Thursday, 2 July 2009

Memang naluri untuk mempertahankan benda yang memang hak milik kita





Seperti juga perasaaan hepi yang memerlukan reason. Emo pon begitu juga. Ah pelik gila kalau tiba-tiba emo tanpa sebab. PMS mungkin kot. walaupun mechanism dia tak tau, tapi kan dah tulis tu, Emo sebab PMS. tak ah. Bukan aku lah. Sejak bila pulak aku ada ovulatory cycle neh. mengarut! hahahaha


Ceceyhh. Alahai aku bukan nak cerita pasal naluri sangat pon. Nak cerita pasal janggut ah sebenarnya.


Aku discover perasaan emo rupa-rupanya sort of tenaga lah jugak. Kita boleh suka-suka hati nak kasi pindahkan dari satu medium ke medium yang lain. contohnya, kawan aku ada rasa emo sebab satu benda ni, dan aku boleh jadi turut merasakannya bila aku letak diri aku kat tempat macam tempat dia jika ada sebab macam tu. walaupun in the mean time aku tidak ada sebab macam itu lagi untuk emo. Faham tak ah? Ni dah less complicated way of explaining dah. hahahaha


Yer, kiranya aku macam menaqalkan(memindahkan) benda nih la. perasaan emo. nak kata warning macam poyo lah jugak. tapi dia kira macam premonition lah jugak kiranya kalau aku ada sebab ni masa akan datang, sah sah lah aku akan emo. dan yer, kalau macam karangan BM, ini tak masuk isi penting lagi.


Janggut satu


Kalau kau mengaku kau kawan aku, walaupun tidaklah berapa rapat. tapi bila kau konon-kononnya tengok gambar aku di laman maya macam fesbuk dsb dan kau melihat janggut aku dan itu tidak kena pada taste kau. ah tiba-tiba kau suruh aku shave? "eh janggut kau, aku tanya apsal? shave shave tak lawa ah~"



obviously ini adalah kawan perempuan, mungkin pernah sama sekolah, mungkin pernah kursus BTN sama-sama ke, takpon kursus PLKN, pernah berkenalan di mana-mana. Tak, bukan masalah ramai kawan pompuan. masalahnya kalau chatting ngan lelaki takkan lah dia nak tiba-tiba suruh kita shave janggut atau nak analyse personal appearance kita macam mana. macam eh tak handsome lah rambut kau macam ni kau patut sikat belah macam ni ha barulah cute!. OMG tak normal nya kalau ada lelaki macam tuh. takpon OT(Oh tuhanku macam abang minimalis, wahaha)



dia bukan apa. aku membesar dengan melihat di persekitaran lelaki-lelaki yg lebih dewasa berjanggut dan bila di trim dengan kemas itu kelihatan sangat macho(cerita pasal janggut 2 aku akan cerita pasal niat berjanggut pulak), dan dalam diam-diam aku menyimpan keinginan untuk ada jugak lah satu hari nanti si janggut ini
dan bila tuhan telah membenarkan level androgen dan Growth hormone aku ini telah cukup untuk aku berjanggut, yang setelah sekian lama aku menginginkannya. bila janggut itu ada, purp, kau suruh aku cukur licin atau buang semua lah maksud tersiratnya di bawah license kau konon2nya claim kau kawan aku dan ada hak untuk ada view pasal appearance aku, lagi hebat kau hanya mahukan yg terbaik untuk aku. muka yang lebih nampak ok misalnya dari yang sekarang ni. whatever.



Cuba kau letak diri kau dalam rasa begini. kau mahukan sesuatu setelah sekian lama. dan bila kau ada, orang suruh kau buang.
Kalau macam tu kau rasa aku nak buang ke????
Aku rasa kau 'Lawaks'. okla fine BOLEH la. boleh berambus ok. babai. hahahaha




Well, nasib baik tak pernah lagi ada kawan-kawan aku yang cakap begini. kalau tak aku tak peduli pon kau nak pegi mana. nak berambus pon aku takkan tahan-tahan kau. wahahahah

I did my part. Aku dah bagi premonition. bukan warning sebab diulangi kalau warning macam poyo.



p/s: kalau aku bold tu maksudnya benda penting, kalau terlepas pandang terus salah faham. hoho

17 comments:

maskedfacies said...

okla fine BOLEH la. boleh berambus ok. babai.

mcm aku kenal ayat ini.

dan sejak bila ko guna purp ni? dpt idea dr growth spurt?

bujang sudin said...

tak ah, yg blogger tu dia punya babai saja aku tiru. hahaha yg lain tak

dan purp tu ditiru dari kilah. purp untuk entri sebelum ni. wahahah

maskedfacies said...

eh ko emo lebih.haha

MarsMaseira said...

i never talk bout ur janggut. but ur hair pernah la ", HEHE

itu opinion orang jadi biarlah dia mahu kata apa, sebab mulut tu die punye. dan janggut kita tu kita punya (ok I xde janggut) HAHA. jadi tidak kira apa kata orang, smoga berjaya dengan janggut kamu! *winkwink*

bujang sudin said...

owh. kan dah cakap. walaupun menzahirkan emo tadi, aku still takda sebab nak emo lagi.hahaha

kiranya stakat hair style suggestion tuh, ok saja, hoho.

betullah macam kamu kata memang dia ada mulut jadi suka hati dia nak kata apa nak komen apa mungkin dia rasa komen tu membina

tapi biarlah dia tahu apa perasaan aku kalau orang suruh aku cukur janggut aku pulak. aku tak suka. enuf said. haha

'Aqilah Suhaimi said...

janggut tkda apa la aih..
jgn berjambang plus ada kutu ibab..itu bukak cerita baru la..

dia ingt dia mak ko ke?sbbnya bgi ak la..mak mmg cm ada hak nk komplen anak pnya appearance..haha

cthnya:wahai anakku,potonglah rambut depanmu kerana rambutmu yg begini sikatan ada raymos di tgh mengingatkan mama pd insan yg mama pernah benci pd suatu ketika dulu..

*raymos:ak tk tau btol ke tk ejaan
**mama:supaya nmpak lebih manja..hahaha

bujang sudin said...

owh tu lah. mak aku pernah suruh aku trim sikit bagi smart dan aku ok saja menurut perintah lagipun dia kat nampak macam kambing

ceh aku panggil mak aku mak saja. tidak ada mama-mama ni. orang banjar tidaklah sebegitu manja. kalau kat kampung-kampung banjar lagilah. umak dia panggil

sapekah empunya raymos dlm ko cakap ni?? clark kent? ada kaitan dgn ko ke kot

syafiqa salim said...

oh, selame ni aku macam terlepas pandang yang kau ada janggut..
(aku tak selalu tengok fesbuk ko so tak perasan.HEHE)

biar apa orang kata asalkan janggut anda tak jadi semak samun sudah...kekalkan kejanggutanMu.

Amermeftah said...

wanita barat atau wanita timur berpengaruh barat memang tak suka facial hair, tgk kilah, tak suka jambang, takda harapan aku, kah kah kah

aku selalu pesan ngan budak-budak amrod, yg tadak misai ngan jenggut atau yg ada tapi nipis dan jarang, mmg sunnah tapi jgn paksa, nama pun sunnah, kadang tuhan buat benda memang dah kena elok dgn kita, lagipon masa tadak nak, masa ada larat nak jaga?

Muhammad Warouq bin Qamar said...

kalo cmtu sedih gile hidup aku dibenci oleh perempuan yg tak suke lelaki berhormon lebih. muke aku kalo tak kene dengan gillette selama 3 hari akan jadi siamang. kalo ko masih ingat,aku penah bela janggut sepanjang 6 stengah cm mase 2nd year dlu. tp ble balek mesia sume org marah aku kate mcm terrorist. aku depressed. aku makan fluoxetine dan mencukur pelahan2 sambil teresak2.

hidop manusia janggut!

MarsMaseira said...

HEHE. terhibur aku membaca komen rakan rakan kamu. (Hidup janggut!) HAHA

apepon, betul. semua orang punyai mulut untuk berkata-kata. kamu juga. jadi katakan sajalah apa kamu rasa, lagipun ini blog kamu bukan? kalau mereka tidak sibuk hal kamu tentu mereka tidak melawat blog kamu maka mereka tidak tahu apa yang kamu bebelkan itu. dan jika mereka tahu lantas pissed off dengan kamu, pedulikn sajalah kerana mereka yang dahulu sibuk hal hidup kamu, kamu hnya mempertahankan diri, bukan?

Cahaya hidupku said...

ok.
yang ni kesah org komen xsuke janggut..mcm mane pulak kalo yg memuji janggut kamu??hehehe..;p

Cahaya hidupku said...

ok.
yang ni kesah org yg xsuke janggut..
mcmane plak if org tu puji or suke janggut kamu??hehhe..;p

bujang sudin said...

pika-kalaulah ko selalu tengok fesbuk aku pon takkan lah ko nak cakap kat aku kan. tapi mungkin sebab aku takda aktiviti sangat kat fesbuk jadi boring so orang tak tengok. well, aku tak main pet society, mafia wars mahupun penculikan.hahaha
ok, tidak payah suruh, aku akan kekalkan kejanggutan ku!

akmal-itulah, memang ada lah jugak, tapi aku jarang dengar wanita timur macam diorang ni gemar dengan mahkluk berbulu.
haha bab kilah tu mungkin ko boleh adjust kasi dia tolerate. jodoh itu mana nak tahu sebab dia rahsia tuhan kan. kah kah.dah dah sori jgn marah kilah ni aku gurau saja hoho

waruk-oh aku tau cerita ko simpan janggut panjang gila tu tapi ko takut nak balik mesia sebab nanti mak ko paksa potong. hir hir hir. aku faham perasaan ko. mungkin masa potong tu penuh tisu tepi2 sebab nak kesat hingus dan tersedu mengenangkan nasib diri dan janggut. haha

mas-tahnya diorang nih. haha kadang2 sy je perasan lebih. mungkin sebenarnya diorang tak amek tau pon pasal janggut saye ke apa. apatah lagi nak baca blog sy nih. betul, sy hanya mempertahankan janggut ini. sebab dia saya yang punya!

yatie-owh ada yang puji eh. sebenarnya diorang pon tak kutuk direct2, tapi drpd gaya suruh aku remove benda tu, itu adalah cara untuk memberitahu yang janggut itu kelihatan cacat pada mata mereka. tapi kalau ada yang puji. massehhh!

Amermeftah said...

jgn marah kilah? y? tak marah eh

waruk jgn sedih, wanita jawa tidak begitu

bujang sudin said...

eh, ayat aku salah. aku nak cakap kat kilah jangan marah ye bukan ko tu yg jangan marah kilah

sorry lah my bad T______T
(kah kah emoticon)

'Aqilah Suhaimi said...

haha..