysia sebab macam banyak sangat drama-drama yang bosan dan membosankan. Itu pon 'alhamdulillah' Najib dah 'selamat' jadi PM sebab dulu sebelum sempat jadi punyelah satu Malaysia nak kena sibuk fikirkan bila peralihan kuasa, peralihan kuasa ditunda ke tarikh sekian-sekian, bila pemilihan agung UMNO, siapa yang akan bertanding, politik wang terang-terangan lah so macam jadi satu kerja pulak sebagai rakyat marhaen nak fikir benda-benda yang bukannya efek ekonomi Malaysia pon atau dalam erti kata lain periuk nasi diorang sendiri pon, just itu big deal untuk sesiapa yang terlibat secara langsung dalam politik je kot. Nasib baik dalam time line ada terselit sikit-sikit pilihan raya kecil so happening sikit lah kan?

Whatever lah

Tapi tiba-tiba 2 hari lepas aku agak teruja dengan apa yang jadi kat dewan rakyat negeri perak. Aku seriously tak amek port sangat sebab malas nak penat-penat fikir apa pasal jadi benda ni sebab macam panjang gila.Observe apa jadi dalam dewan lagi seronok kot? meh jom meh
(Aku ingat kat mesir je ada gaduh-gaduh macam ni). hahaha

Tak tau nak describe macam mana, korang tengok lah sendiri apa yang jadi dalam dewan rakyat negeri perak 2 hari lepas. Shocking gila.


Ingat lagi tak dulu masa zaman skolah rendah bila masa cikgu terlambat masuk mengajar dan kelas itu akan jadik macam mana?
Cuba try picture that in your mind, macam tu kot apa yang jadi. hahaha. gila.

Video lagi satu yang kat bawah tu pon bes jugak walaupun ada censored content sebab nak tunjuk tahap teruk macam mana. haha













p/s: nasib baik teman bukan orang perak. kalau tak malu nak mengaku ni. ahahah

Friday 8 May 2009

Lelaki normal yang tidak ada particular memory in detail dan tidak biasa layan benda-benda remeh






Dulu aku ingatkan aku betul-betul sayang kat mak aku.
Tapi lately aku fikir, eh apsal aku tak pernah ingat pon besday mak aku pon dan macam tak pernah wish langsung?

Tapi macam aku tak pernah heran pon sebab mak aku tak pernah nak gaduh pun pasal benda ni, apetah lagi nak merajuk, sebab macam banyak lagi benda lain yang lagi nak tumpu dari benda-benda remeh macam ni kot, selain dia memang iron lady

Tapi aku macam ingat lah brapa birth date dia sebab macam ingat-ingat ic dia, tapi tu pon ingat-ingat lupa gak. Is it 621121? owh so mebi 21 haribulan November 1962 la tu, haha

Teruk gila kan sebab tak pernah nak amek tau pon, tapi mungkin itu biasa lah sebab aku hanyalah lelaki typical yang tak heran pon nak ingat benda-benda remeh dan takda particular memory in detail. *cough* haha

So oleh kerana aku rasa bersalah, aku mahu nyanyi lagu Radja-Aku Ada Kerna Kau Ada, untuk mak aku ni.
Aku pemalu sebenarnya, tambah-tambah lg kalau di depan kamera, tapi since die takkan tengok pon blog ni, ok la kot


Ada orang bila ulas isu muzik ini cakap, ada doa yang "Allahumma inni A'uzubika min 'ilmi la yanfa'". (Ya Allah peliharalah kami dari ilmu yang tidak bermanfaat),
mungkin nak tafsir belajar main instrument ni macam sia-sia gila kot dalam hidup ni.
aih takpalah nak wat camna dah aku appreciate seni muzik plus ah tak kire lah nak nyanyi untuk mak aku pon sebab nak nyanyi untuk siapa lagi pon

Oklah, selamat pura-pura dengar tapi mute kan speaker, sebab memang sumbang nak mati pon sebenarnya, haha

Sebelum tu, jap nak kasi Warning:

1)Don't mind the sinematografi sebab memang buruk plus sebab dia memang zuhud pon.
2)Pakai towel pon ok kot sebab on the way nak pegi toilet, haha gila
3)Maafkan skill main aku yang masih rendah dan memang noob gila, yelah baru seminggu lebey beli, kene slow2lah tak gitu?haha
4)Kalau aku tergelincir, jgn terperanjat sebab dia memang hobi pon.


Breaking News: Tun M akan dapat kapal layar 'Apa Nama' (takdelah breaking sangat pon sebenarnya)




Wallaweh, klakar lah jugak bila ada orang nak sponsor kapal layar bernama 'apa nama' untuk Tun Mahathir . tak rasa macam tu ke? sebab nya 'apa nama' tu macam tag line yang tak disengajakan pon aku rasa, (ke sengaja?) tapi end up sampai dapat kapal nama tu pulak, haha. baca sini

oklah aku nak cerita pasal Tun Dr. Mahathir kali ni
sebab aku ni jenis suka buat teori pelik-pelik, aku nak reka satu teori pasal die lah

aku ingat lagi dulu masa sports day kat mansurah bila ada peraduan teka berat beras. Aku semangat gila menerangkan teori aku yang konon-konon nampak macam cool. aku cakap tau tak sebenarnya berat beras ni 1 kg tepat sebab sapa pon yg nak buat peraduan teka berat beras dan memang buat jumlah tu dan memang takkan ada orang sangka 1 kg tepat. mestilah org akan teka berat-berat yg gempak-gempak macam 897 gm ke, 965 gm ke. tapi akhirnye aku sedar yang teori aku memang memakan diri sebabnya memang dia orang tak buat berat die macam tu pon, sebab macam aku cakap, sapa la yang nak buat macam tu kan? haha



Oklah, adapun mengenai perdana menteri yang korang dan aku (terpaksa, kalau tak, nanti aku jadi mcm org tak kenang budi) sanjungi ni, aku rasa la dia dah berjaya menjadikan diri beliau legend, yelah sapa tak mahu diri dikenang-kenang kan lepas jadi Pm malaysia nombor 4 yelah sebab perdana menteri malaysia ada berapa banyak je pon?




macam ni,

1)'memerintah' paling lama.
dah kalau dia dok kat atas tu lebih dari 20 tahun, sape lah yang tak nampak apa yang dia dah bawak kat malaysia?
-point ini tak perlukan elaboration-

2)pandai buat kecoh dan berani
contohnya tetapkan malaysia jadi host untuk OIC, dan bangkitkan isu-isu sensitif macam anti-semitik biar satu dunia boleh tahu PM malaysia memang lantang dan berani. Harimau Asia!

3)Malaysia Boleh! dan Mesti Capub
Suka menerapkan yang Malaysia mampu untuk something tu especially hostkan event2 yang bertaraf dunia contohnya macam Komanwel, nanti satu dunia dapat datang dan tgk rupanya malaysia pon maju jugak
Soal berapa banyak yang kementerian Belia dan sukan tu rugi untuk maintainance benda yang tak dipakai sangat tu, kita letak tepi, yang penting, PUBLISITI
Betul jugak, sapa lagi yang nak promote kalau bukan diri sendiri? tak gitu?

4)Reti bersara bila di puncak
oklah, Tun boleh aje nak bersara masa zaman kacau bilau di mana beliau digelar Mahazalim tapi apsal tak buat macam tu? malu la wei. lagi macho la kalau situation jadi stabil balik dan bila UMNO kembali ke puncak dan rakyat kembali percaya(selepas chaos isu Anwar Ibrahim dan isu gawat 97') dan dengan machonya serah kuasa kat pak lah. fuh real hero. ni kalau dalam dunia EPL macam yang sir alex ferguson nak jadi kot.
masih ingat bagaimana rafidah menjerit she's like my father you know???

5)menamakan successor yang lemah
yah, ini rasa ini taktik paling hebat sebab yelah bila Malaysia dah duduk bawah PM yang kurang cekap, dan Malaysia jadik chaos , sudah tentulah marhaen akan terkenang-kenang eii besnya masa zaman kegemilangan Malaysia di bawah Dr.M.

6)aku tak tau lah, yang ni aku rasa jelah.
bila buat satu plan tu dan pura-pura admit yang kita dah silap, nampak macam tak sengaja kan dan innocent gila pulak.
maksud : menamakan paklah selaku successor tapi dalam masa yang sama selalu dok ulang-ulang yang "saya dah tersilap pilih pengganti, saya ingat die baik"
so kalau betullah teori aku, kelihatan mulia gila Tun sebab memilih successor yang nampak baik dan takda kes sangat(sebab Paklah ada jaga portfolio apa sangat pun dulu untuk buat korup? MAGERAN? eh silap-silap. Paklah ada jugak pegang portfolio panas yang boleh buat duit cuma mungkin tak selicik PM ke-6 yang selalu tau macam mana nak buat duit bila duduk bawah portfolio itu. contoh:bawah MO Defense, buat PLKN, amek tender baju celoreng dan supply makanan untuk keluarga terdekat, bawah MO Education pulak, tukar sistem KBSM, dalam MO Finance, ah tak payah cakap lah tu sebab aku tak reti lah akaun, tapi, mcm-mcm boleh buat dengan duit kan?
so ulang balik, kelihatan mulia gila Tun sebab memilih successor yang nampak baik dan takda kes sangat tapi buat-buat tak tau yang memang PakLah kurang cekap, kemudian bila jadik chaos mengaku kesilapan sendiri sebab tak reti menamakan pengganti. wahhh!

7)
last2, ni point last.
walaupun jadi idola lapisan masyarakat sebab banyak jasa tapi sebab tak mahu orang taksub lebih-lebih, saja-saja kasi nampak silap sebab nak prove, hebat macam mana pon mesti ada benda tak tau jugak dan tak semestinya wise sentiasa bila buka mulut dan idea

contoh:Masa debat terbuka pertama antara Allahahyarham Fadzil Noor dan Tun, Tun cakap camni, rakyat Palestin tak sepatutnya pegi letup-letup diri dan intifadha tapi sepatutnya kuatkan ekonomi dan tunjuk palestin boleh bersaing dalam ilmu dan kemajuan(tak ingat ayat exact, tapi point macam ni)

Weh, sapa yang faham isu palestin ni, tau lah macam mana rakyat palestin nak maju kalau untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain, even dalam tanah palestin itu sendiri pon brapa banyak pos pengawal Israel yang saja dan saja nak bagi lengah-lengah diorang gerak?
Kita nak expect Palestin boleh buat pusat industri sendiri? kilang-kilang? hello, nak hidup pon macam payah. gila ke apa haha

pastu isu terbaru (contoh ke dua), PPSMI(tak la baru pon tapi ok la), aku malas nak ulas isu ni sebab aku bukannya siapa pon, tapi biar sasterawan negara ulas di sini, ok?

aku yakin dan pasti bila org berbincang dan kritik isu ini, tentulah yang akan rasa paling bitter skali, Tun tak gitu tapi mungkin ini disengajakan, sebab berbalik pada point tadi kan.


Tapi aku selaku rakyat yang penuh semangat patriotik, aku ucapkan terima kash banyak-banyak kat apa yang Tun dah sumbang untuk kemakmuran Malaysia, Priceless kot. cuma tulah aku suka berteori dan selalu syok sendiri dengan teori sendiri sebab sapa lagi yang nak suka kalau diri sendiri kan? haha




p/s:Sebab tu lah, Tun deserves kapal yang bernama 'Apa Nama' tu,haha dan moga sentiasa sihat-sihat dan panjang umur ya.

Thursday 7 May 2009

aku tak cerita pasal arqam ni, jgn silap faham



Bila ada seorang prof yg mempunyai prostration sign (asarrissujud) di dahi masuk mengajar dan bermuka bersih licin, aku macam dah boleh agak sikit-sikit dah yang dia akan bawa holistic approach dalam method pengajaran beliau. untuk yang tak tahu asarissujud, sila rujuk gambar dahi abuya di bawah

dan setelah nak dekat 2 jam die discuss pasal causes of bleeding in early pregnancy, akhirnya telahan aku betul, dia dah mula masuk topik itu slow-slow. dan aku mula rasa terharu sebab dalam dunia yg serba mencabar ni masih ada org yg baik-baik macam ni lagi dan aku dari awal sampai habis hanya boleh oowh dan wow dan oowh dan wow lagi dalam hati je dengar apa yg dia cakap.

alah, sebenarnya bukannya apa sgt pon dan takda ape yg bleh surprise pon dari apa yang die cakap cumanya kalau aku quote kat sini ok kot, since memang peringatan tu kan bagus untuk orang yang berakal

macam nak kata emo tu tak lah jugak tapi sebab die cakap penuh perasaan. kiranya aku consider die macam bagi warning lah.

dia kata kalau kau kerja nanti memang u will kill banyak patient(nauzubillah), 1? 2? or lebih dari itu sampai nanti kau betul-betul competent dan itu in order untuk belajar n dr kesilapan tu kau akan lebih alert supaya tak ulang same mistakes, so die memang tak berkenan gila tengok budak-budak dalam kuliah ni bila belajar just pentingkan markah, mumtaz dan bawah dari itu dah tak layak dipandang lagi (aku tak pernah dpt itu semua, itu hanyalah dunia, haha)

sebab die banyak nampak budak2 sini memang bila stadi tu, muyul (ada tendency) untuk berlumba sapa lagi boleh score banyak dalam exam final by any means pon, sapa score lagi tinggi, maka itu ultimate. (tapi aku takla, aku tak kisah pon dapat berapa asal aku boleh enjoy lama-lama kat mesia masa summer kah kah)

so dia macam nak suruh shift matlamat kami belajar tu, mesti blajar for the sake of 'bakal patient' n niatkan ikhlas kau fikir kau hamba tuhan dan hanya menjalankan amanah, and with that nanti satu hari tuhan akan mudahkan jalan kau orang. (aku rasa penggunaan balik ke matlamat asal lebih tepat dari shift matlamat)
yang mana bila kau asek risaukan kemaslahatan patient, kau akan jadi lebih aware n memori2 akan lebih alert dan fokus dalam case study, sampai malas nak fikir pasal benda-benda lain yang lagi remeh sebenarnya. kalau jadi macam tu baru mantap!
(sebab aku hanya pandai berteori, so memang mimpi lah nak tunggu mantap macam tu, haha)



ok, walaupun aku selalu makan ayam masak merah madu kat restoran Syed keluaran arqam masa kecik-kecik dlu, tapi aku bukanlah dari kalangan pendokong arqam atau rufaqa' sebabnya aku try google sape tah konon2 spiritual figure yang ada asarissujud nih, n ade banyak lah pulak gambar abuya ni kat google. (credit untuk mamat).
maafkan saya abuya. saya hanya mahu tunjuk kesan keramat di dahi saudara itu.=P



p/s: adakah entri ini boleh jadi justifikasi untuk aku malas dan dapat markah rendah pon takpa, asalkan......(ah aku tak mahu sambung sebab tak tau nak cakap apa pon)

Monday 4 May 2009

Cerita pasal kuftah dan terung bawah tangga



Dulu aku tak suka gila bahasa arab sebab aku mmg tak brilliant benda tu masa kat skolah n yap, people tend to love something that they are good at. aku pon tak tau kenapa

tapi bila dah kenal, lama-lama akan cinta lah tak gitu?
especially egyptian slang yang bagi aku sangat unik walaupun monotonous tapi kuat dan kasar dan banyak gila pakai metaphore.

ni nak cerita sebab nya hari-hari aku belajar pakai bahasa arab, so kalau setiap hari kalau aku dpt satu vocab mahupun uslub baru, cuba bayangkan berapa banyak yang aku akan dapat selama sessi pengajian 5 tahun?
So, aku tak mahu bagi contoh tipikal yang lembu pon tahu rasanya. so here it goes



Uslub pertama


Ade sorang lecturer aku ni memang kelakar gila sampaikan membe arab aku gelak-gelak dan cakap macam ni.. huwa da duktur kuftah (inilah doktor kuftah)

tau tak kuftah itu ialah ini(yang daging tengah panjang di bawah timbunan nasi itu sahaja):


dan bila aku mintak explaination die jawab macam ni.
Hua kuftah 'ashan duktur ayyi kalam
(he is kuftah because he's the can-talk-about-anything-doctor)

betullah jugak sebabnya dalam masa yang sama boleh bincang pasal sheet Obs, tiba-tiba boleh bincang pasal brand laptop terkini, kadang-kadang tu emosi bila bincang mengapa kelab Ahly hanya boleh seri dengan Enbbi malam semalam? dan kalau mahu tegur budak-budak pasal attitude tiba-tiba boleh jadi macam tengah bagi tazkirah mahupun bukak ruangan soal jawab masalah remaja masa kini. patut lah.

cumanya sebab aku ajnabi(foreigner) jadi macam pelik semacam apa pulak kaitan daging panjang bakar tu dengan boleh cakap pasal apa-apa?
n what more surprisingly is, kawan-kawan arab die macam agree dan gelak-gelak sama 'hahaha doktor kuftah' (selepas ditranslate macam ni kot)


Uslub kedua

kawan aku yg gemuk dan tinggi tiba-tiba hilang dan kawan dia carik. Tapi sebab mase die carik tu die jerit kuat-kuat macam ni, Fein el betinggan? (pegi mana ha terung tadi?)
dan yg pelik sebab yang dengar terus tanya, Mustafa ya'ni? (ko carik mustafa ke?)

sebabnya aku macam tak nampak pulak apa kaitan buah terung tu dengan kawan aku itu. adakah sebab bentuk terung sini yang gemuk-gemuk dan tinggi?
itu yang unik, orang sini banyak guna metaphore, tapi cepat pulak masing-masing nak faham. i have no idea why. hahaha



uslub ketiga

Sebab aku malas nak cite panjang, aku pernah jumpa orang jual barang describe barang reject macam ni: da hagah tahta sillim (barang ni barang bawah tangga)
'wonderfullu' weird isn't it? sebab orang-orang sekeliling yang denga terus faham walaupun macam, ape kaitan dan ape kes? hahaha

Oklah sebab aku banyak sangat merepek aku nak blah dlu la pegi buat apa yang patut



p/s:aku suka gila add math walaupun tak pernah dapat A2 sejak blaja sampai lah habis spm.kah kah kah


Tiba-tiba terasa nak tulis entri selamat hari ibu walaupun belum lagi

Owh rupanya lagi 6 hari lagi Hari Ibu dan aku masih mahu tulis blog untuk hari ini dalam melancholic mode


Aku selalu dengar orang complain kurang kasih sayang dan aku tak faham sebenarnya level kasih sayang macam mana yang dia orang expect dalam hidup ini.
Adakah mereka rasa macam tu sebab envy dengan people surrounding them yang sentiasa dapat apa yang diorang nak?

If that's the case, aku mahu compare diri aku dengan orang di pusat asuhan anak yatim lah. sebab apa yang diorang ada compared to me? makan bubur kantin hari-hari dan ramai kawan senasib?

Aku lahir dari keluarga yang biasa-biasa, keluarga aku jugak bukan lah jenis keluarga Yokies yang memang takda masalah dan sebab tu tak silap aku, aku sentiasa disupress apa yang aku nak dan dalam erti kata lain, aku tak dimanjakan langsung.
Sebab aku macam curious case of benjamin button yang lahir-lahir pemikiran dah tua aku pon faham yang banyak lagi bende yg more important untuk difikirkan oleh diorang masa tu macam nak establish family financially n stuff n lepas sume tu dah setel, baru lah kite boleh talk freely n unlimitedly apa yang sepatutnya normal family fikirkan, iaitu joy yang abundant, kasih sayang dan hope, n alhamdulillah, skarang kami dah mula rasa benda tu.
Sebab aku sentiasa disupress apa aku nak, yang finally disebabkan adaptation, aku rasa aku dah stop untuk asking n mula fikir macam mana aku boleh contribute dan apa yang aku boleh offer untuk family.


dan aku jugak sebab tu sedar yang tak semestinya kalau parents kau tak berikan apa yang kau mahu maka mereka tak sayang kau, n tak semestinya kasih sayang itu indicator nye berapa banyak yang diorang sanggup berkorban untuk memenuhi permintaan kau, sebabnya this world doesn't revolve around you only.


Sebab parents aku bukannye tak bagi apape langsung yang aku mintak, tapi diorang more macam bagi sumthing sebab diorang nak bagi bila diorang memang boleh, dan itu buat aku sangat-sangat terharu sebenarnya sebab kadang-kadang tak sangka dan itu jadi upregulation efek jugak lah dalam hidup aku, sampai selalu aku tanya eh betul ke nak bagi ni? dan aku tak pasal-pasal segan-segan nak cakap thanx kemudian kene sound dgn mak macam ni, alah, takpelah.
Ini secara tak langsung ajar aku jugak yang tak semestinya kita mesti memenuhi permintaan orang setiap masa lagi-lagi kalau kita kena korbankan diri sendiri, tapi at least kita takkan rasa bersalah sebab kita tahu yang kita akan offer something bila condition kita sudah membenarkan. haha


Jadi sebab aku tak dimanjakan tak kisah lah dari segi lafaz harian 'mak/abah sayang awak' mahupun tunai permintaan, aku membesar jadi satu macam benda yang fikir kasih sayang itu tak semestinya hanya di mulut, tapi boleh pamer guna perbuatan.

Macam kau boleh buat diorang bangga dengan apa yang kau selaku anak hasil diorang boleh achieve, n kau boleh jadi jenis menurut kata dan patuh perintah dan kehendak diorang even though kau harus simpan sendiri rasa tak puas hati sebab kau hanyalah anak yang dah memang jadi tanggungjawab untuk buat diorang rasa puas hati, simply bukan pasal kau mahu brag kau mulia gila sebab nak jadi anak yang baik je, tapi jugak kau percaya satu hari mungkin tuhan akan bagi ganjaran baik dengan anugerahkan anak yang memahami dan jadi macam yang aku tgh berusaha untuk jadi ni. Akan berhasil atau tidak? Itu aku tak tahu sebab memang dunia ini tak ada formula tetap macam mathematik. Wallahu a'lam.

Nak katenye, aku pernah membuat keputusan besar dalam hidup macam even though aku teringin sangat nak jadik pilot, tapi memilih medik sebagai course pilihan hati sebab memang parents nak anak dr(insyaAllah) dan sampai sekarang masih belum ada wakil itu lagi dalam family. So kalau dah condition aku menyokong, aku pon macam, eh apa salahnya? aku kan suka surprise dalam hidup hahahha

Tapi itu pon lepas aku cuba buat lawak la bila isi Borang UPU dan menjadikan 'Diploma Pemulihan Cara Kerja' sebagai pilihan nombor 1 n aku dapat course tu! siap dikepilkan borang ptptn lagi! haha
Aku pon tak faham macam mana aku boleh buat main borang UPU tu sampai kena marah dengan ayah aku. tapi masa tu memang nasi dah jadi bubur la hahaha

Dulu aku selalu cek diri sendiri level mana rasa kasih sayang aku kat mak ayah tapi rasanya resultnya tak memuaskan langsung sebab aku memang takde rasa apape sangat. Tapi alhamdulillah lepas aku belajar medik yang asalnya kemahuan mak ni, slow-slow dan bila naik 5th year(alhamdulillah) dan belajar Obstetrics, Owh barulah nampak fuh besa jugak benda yang die nak go through selama 37 weeks tuh tolak tambah tu. kalau normal labour takpe jugak. ini kalau abnormal dengan berapa banyak complication lagi. bukannye kejap tapi lame la jugak weh!


memang dulu aku tak rasa, tapi lepas dah belajar(macam lah aku study sangat sebenarnya, haha), aku buat satu kesimpulan, mak aku fighter untuk diri aku sebenarnya, sebab sanggup risk diri sendiri untuk bagi chance untuk aku melihat dunia.

macam ni la, because she didn't know me at all before I popped out, macam tak tau pon aku akan jadi anak yang macam mana, tak kisah pon anak yang baikkah or derhakakah(nauzubillah) dan mungkin satu hari akan hurt her, tapi sanggup fight+sacrifice dan tak kesah langsung. So that what made you deserve the most wonderful person in my life kot. haha. macam tu la rasenye

So aku nampak macam some kind of chain reaction pulak yg initiated from keinginan mak aku, end up dengan aku akan rasa kenapa aku perlu rasa makin sayang.

Anyway, sebab aku tak sanggup lagi meneruskan entri poyo yang mungkinlah ada kebenarannya sikit sebanyak ini,

Selamat becoming hari iBu, walaupun sepatutnya hari ibu itu hari-hari
neway, aku dah cuba carik video klip keluarga yokies kat youtube, tapi kenapa tak jumpa ha??




p/s 1: masih tak mahu cakap saya sayang mak terang-terang sebab tak percaya dengan sayang yang hanya di mulut. Aku tak mahu jadi Cliche.

p/s 2: aku sedang cuba tak mahu persoalkan adakah hidup aku kurang kasih sayang or otherwise, haha