Tuesday, 21 July 2009

Percubaan menapis Gossip




I

Kalau kita main game telefon rosak kita akan tahu betapa 'flaw'nya sumber maklumat/info bila dia datang dari sumber lisan
contohnya dalam line ini ada 10 orang.
org yg pertama diberitahu oleh si polan-selaku sumber lisan primer mengenai makcik sekian-sekian masuk hospital sebab eksiden. banyak bahagian yg tercedera macam kaki dan tangan misalnya. cedera di bahagian kaki lebih teruk katanya
tup tup sampai kat orang yang kelima oh rupanya kaki nya dah dipotong sebelah sebab nak elakkan sepsis sebab katanya lambat admit ke hospital
ultimatenya sampai kat orang terakhir sedar-sedar kita dapat berita oh makcik ni dah meninggal sebab hospital lambat bertindak. innalillah.

Walhal makcik itu masih sihat walafiat dan hanya trauma sahaja.
sampai mustahil gila kalau dia develop PTSD.





II

Faizal Tahir ada banyak gila gossip, tapi sebab aku tak suka gossip murahan
Dulu aku pernah dengar satu gossip ekslusif pasal Kenapa Faizal Tahir keluar dari mirwana?

Masa itu thanks to media-media yang sangat pandai sehingga membuatkan org pandang serong dia kononnya dah jadi makin teruk. selama ini bernasyid hanyalah hipokrit nak dapat populariti sahaja. bukanlah di jalan dakwah yang utamanya.
Yang lagi teruk org kata dia memang buat mirwana jadi platform, bila dah rasa konfiden tu yang tinggalkan mirwana n join pulak OIAM. orang tafsir macam-macam katanya dia nipis iman bila nampak pertandingan yang ganjarannya sejuta kalau menang, sebab tu terus ah selambe lah tinggalkan mirwana.
Yang memang kaki nasyid, percaya bulat-bulat dan walaupun sebelum ni mengaku vokal dia paling sedap dalam mirwana, tiba-tiba terus jadi tak suka.
dan lagi trivia bila dia mcm bila orang tanya pasal isu keluar dari mirwana ni, no komen saja kot. memang dia tak nak cakap apa-apa. paling up pun dia akan kata jiwanya dalam rock jadi rasa bersalah sebab mcm tipu diri sendiri bila masih dalam mirwana.

sumber primer dalam versi gossip yang aku terima ini pula budak maahad hamidiah kajang.

Katanya sebenarnya dia(F.T.) bukan saja-saja tinggalkan mirwana.

Tambah mereka lagi member of the board dalam mirwana sendiri yang bangkitkan isu yang dia(F.T) bukan budak sekolah maahad hamidiah. Jadi oleh sebab tak genuine dan sebab sekolah ini claim mirwana adalah 'LEGACY' sekolah mereka jadi kenapa nak ada orang yg bukan dari kalangan mereka dalam team ini?
walaupun, hello, org yang banyak berjasa meningkatkan kualiti lagu-lagu mirwana start dari album HIkmah Kembara adalah Faizal tahir sendiri yang jadi penyumbang utama de facto nya
tapi kononnya for the sake of purifying legacy mereka itu dari anasir2 orang luar. kita usir saja dia dari band ini. jasa-jasa dia(member of the board) kita tutup mata saja.

Dan yang menariknya dalam versi cerita ini, faizal tahir yang sememangnya tidak ada komen apa-apa setelah keluar dari band ini, digambarkan berhati mulia sebab tidak pernah bangkitkan isu ini sebab tak mahu benda ni jadi lagi kecoh, nanti pecah tembelang rupanya org-org mirwana ni busuk lah jugak. i mean they all tampilkan diri macam nak bawak dakwah cara kontemporari, tapi bab-bab legacy ini alahai berkira lah pulak. wtfun.

Aku tidak tahu cerita ini sahih atau tak sebab kalau kita dengar cerita dari sebelah pihak, memang nampak silapnya semua dekat pihak yang satu lagi, jadi impaired gila judgement yang sebegitu. Lagipun kita takkan tahu kebenaran kecuali lah pihak-[ihak yang terlibat. Kalau kita sanggup bersabar tunggulah dekat padang mahsyar nanti. masalahnya dekat padang mahsyar nanti kita akan sebok dengan diri sendiri sahaja. pegi mampus lah mirwana dengan faizal tahir masa tu. hahaha

Jadi apa kata kalau ada pencinta kebenaran dan tidak mahu manusia saling berburuk sangka dan betul-betul tahu cerita. cerita kat aku?

sebab 'Penjelasan adalah satu benda yang crucial agar semua orang boleh saling hidup dengan aman'




III

Bencinta-lagu faizal tahir yang baru.saja letak sebab vocal bes. lagu catchy boleh tahan.

naluri manusia yang suka membetulkan aku mula-mula ingatkan lagu ni typo. supposed to be spelled bercinta. oh bila dah dengar rupanya benci+cinta. hahaha.
manusia, bila dia rasa dia dah pandai tapi kalau tak buat homework nanti lama-lama dia akan malu sendiri. hahaha. saat kita rasa kita tahu semua benda, saat itu lah kita mula menghancurkan diri sendiri dengan membiarkan kejahilan datang menjelma. eh tetibe je ni? woho


Lagu ni cerita pasal cinta kononnya-tengok lirik dia:

B
Sakitnya aku
G#m
Membenci kamu
E F#
Sakit lagi mencintai mu
B
Dan aku pergi
G#m
Tapi kembali
E F#
Benci aku mencintai diri mu
(amek kau dengan chord sekali, woho)




Orang-orang kuat bercinta selalu berkata, kita hanya mampu merancang, selebihnya takdir menentukan.

Padanlah orang-orang kuat bercinta memang loser.


HAHAHA


4 comments:

maskedfacies said...

suka btol ngn F.T

slmt makan kenduri

bujang sudin said...

jom makan kenduri!

sini takda kot gadis2 gedik pakai vogue

dan juga bekas2 guru ko yang nak bertepuk tampar ingat ko masih darjah dua. woho

MarsMaseira said...

orang kuat bercinta memang loser?
untuk siapakah ini? HAHAHA

bujang sudin said...

eh

tidak ada ditujukan untuk siapa-siapa.

just suka pulak dengan ayat tu. wahahahah

sebab dlm perkataan itu ada perkataan 'kuat'

jadinya dia bukan percintaan biasa. woho