Thursday, 7 May 2009

aku tak cerita pasal arqam ni, jgn silap faham



Bila ada seorang prof yg mempunyai prostration sign (asarrissujud) di dahi masuk mengajar dan bermuka bersih licin, aku macam dah boleh agak sikit-sikit dah yang dia akan bawa holistic approach dalam method pengajaran beliau. untuk yang tak tahu asarissujud, sila rujuk gambar dahi abuya di bawah

dan setelah nak dekat 2 jam die discuss pasal causes of bleeding in early pregnancy, akhirnya telahan aku betul, dia dah mula masuk topik itu slow-slow. dan aku mula rasa terharu sebab dalam dunia yg serba mencabar ni masih ada org yg baik-baik macam ni lagi dan aku dari awal sampai habis hanya boleh oowh dan wow dan oowh dan wow lagi dalam hati je dengar apa yg dia cakap.

alah, sebenarnya bukannya apa sgt pon dan takda ape yg bleh surprise pon dari apa yang die cakap cumanya kalau aku quote kat sini ok kot, since memang peringatan tu kan bagus untuk orang yang berakal

macam nak kata emo tu tak lah jugak tapi sebab die cakap penuh perasaan. kiranya aku consider die macam bagi warning lah.

dia kata kalau kau kerja nanti memang u will kill banyak patient(nauzubillah), 1? 2? or lebih dari itu sampai nanti kau betul-betul competent dan itu in order untuk belajar n dr kesilapan tu kau akan lebih alert supaya tak ulang same mistakes, so die memang tak berkenan gila tengok budak-budak dalam kuliah ni bila belajar just pentingkan markah, mumtaz dan bawah dari itu dah tak layak dipandang lagi (aku tak pernah dpt itu semua, itu hanyalah dunia, haha)

sebab die banyak nampak budak2 sini memang bila stadi tu, muyul (ada tendency) untuk berlumba sapa lagi boleh score banyak dalam exam final by any means pon, sapa score lagi tinggi, maka itu ultimate. (tapi aku takla, aku tak kisah pon dapat berapa asal aku boleh enjoy lama-lama kat mesia masa summer kah kah)

so dia macam nak suruh shift matlamat kami belajar tu, mesti blajar for the sake of 'bakal patient' n niatkan ikhlas kau fikir kau hamba tuhan dan hanya menjalankan amanah, and with that nanti satu hari tuhan akan mudahkan jalan kau orang. (aku rasa penggunaan balik ke matlamat asal lebih tepat dari shift matlamat)
yang mana bila kau asek risaukan kemaslahatan patient, kau akan jadi lebih aware n memori2 akan lebih alert dan fokus dalam case study, sampai malas nak fikir pasal benda-benda lain yang lagi remeh sebenarnya. kalau jadi macam tu baru mantap!
(sebab aku hanya pandai berteori, so memang mimpi lah nak tunggu mantap macam tu, haha)



ok, walaupun aku selalu makan ayam masak merah madu kat restoran Syed keluaran arqam masa kecik-kecik dlu, tapi aku bukanlah dari kalangan pendokong arqam atau rufaqa' sebabnya aku try google sape tah konon2 spiritual figure yang ada asarissujud nih, n ade banyak lah pulak gambar abuya ni kat google. (credit untuk mamat).
maafkan saya abuya. saya hanya mahu tunjuk kesan keramat di dahi saudara itu.=P



p/s: adakah entri ini boleh jadi justifikasi untuk aku malas dan dapat markah rendah pon takpa, asalkan......(ah aku tak mahu sambung sebab tak tau nak cakap apa pon)

3 comments:

Amermeftah said...

aku tak pernah dpt itu semua, itu hanyalah dunia, haha?!

jayyid jiddan, jayyid jiddan, jayyid jiddan dan jayyid jiddan lagi, dah tu markah lagi tinggi dari bobby

muhaimin kata lepas dia tau kat mesir ade kedai utk buat asarissujud palsu dia dah susah nak respek org mesir yg ada asarissujud, kena piker dua kali

bujang sudin said...

eh, bobi pernah dpt mumtaz lah masa kami taun 2, obviously lebih dari aku. ah dia memang mantap pon

owh yeke kedai bole bikin??
mungkin sebelum grad nanti akan buat jugak supaya bila cakap pasal agama orang akan dengar.
(aku cakap pasal agama? haha)
masalah ikhlas atau tak tidak akan timbul sebab aku tak suruh pon diorang tgk asarissujud tu, haha

Amermeftah said...

senang je nak dpt asarissujud ni, kau gi semayang masjid tiap2 hari, pilih masjid yg karpet nipis, tonyoh dahi kuat2

tapi seriously, kita memang digalakkan utk menekan sedikit dahi masa sujud, kalo tak silap akulah