
Ok, sebelum aku mulakan entri ini aku mahu clear yang walaupun sedikit bitter apa selepas chelsea 'officially' kalah pada barca masa semi haritu(haha macam Guus hiddink still bitter), I have no grudge against barca. Memang dah rezeki mereka masuk final, takkan nak kecoh pulak?
setelah sehari berlalu era barcelona ditabalkan sebagai Champion of all champions in the whole europe untuk season 08/09 ini. aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barca dan juga especially untuk die hard fan mereka yang aku kenal macam Waruk dan Paan.
walaupun Paan tipu gila buat status ym yang kelihatan agak selamat macam ni sebelum match: 'sokong barca malam ni walaupun man u akan menang'. underdog dan tawadhuk lah tu? takut kalau kalah nanti org tak sindir sangat? hahaha
Dan jugak walaupun setelah cuba banding-banding raut wajah mereka dari segi texture dan warna, aku tak yakin yang mereka descendants dari bangsa tertindas Catalan kah? ataupun adakah cara hidup mereka ada yang terasimilasi dengan cara orang di sana kah, macam bertutur misalnya? (kalau cara bermain bola pakai jersey barca tak kira lah kan?)
plus jugak barcelona rasanya tidak pernah memberi apa-apa habuan untuk mereka kalau menang, ataupun scholarship untuk meneruskan pengajian medic, mahupun dari UNICEF juga, eh silap. UNICEF mana taja orang! unicef DITAJA. hahaha. mulia gila barca. dan juga ikhlas gila mereka(waruk dan paan) men-sapot barca kalu begitu gamaknya
Ramai jugak yang kata barca tidak layak untuk ke final selepas apa yang jadi masa semi haritu, eh bukan orang biasa. Ronaldo pon ada cakap.
tapi at last barca buktikan yang what happened, happened(semi) dan di final mereka dah buktikan yang they were the better team at that night. yeay!
Untuk fan barcelona, memang akan seronok tengok match ni bila 'team diorang' menang,
tapi untuk mereka yang mahu enjoy the match, mahu ada drama dan competition, selain gerakan barca, yg lain boring jugak lah sebenarnya. salah siapa? salah man u lah sebab macam tak nak melawan sangat ja. Ronaldo pulak mahu salahkan taktik. barca dah berapa, nak dekat 10 shot on target, man u berapa? satu? itu pon nasib baik dikira shot walaupun itu bola cross sebenarnya. LOL
Tapi yang mahu drama mungkin tak hampa sebab ronaldo masih tidak fail untuk 'dive' sampai orang lain dapat kad, dan tak habis-habis nak kacau puyol, sampailah dia sendiri dapat kad. LOL
Tapi ronaldo masih tak move on dengan mengatakan Barca tidak layak masuk final. Itu menampakkan anda nampak lebih loser, lagipun sebelum match kata "I don't fear messi at all'. Fuh riak nampak?
Sebab aku eksaitet mungkin? tahniah lagi sekali.
kalau adala anugerah man-of-the-match-tanpa-jaringan untuk malam kelmarin, saya rasa yang akan dapat, bukan messi, tapi puyol. LOL

p/s: pandai tak aku buat entri anti-man u yang subtle?