Wednesday 24 February 2010

Kamu chunn, habis tu siapa yang buat kamu?

Bila kau ada sistem pengajian yang menggunapakai cumulative marks di mana setiap markah dalam peperiksaan sekecik-kecik mana pon, 2,3 mahupun 7 dari beratus2 pon markahnya dalam tempoh pembelajaran setaun ni akan dibawak dan dijumlahkan sekali ke dalam markah exam written final(setaun kemudian untuk final year), dan 2 minggu selepas exam final nanti akan keluar markah secara keseluruhannya, ini membuatkan kau terfikir kadang-kadang

Kau bayangkan internal medicine ada 8 rotation untuk setiap sub-department, budak-budak mengikut grup akan rotate dalam department yang telah ditetapkan mengikut jadual every 3 weeks dan setiap satunya ada exam.
department ni antara satu sama lainnya tak lah dekat macam meja sebelah2 macam dekat dalam satu office. Senang gila tak payah pening-pening mcm tu.

Okay habis tu nanti lepas budak-budak suma dah habis exam dlm setiap department macam mana sistem dia pegi submit benda tu untuk dijumlahkan kat pusat markah kat kontrol yang mana sebenarnya mungkin berbulan-bulan selepas exam kat round tu sendiri baru die nak pegi submit. mana lah tau nuwwab tu selit bawah mana-mana lah then tiba hari die nak kene pegi submit die dah tak jumpa
Okay, tu lah, aku yang taip pun dah pening seriously

kadang-kadang aku cuak jugak misalnya mungkin petugas yang dipertanggungjawabkan untuk bawak kertas markah tu tiba-tiba tercicir kertas laporan markah ke haa kan dah hilang then lepas tu bukan ada orang tau pon then apa jadi kat nasib kami? yang taunya nanti akan keluar result masa final je n tak tau pun tu akan affect markah ke tak nauzubillah apa cerita ni?

ok tambah memeningkan lagi rasanya peng-rekod-an markah kat sub department ni masih lagi pakai sistem manual file except department of tropical disease yang maju sikit pakai sistem komputer.Alah alangkan attendance pon tulis tangan je hahah

apa yang aku nak cakap gila weh memang lah takda orang suruh aku pegi fikir benda alah ni tapi pergh mcm mana lah sistem ni bekerja dengan efficient sekali.(aku tak pasti efficient ke tak janji yang lepas-lepas suma ok je)
Okay fine cairo University memang dah establish dari tahun 18-- so ape nak heran?

So kadang-kadang aku terpk alangkan sistem yang manusia buat pun takda kerja tiba-tiba rasa nak kagum, apatah lagi patutnya perasaan kagum tu adalah lebih deserve lagi untuk diberi kepada pencipta kepada manusia yang membuat sistem tu. Adil kan diorang cakap bukanlah equality tapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Misalnya segala amalan yang anak adam buat selama mana dia hidup berapa, 20 tahun, 45 tahun, 65 tahun, sumanya cumulative gila simpan-simpan then sampai kat padang mahsyar nanti baru nak kena bentang. pergh lama gila kot mcm mana file-file suma tak hilang lengkap je kot laporan tu nanti in details.

Ok, kalau camtu apalah sangat nak kagum ngan Cairo U yang nak kene simpan markah budak-budak selama setaun 3 bulan untuk final year ni kan. kejap je kot drpd nak kene simpan details perilaku manusia hari-hari n bagi markah untuk kesetiap satunya haha

Aku tanya sorang ustat berkenaan isu ni. Oh, bukan isu pun, merepek je hahaha.
Ntah die jawab mudah je. Tuhan sayang kat makhluk dia dan suka nak memperlihatkan kehebatan Die kat hamba-hambanya supaya hamba-hamba yang dipilih dapat peluang untuk kenal diri Dia. tiba-tiba tak semena-mena die baca ayat quran

..................

(45:3-6)


Then ustat tu sambung lagi tanya amacam ko tak rasa apa apa lagi ek? then die sambung lagi baca

..................

(45:7-8)


Ustat tu buat muka konon-konon cool gila then cakap,
Amacam, nak sombong lagi?

Tuesday 2 February 2010

Majlis Appresiasi Graduan 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
jom ramai-ramai kasi meriah!











insyaallah jumpa di sana ok!

Monday 1 February 2010

Monday 18 January 2010

Tindak balas kimia budak-budak kecik dan orang besar

Budak-budak, kalau beza usia lebih setengah dekad dengan si abang dan si kakak nya, tidak banyak benda yang boleh dipersembangkan dengan rancak untuk ngam sama-sama. yg si abang mungkin lebih fokus dengan masalah politik serantau dan tak nak amek port benda-benda remeh. misalnya dalam masa yang terdekat ini, ada pilihan raya kecil kat mana pulak lah kan.
Tolonglah, adik itu akan struggle gila kot untuk mentelaah malaysiakini.com takpun news of the world untuk mencari bahan sembang menarik minat yg si abang. susah. lagipun mana ada budak-budak yang rancangan televisyen yang dia suka buletin utama ataupun berita dunia jam 10 oleh farid ismeth emir?
tak semua budak kecik berjiwa perjuangan mcm saidina ali


Kalau ada pun, mungkin boleh berbual sedikit topik bola, itu pun jika passion sama-sama. kalau tak, jgn harap. mungkin boleh jadi gaduh dan putus saudara


Yang si kakak pulak, kalau lebih berminat dengan fesyen-fesyen terkini habis tu mcm mana yg si adik nak pura-pura minat jugak sedangkan pegi sekolah pakai tali pinggang besar sikit dari hidung sendiri pun dah kena sound dengan autoriti(baca, pengawas sebaya, bukan guru disiplin pun, haha). Kalau si kakak minat baca buku masak dan cuba resipi baru, jgn nak harap adik komfem mengikut. alah sedangkan untuk budak-budak perempuan remaja 20 tahun ke atas masuk dapur tu pun dah kira big thing, apatah lagi budak-budak. Jadi untuk ada kimia(chemistry) sama sama bila bersembang, memang susah.


Kalau adik-adik jenis aktif yg suka bercerita hal sekolah pun dan yg suka bergossip pasal couple di sekolah dia itu ini budak ni suka kat budak ni budak ni suka lepas tu confess tapi dah kena rejek,pun, si abang pun akan mencebik sambil ckp dalam hati alah, budak-budak pun nak menggatal ke?


Kalau adik-adik jenis pasif pun, tak banyak yang si abang ada buat intro sembang. contohnya, ok ke sekolah tadi? tahun lepas kamu periksa dapat nombor berapa? ramai tak kawan-kawan sekolah? ok tak diorang? ada yg cun tak abang nak kenal he he he


Tapi, rupanya ada topik yang success rate untuk ada kimia nya 100%, iaitu, si adik-adik menggosip si abang/kakak. trust me, si abang/kakak akan tersipu-sipu bila diusik dan tidak pernah akan menganggap adik-adik ni budak-budak bila itu yg jadi bahan sembang. tapi, it doesnt work the opposite ok. yer, memang tak adil


contohnya, sorry, aku terpaksa amek skrip KCB 2. last-last. *janji*. hahaha.bila mana si adik kecik mas azam(Liya) mengusik si abangnya dengan eliana artis berjilbab tuh.hahahah:


Eliana: ... tapi sebenarnya aku sengaja dtg sini lebih awal kerna dia kurindukan...(mula mengorat)
Liya: sapa yuUuuuu..? (adik mas azam mengusik, sweet gile)
Eliana: ... dia laa.. (jeling2 kat mas azzam. nakal gile) beberapa waktu yg lalu aku ada rasa yg tak enak bangat, yg ku bayangkn mukanya mas azzam (konon2 tunjuk sweet la). ternyata ada kejadian seperti ini (eksiden- gile aa ayat mengorat)
Liya: Sebenarnya.. mbak El mencintai mas azzam atau ndak siii? (korek lagi, usik lagi)
Eliana: hehehe.. sejak di aleksendria, mas azzam dgn tegas menolak ciuman dari aku, nah dari situ aku sedar kakakmu itu seorang yg punyai karaktur dn pendirian, ya sejak itu aku mula mencintainya. tp aku ginsi (?) utk nyampaikn padanya.. ehe.. (ceh, mengorat depan2 tu...)
Liya: Setelah kecelakaan ini apa Mbak El masih suka padanya...? (mengusik lagi)
Eliana: Kecelakaan ini bukan hal yg istimewa, nanti juga pasti sembuh seperti sediakala. kelukaan fisik itu tidak berubah kalau dicintai di hatinya..tapi kalau kecelakaan moral seperti zina dan obat, ya itu bisa menghilangkn cinta... sampai sekarang, perasaanku masih serupa(Muka bangga dpat bagi ayat power)
Liya: Sayang, Mbak El sudah terlambat...!
Eliana: Maksud mu?(kepelikan.)
Aliya: Mas azzam sudah punya tunangan...! (selamba ayam aje)
Eliana: (malu2) emmmMMpphhh... kalau gitu, mungkin belum jodoh kali... (kecewa)

(courtesy untuk mas haikal yang salin balik skrip sebab dia mmg dah takda keje lain lepas abes exam mbbch. hahah)

tgk, nampak tak bagaimana sukses nya? sampaikan tak timbul masalah diskriminasi umur pun dalam perbualan ini.

aku dah kata, budak-budak zaman sekarang, kalau bergossip, kalah makcik-makcik kat dapur. bila diorang dah makcik nanti mcm mana lah gayanya. nasib baik Aliya cun(orang kata la, aku menaqalkan je. hahaha)

Saturday 16 January 2010

Ketika Cinta Bertasbih 2 : Bukan sebuah review filem

Dalam apa saja love story yang dok diperdendangkan kat mana-mana, mesejnya hanya ada satu, iaitu diorang-diorang ni, tak kira susah mcm mana pun n rintangan mcm mana besar pun yg terpaksa nak go through, 'they are meant to be together'

misalnya macam dalam cerita ni, konon-kononnya dulu pernah ada insiden menyebabkan diorang bertegur sapa dalam bas. 'anta min indonesia?'(awak dr indonesia?), jadi bila malam pertama bila masing-masing saling nak ulang balik phrase mula-mula saling bercakap, owh nampak sweet jugak ke? hahaha

mcm tu lah cerita-cerita cinta yang lain, bila alhamdulillah dah selamat kawen tu mula lah dok nak mengimbau balik phrase2 zaman masa mula kenal sebagai saya, dan awak, ataupun mungkin yg si perempuan tiba-tiba confess sudah lama minat dekat yang si dia ni pulak dahh rupa-rupanya, tak impossible kan? i mean it happens kan?
macam act-act yang mcm ni mcm dpt dikaitkan oh indahnya takdir yang tuhan dah rancang untuk diorang tu kan?(sweet?)

or otherwise samalah jugak yang dah nak dirancang kawen tapi tgk tup tup kawen dengan orang lain yang tah datang dr mana-mana pulak(ini in case tunang azam yg kawen ngan ustat dr syria sebab dipaksa mak sendiri. 'bekas bakal mak mertua' azam tak sanggup nak tunggu azam recover dr fracture kat femur? tibia? haih

hahaha, rilek-rilek, aku bukan nak bagi review or nak ulas mende pun, saja boring-boring jadi menulis lah

so, dr cerita ni, aku just pelik apa mesej yg nak disampaikan pasal konon-kononnya polis mesir diblackmail oleh grup otai awek dr israel sampai boleh paksa medical team untuk keluarkan false medical report pasal orang yg tak berdosa(furqan) tuh? okla fine, ujian tu ada di mana-mana, org yg baik pun, siap master mumtaz tuh, wow! tak semestinya tak diuji pun kan. rite rite

tapi cerita ni mengingatkan aku dekat filem butterfly effect yg bawak idea hanya dengan kibasan dr kepak butterfly pun boleh bawak taufan kat tempat lain, means dari kecik-kecik benda pun boleh bagi impak/perubahan yang sangat besar, even melibatkan takdir dan soal jodoh orang lain pulak kan?

i mean kalau furqan tak ada contact dgn minah israel tu sampai minah tu ajak makan kat abou shakra, takdela sampai last-last die dpt medical report, takdela die terpaksa sampai cerai ngan anak atofunnisa', then takdelah susah-susah mas azam nak carik calon bini sana sini tak dpt, n takdelah mak die mati eksiden sebab on the way balik dr rumah pak kiai mintakkan pak kiai bacakan doa majlis nikah ngan orang lain tu n else, kan senang je kalau dr awal mas azam kawen ngan atofunnisa', kan masing-masing rupanya pernah meyimpan perasaan, tapi biasalah, cerita kalau takda twist or perjalanan menuju kebahagiaan tu takda challenge langsung, mungkin 2 minit dah habis kan. owh betul jugak sorry2 hahaha. aku just nak tunjukkan dr sekecik-kecik benda boleh bagi efek ke ramai orang sampai ubah semua takdir

oh, memang bahagia kan jadik orang baik, thiqah, orang perempuan nampak charming, jadi tak susah-susah bapak orang nak ajak buat menantu aje, isteri org siap simpan perasaan lagi. apa ni? or awek hot(artis) sendiri offer diri sendiri n terang-terang cakap berminat. jom jadi mcm ni jom!(dah terlambat, hahah!)
tapi die cerita ni fair jugak kat orang yg tak berapa baik dan charming sebegitu mcm aku sebab mesej die, tgk , sape kata senang? azam susah je? so, at least takdelah merasa loser sangat kan?hahaha

so, aku pilih 3 lines favourite aku dalam cerita ni,

1)KCB 2: "Jika tiduran selepas Subuh, rezeki akan kehilangan dipatuk ayYam!"
-ni apa, mak dia memang saja buat lawak ke memang ada falsafah ni kat masyarakat indonesia?

2)KCB 2."... walau apa2pon, lulusan di sana sudah ada nilai plus, kerana pengajian di sana (mesir) itu lebih sistematik..."
-for some internal affair reason, aku berani jamin ah, sume malaysian student in egypt mesti tergelak terbahak-bahak yg komfem bukan dibuat-buat punya bila mendengar statement ini. wahahaha

3)KCB 2: kalau macam tu, kita solat dulu ya, lepas itu... lepas itu...(sambil tersengih2 malu tapi mau)
-aku tanak elaborate panjang-panjang yang ini

ok, satu lagi bile aku dengar OST soundtrack cerita ini, baru aku tau yang palpitation(awareness of the heart beat) tu rupanya kembang kempis dadaku mengikut cara orang indonesia describe. hahah!!






p/s 1:perasan tak, takda awek yang tak cun pun dalam cerita ni. hebat. indonesia boleh!

p/s 2: lepas habis tulis blog ni, aku terus listkan barang-barang yg diperlukan untuk mcm mana nak buat tempe dan Bakso cinta. jom!

Tuesday 12 January 2010

Sebuah kisah klasik pakcik Samir

7 tahun dulu


Bangun pagi berbekalkan sesuap fava beans(makanan ruji org mesir), pukul 10 pg pun dia dah berlengging sorang-sorang sampaikan orang-orang yang lalu lalang boring gila menengoknya.
Dia bukan jadik model tercongok dalam filem-filem omputih tu, tapi keje kontrak mcm ni memang kalau musim panas tak bukak baju memang tak sah jugak lah kan. *panas*


Jam di tangan menunjukkan pukul 8 malam.
So, dengan penuh perasaan puas hati, Pakcik Samir tersengih sorang-sorang melihatkan rumah kayunya yang sudah siap setelah membayar kos bahan-bahan untuk membinanya. Harganya? dengan peluh dari sweat gland sendiri. 5 tahun kumpul duit beb!


Pakcik Samir bersyukur sangat-sangat sebab walaupun dia tau tak banyak mana pun dia dapat tapi kalau syukur mcm tu nanti besok-besok Tuhan akan tambah lagi nikmat,


pakcik Samir pun tutup mata ‘extrapyramidally’ sebab memang die ngantuk betul-betul pun, tak payah nak paksa-paksa. Gila apa kalau seharian dah penat malam tiba-tiba tak boleh tido plak, seksa gila macam tu. Yang Pakcik Samir tau, besok dia kena bangun awal nak siapkan rumah Pakcik Gamal pulak. Dateline dah nak dekat. Sebelum tido, sempat lagi buat mata drooling memikirkan habuan yang akan didapati dr kontrak yang ini dan apa ye nak dibuat dgn habuan tu? Beli kete? Eh eh pakcik nama je pakcik tapi tak kawen pun nak bawak siapa nanti dlm kereta, He He He He


Pak Cik Samir tertidur dengan senyum seribu makna, sambil pesan kat malaikat mintak tolong kejut subuh besok, sebab memang takda siapa nak kejut dia pun.


Besoknya Pakcik Samir seperti biasa tidak terlepas dr menjadi ahli persatuan ma’mum tetap 30 orang solat subuh masjid Nur. Mesyuaratnya, hari-hari. Kemudian selepas Pakcik Samir bajet-bajet dia dah memulakan hari dengan menemui Tuhannya sebab die bajet jugak satu hari nanti dia akan balik pada Tuhannya, Pakcik Samir menapak lah ke rumah Pak Cik Gamal dan pagi-pagi lagi dia dah mengetuk sana-sini. Takpe ke buat bising? Alah, bunyi hon kete pagi pagi lagi bising nak kesah apa kata Pak Cik Samir.


Siapa kata Pak Cik Samir tak pernah penat? Alah, ni tgh penat la ni apa. Tapi Pakcik Samir pedulikkan ajer, sebab dari kecik memang dah jadi mcm ni.
Tapi aku(narrator) rasa kehebatan manusia ada limit nya, pasal pada hari bersejarah macam ni, sedang Pak cik Samir membebankan diri sendiri membawak beberapa ketul batu blok, tiba-tiba pandangannya mcm kabur, batu dilepaskan.


sebab dia meniti di pinggir atas tingkat 2 bangunan yang sedang diusahakan, Pak Cik Samir jatuh ke belakang, itu maknanya Pak cik Samir sekaligus jatuh dari tingkat 2



Samir!!!!

**************************


Pak Cik Samir bangun-bangun je tanya kat mana ni? Satu, mungkin pakcik Samir impaired consciousness level, 2, sebab tidak berduit, Pakcik Samir memang tak pernah pergi hospital pun untuk cam keadaan dlm wad ini. Nak buat apa buang-buang duit katanya. 'Tuhan kan ada?'



(cerita akan disambung selepas berita. takpe. itu pun kalau kau orang nak tau sambungan nye lah kan? tak nak tau takpa, tak paksa pun. Lol)



p/s:cerita dalam ini tidak ada kaitan dengan Samir Nasri pun, sebab dia banyak duit, bini mcm model siap. gambar di sini