Tuesday, 7 July 2009

wut? besday? apa tu? hahaha





nah tengok kek yang bukan untuk besday aku sebab buat bukan pada besday aku, hari ini maksudnya. buruk gila. T______T bila bersedih tak salah pakai emoticon


kalau tak faham itu aku tulis apa, aku tulis "ni bukan cake besday sebab pathethic gila kot kalau buat kek untuk diri sendiri!!" hahaha. dan jangan salahkan aku atau coklat itu sebab font mencair, salahkan summer yang panas ini!




Oh semalam besday aku *ehem* dan lepas cek-cek henpon rupanya mak aku hantar sms kat aku tepat pada pukul 12.01 minit pada pagi hari 6 july. tak prasan sangat mulanya sebab bukan setiap masa bergelumang dengan henset. Oh isu nya sini bukan pasal sweet, ini namanya unconditional love(cinta tanpa syarat kot?) kakaka. (mati aku kalau mak aku baca mana nak letak muka depan dia hahaha)

walaupun aku bukan follower saiful islam sangat pon tapi kata-kata beliau dlm entri lama ini banyak benarnya

.

bila datang siapa-siapa punya besday, walaupun tidaklah semua, tapi mesti akan ada kawan-kawan yang bila wish akan saling mengingatkan dengan pertambahan usia ini maka makin dekat dengan masa kita akan dijemput tuhan.
tak bermakna setiap kali besday saja umur kita akan bertambah masalahnya setiap saat. cuma bagusla besday itu kira jadi indicator. untuk makin hampir dengan mati kiranya.

.

kita mengimpikan hidup yang lepas habis belajar ni nak buat apa, nak kerja mana, nak bekeluarga bila, nak duduk mana, nanti nak beli rumah macam mana, prosedur dah siap-siap survey suma tapi tak payah cakap pon, sebetulnya mati itu tak mengenal usia.
tak kira kau ready atau tak, bila-bila saja boleh jadi.
Tuhan itu maha adil, kadang-kadang selalu sangat kita nampak biasanya orang-orang yang baik sangat dan nampak memang dah bersedia sangat dah yang Dia jemput dulu dalam usia muda.
tapi ada je yang tak ready macam mat rempit tu, accident sana sini. betul2 dah ready ke agaknya? dan siapa yang tak tahu itu rahsia tuhan bukan? sebab itu tak boleh nak cakap banyak.

.

Sebab itu baguslah kalau siapa-siapa jenis selalu mengingati mati setiap masa dan sentiasa berhati-hati dalam setiap langkah di dunia dan setiap benda yang dia buat, mesti akan ada dikaitkan untuk menghadapinya(mati).

.

Cuma sebab hidayah itu kepunyaan tuhan kepada siapa yang Dia nak bagi saja,
Masalahnya bukan semua orang akan dapat hidayah dan sebagus tu untuk ingat mati setiap masa.
Bila ada orang yg close dengan dia, sedara-mara, ataupun ahli keluarga sendiri, takpon kawan rapat yang 'pergi', ha barulah tiba-tiba terinsaf kejap dan jadi kurang 'buat hal' tiba-tiba.
Lepas tu tak lama jadi balik macam asal. ataupun lagi teruk tidak rasa apa-apa.
Sebab itu hidayah itu sesuatu yang kita kena mintak rasanya.

.

OK lah. tidak seperti isu couple(*ehem*), kali ini aku x confident dan inferior dengan entri sendiri sebabnya dalam sehari, berapa kali je aku ingat mati??? Hurmm





p/S: kalau semalam La poire yang taja kek(aku yg bayar la haha), harini kek di atas tu asle pulak. dia dah boleh berdikari sendiri wuwu. cuma yg tulisnya kena aku lah jugak lagipun sapa lagi yang nak emo2 dalam penulisan ni bukan? haha

8 comments:

syafiqa salim said...

Happy Belated Birthday!

Sambil-sambil ingat mati, kena taubat skalik...

anyway, takdela pathetic sangat pun kalau buat kek untuk diri sendiri..haha

bujang sudin said...

ok thanx! hehe
tula selamat bertaubat jugak untuk ko T____T(emoticon lagi, lol)

saja2 je ngade tu. konon2 cam sedih takde org bagi kek hahahaha padehal macam lah aku kesah

Amermeftah said...

buat kek utk diri sendiri takpe kalo masih ada org keliling nak sambut sama, tapi kalo beli kek pastu makan sengsorang, dah jadi mcm Mr. Bean

'Aqilah Suhaimi said...

btol akmal kata..
tp,kesian jugak kalo buat kek sndiri,sndiri mkn sorg2..sgt pathetic..
tp,kalo itu boleh buat ko gmbira..ko peduli apa..
ala,ak pn...ak beli bnda yg ak suka untuk diri sndiri tiap kali bday ak..haha..
if that makes u happy...do it..tk rugi lah..

bujang sudin said...

@kema kesiannya macam tu tapi mr bean tak pernah kesah rasanya. asle yg buat lagipun kek ni

@kilah sebenarnya aku masih ada kawan-kawan yang boleh celebrate sama-sama jugak cumanya saja aku tak tahu kenapa aku ada hobi suka gambarkan hidup aku macam sedih. mungkin sebab belum dapat apa yg aku mahu? hahaha

Amermeftah said...

wawah, power gile asle skang ni, byk nilai tambah baru

ni antara sunnah yang baik yg kau tinggalkan ni yep

Anti Agni said...

Salam,

Kami merupakan pekerja2 dari sebuah kilang di Shah Alam, Agni Energie Sdn Bhd yang diberhentikan secara besar-besaran tanpa pampasan dan gaji.

Majikan kami merupakan sebuah syarikat multinasional yang sedang cuba melarikan diri ke luar negara.

Bantulah kami untuk mendptkan hak kami.

Kami perlukan trafik dan follower untuk BLOG kami. (kami dah jd follower blog anda juga)

Bantuan anda amat2... tersangat2 diperlukan.

http://agni-inc.blogspot.com

bujang sudin said...

madam aqni-sebab saya org shah alam seksyen 18, ok je kalau nak jadi follower. hahaha