Tuesday, 14 July 2009

Kerana Gambar boleh Berbicara dengan Seribu Kata-kata






Aku tidak ada mood untuk apa-apa sekarang ini. Namun itu tak bermakna aku 'moody'.




Kalau hidup kita kelam macam malam yang suram,
ayuh kita corakkan dengan tanglung-tanglung yang punya percikan warna -warna garang,
jangan digelapkan lagi dengan warna-warna pudar yang tidak terang.




Rasa tertanya-tanya membuatkan kita tidak selesa walaupun kita bukannya boleh buat apa-apa pun jika kita rasa kita tak punya apa-apa,
tapi sebenarnya kita masih mampu meminta pada Dia.

Tapi rasa begini membuatkan kita rasa seperti digantung tidak bertali.
Perasaan ini membuatkan kita rasa lebih rendah dari tanglung ini.
Sebab dia sekurang-kurangnya ada pengikat, bertali.
Sebab dia lumrah, sepanjang hayat kita tidak terlepas untuk ada
rasa yang begini.




Esok asalnya aku ada temu janji dengan cinta lain pada pukul 7-8, tapi tiba-tiba bila Bob call aku dan memberi khabaran yang cinta yang telah lama hilang(long lost love?lol)ku juga mahukan aku esok. Aku minta maaf awal-awal pada cinta lain.

Bila bila dan di mana akan aku utamakan cinta yang satu ini kerana dalam hidupku dia datang dulu. Dia memerlukan aku lagi-lagi.
Konon-kononnya orang kata cinta datang berkali-kali.
Tapi yang penting dia biar sedar ada wujudnya perkataan berbunyi begini : Prioriti.




Hidup yang sentiasa ditekan akan memaksa orang untuk maju ke hadapan,
hidup langsung tidak tertekan membuatkan orang menjadi WTFun?




4 tahun lepas aku jadi orang Kedah, kali ini aku akan jadi orang Melaka.

Aku tidak kisah jadi orang apa-apa, halimunan sekalipun, asalkan mereka bayar aku untuk bersama cintaku.
Yang penting aku tahu di mana sebenarnya letak duduk diriku.
Kiranya macam mana pun jauh di sudut hati aku masih orang Selangor seperti dulu.
Atau lebih dalam lagi aku fikir aku hanyalah orang Banjar sana seperti masa lalu.




Tuntuan semasa membuatkan tidak teragak-agak untuk memakai kopiah buat Khairy, atau sebenarnya mungkin dia baru lepas Solat berjemaah barangkali?




nota:tiada rasa yang lebih dari biasa untuk gambar lelaki berbaju kuning dalam gambar ketiga.

9 comments:

Amermeftah said...

"Sweet first and then bitter just like the sense of first love"

Aku quote line Stephen Chow dalam Forbidden City Cop. Cinta datang berkali-kali tapi mana nak sama cinta pertama...

p/s: Mesti mau ingat, KJ takbir kat ujung tu~

'Aqilah Suhaimi said...

ayat sedap awal2..ko cilok mana..
kalo ko buat sndiri..boleh tahan..
hahaha

MarsMaseira said...

siapa baju kuning tu?

MarsMaseira said...

oh. dan juga tidak sangka begitu hebat 'dia' buat kamu rasa seperti digantung tak bertali. esh esh. tidak mampu menolong, hanya mampu doakan untuk kamu.

*winkwink* lagi. (effort tahu?) HEHE

bujang sudin said...

kema-hidup KJ! hahaha. kecuali isu bulan, roket, semua akan musnah dan yang akan tinggal hanya dacing(al-MIzan) pada hari akhirat, Khairy memang pandai berpolitik. tapi kenapa ntah dia anti sangat dengan Husam

ok, bab cinta ni aku tau kau teori banyak, mungkin praktikal dia lambat lagi kot. hoho

kilah-ok, malas nak mengaku buat sendiri ayat ni. aku just perlu bangga saja melihat ayat ko yang kalau aku buat sendiri, boleh tahan tu. hahahaha

mas-baju kuning itu ialah mana-mana killer yg main takraw lah. posisi dia terbang dan melipat saja. kalau berjaya. kadang2 sangat euphoria. haha
dia? menunggu result? itulah. satu perasaan yang sukar. mintak-mintak dimudahkan insya-Allah

Amermeftah said...

KJ anti Husam sebab Husam tanak gabung,

teori memang banyak tapi praktikal tadak, aku ni cinta pertama memang tadak, setakat tepuk sebelah tangan tu byk la

MarsMaseira said...

dia lah!

Cik Result. HEE

Mohd Faizal Bin Nor Azmi said...

Aku letih mendengar kisah-kisah cinta kau. Kau dah serius nanti baru bagitau aku.

bujang sudin said...

Dr Faizal, there is a fine line between 'kisah cinta' n 'gossip-gossip diri sendiri yang direka oleh empunya diri'

kalau camtu, oklah lepas ni aku dah tak bergossip lagi.lepas aku da kawen nanti aku story kesah cinta aku. tapi, masa tu ko dah takde masa nak denga sebab busy keje dah. hahahaa