Wednesday, 13 May 2009

Siapa mahu jadi Cikaro?

Bagi mereka yang minat anime n everything about japan dan telah jadi 'Otaku' secara tak sedar, lagi pulak suka benda comel,

tapi satu hari nanti kalau ada rezeki janganlah sampai mahu menamakan anak dengan nama Cikaro, kepada yang tidak tahu, mari kita baca petikan utusan di bawah

Sebab rupanya aku yang macam katak di bawah tempurung dan belum cukup bergaul dengan mat rempit lagi, baru tahu ada term yang mungkin 'tidak lah baru sangat sebenarnya' dalam dunia rempit ini, iaitu Cikaro



‘Cikaro’ taruhan mat rempit


Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
jenayah@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Mei – Jika dulu sekadar bohsia, kini cikaro pula!

Gejala mat rempit yang berleluasa di negara ini semakin menyimpang daripada nilai-nilai ketimuran apabila sanggup mempertaruhkan gadis bawah umur atau digelar ‘cikaro’ sebagai habuan seks dalam satu-satu perlumbaan haram.

Nampaknya tidak cukup dengan mengusung minah rempit yang digelar bohsia ke sana sini, golongan mat rempit itu mempelbagaikan pula bentuk pertaruhan daripada wang ringgit kepada gadis sunti.

Apa yang menyedihkan, ‘cikaro’ itu sanggup menggadaikan maruah masing-masing untuk ‘dikongsi’ beramai-ramai oleh mat rempit.

Menurut seorang bekas mat rempit yang ingin dikenali sebagai Emi, 24, memang terdapat ramai gadis belasan tahun yang menjadi mangsa kepada kumpulan lumba haram ini.

“Sewaktu menjadi mat rempit dua tahun lalu, kawan-kawan saya sering membawa gadis-gadis belasan tahun untuk dijadikan pemuas nafsu mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mat rempit juga, katanya, sanggup berkongsi gadis rempit ini bagi memastikan hubungan antara mereka sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Mereka tidak kisah kalau berkongsi gadis dengan kawan-kawan rempit asalkan hubungan mereka baik,” katanya.

Tambahnya lagi, untuk menjadi mat rempit, perkara yang paling utama ialah hubungan antara mat rempit mesti terjalin baik kerana ini merupakan satu aspek yang penting jika berlaku sesuatu kecemasan.

“Sebagai contoh, jika berlaku pergaduhan, saya boleh memanggil geng-geng rempit saya untuk menolong menyelesaikan masalah ini. Itulah yang penting untuk menjadi mat rempit,” katanya.

Emi kini sudah insaf dan meninggalkan kegiatan merempit dengan bekerja sebagai pemandu lori.

Seorang lagi bekas mat rempit, Mohd. Zaidy Maisita, 23, berkata, sepanjang menjadi mat rempit sejak bersekolah di tingkatan empat, bermacam-macam pengalaman yang ditempuhinya.

“Saya pernah mengalami kemalangan yang menyebabkan saya dirawat di hospital selama tiga hari,” katanya.

Tambahnya, kemalangan itu banyak menginsafkan dirinya dan kini dia tidak lagi merempit.

Mengenai gadis belasan tahun yang sering dipilih mat rempit, dia berkata, faktor utama mat rempit memilih mereka kerana gadis-gadis ini mudah didekati.

“Jika kita ada motosikal dan pandai membuat aksi berani, maka gadis-gadis rempit ini akan datang mendekati kita.

“Mereka juga boleh dibawa ke mana-mana malah boleh dijadikan pemuas nafsu,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi bekas mat rempit, Kay Fairus Kamaruddin, 29, berkata, mat rempit dulu dan kini amat berbeza sekali.

“Dulu kami tidak melakukan aktiviti jenayah kini banyak jenayah yang dilakukan oleh mat rempit,” katanya.

Katanya, dia juga sudah banyak kali terbabit dalam kemalangan motosikal dan itu merupakan satu lumrah bagi seorang mat rempit.

Dia yang sudah 11 tahun menjadi mat rempit berkata, dia insaf setelah memikirkan apa yang akan terjadi sekiranya dia tidak berubah.


Sumber dipetik dari sini



Setelah baca artikel ini dan gelak sorang-sorang barulah aku faham rupanya mat rempit ada pembahagian sendiri, mat rempit conservative dan liberal
dan masih ada mat rempit yang berhati mulia dan tidak senang dengan golongan sendiri yang banyak buat hal dan menyusahkan orang. hahaha

aku malas ulas panjang-panjang sebab ada orang kata:

1)Jawami' al kalam itu penting
(mengumpulkan ayat agar tidak menjadi berjela-jela?)

2)Khairul kalam , ma qalla wa dalla
(sebaik-baik percakapan itu, yang mana sedikit, tapi significant)

3)Khairul umur, awsatiha
(sebaik-baik perbuatan, adalah pada pertengahannya)

8 comments:

Cahaya hidupku said...

ehem aku bkn nk komen lagi psl post ni just nk drop by je..hehhe nnti ade mase aku bace blog ko..btw, aku pon ade blog gk heee =)

'Aqilah Suhaimi said...

jawami' al kalam..ak mmg stuju gile..
ak kurang gemar org ckp pnjang berjela2..
straight sude..
tp,apa pn itu uslub dakwah masing2..

bujang sudin said...

yati- ok thanx sudi melawat

kilah-betul, tapi aku lagi suka kalam fadhi dan kalam faarid. tahu tak apa maksud? hahaha

Amermeftah said...

Hehe, aku tulis sikit tapi cakap banyak

kilah said...

ckp2 kosong dan sikit??

bujang sudin said...

kalam fadhi tu betol la kosong
ni kalam faarid takkan ko tak pernah dengar
aku pernah dapat 3 translation dia.

1)nonsense
2)ridicule
3)guess what? 'a complete mess' weh! haha

kilah said...

ouh,nonsense..ak pnah dgr hari tu kwn ak ckp..tp,bkn faarid..

p/s:akmal,ko mmg tulis sket tp,ckp bnyk..tp gmbr ko dh cukup buat ak kagum..kdg2,apa yg ko tulis pn ak tk phm..haha
confession:ak dh lama tgk blog ko sbnrnya..dri 2nd yr mungkin??haha

bujang sudin said...

Haha kilah btul tu.
Alah kadang-kadang akmal sendiri mengaku apa yang dia tulis tu sastera gila dan level tinggi sket dari org lain.
Sampaikan aku nk komen pun segan,haha
Yelah, sampai faisal tehrani pn drop by bg comment weh.hebat gila