Thursday 9 July 2009

Isu PPSMI-Golongan-golongan yg berlewaran di sekitar isu ini





Semalam muhyidin sudah bulat katanya. 2012 nanti selamat tinggal PPSMI. sebab better strike the iron while it's still hot. aku pon nak sibuk2 cakap pasal benda ni.


1-Golongan pejuang bangsa dan bahasa melayu
Mereka melayu tegar, kadang-kadang bukan salah mereka kalau mereka sasterawan negara. Mereka kata kalau dari kecik lagi budak-budak ini diajar dalam english, takut satu hari nanti dia dah tak reti mempunyai konsep dalam bahasa ibunda sendiri.

mahu jadi apa? hilang bangsa dan bahasa? melayu mahu jadi apa? sudahla terpinggir dgn kemajuan, pastu ada bahasa sendiri asalnya tapi tak guna, nanti hilang identiti.
akan bercorak macam mana Malaysia 20 tahun akan datang kalau polisi ini diteruskan? orang tua cakap melayu nanti dia tak faham. bahaya.

Tapi realitinya pengajaran menggunakan medium english hanya pakai 2 subjek sahaja pon. yang subjek baki masih macam asal. kalau yang di rumah bertutur bahasa melayu pula, takkan lah tiba-tiba terspeaking dalam rumah sebab yang azalinya tidak begitu pon?

Jadi mereka perasan pengumuman semalam adalah satu kemenangan untuk mereka. Walaupun di sini isunya for the sake of prestasi murid-murid sekolah je prioritinya. Bagi mereka yiiiiiha bangsa dan bahasa itu tak akan hilang. Sebetulnya keputusan semalam bukanlah semata-mata kerana kemaslahatan itu.


Mereka ramai.



2-Golongan Yang mempertahankan PPSMI
Mereka merasakan untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kehebatan n for the sake of better future, english adalah yg paling penting. Tak reti BI so susah sikit nak terkehadapan. yah. point-point mereka medium dan istilah-istilah yang digunapakai di dalam Universiti nanti adalah itu, nak apply kerja, nak interview sana-sini English adalah mediumnya(walaupun yang set that standard is us(kita). siapa lagi kan).

Mereka merasakan science n math=technology itu adalah sesuatu yang PROGRESSIVE dan sebab pengantara majoriti dalam bidang itu adalah english, jadi menggunapakai bahasa sendiri untuk mengejar kemajuan kata mereka itu adalah sesuatu yang melambatkan

BIasanya terdiri dari golongan urban dan merasa mereka superior, ya , mereka english minded kan? yang percaya kalau tak pandai mula-mula tak apa, yg penting percaya dengan kehebatan diri sendiri sebab kalau tak nak cuba, sampai bila-bila kita takkan meningkat? kata mereka bila lagi org melayu mahu setaraf dengan bangsa lain. mereka(bangsa lain) pandai english! dan memang realiti bila mereka cakap yang itu

Kadang-kadang mereka nampaknya terdiri dari golongan org2 universiti, intelek yang fikir begini: dulu pon mereka struggle juga dari zero so kenapa orang lain tak boleh?

mereka cuba reason kat semua org kita kena pakai english, mereka pelik sebab ramai sangat yang complain, contohnya budak sekolah, cikgu-cikgu n lebih sedih bila justification mereka tidak meyakinkan kerajaan yg sekarang bila polisi telah diputuskan untuk ditukar semalam dan mereka fikir kenapa agaknya orang-orang yang complain ini tidak mahu tingkatkan daya saing macam mereka?

dan mereka kata setinggi mana mereka belajar dalam english, overC ka, tempatan ka, tak timbul masalah lah lupa bangsa dan melayu itu sendiri. reti je mereka untuk balik ke asal-usul. prioriti di sini adalah berdaya saing. dan indicatornya ialah English

dan respon mereka untuk pengumuman semalam, mereka sedih, kerajaan(idea mahathir sebenarnya) hanya hangat-hangat tahi ayam. lepas ni akan hancur harapan untuk maju.

tapi mereka tak sedar bukan semua org ada kebolehan macam mereka. bukan semua orang masuk Universiti. dia orang tak faham kenapa budak-budak, makin lembab dan susah nak tangkap bila belajar science n math dalam english sekarang ni. peduli apa mereka budak2 ini kampung atau tidak. dia tak nampak kenapa. bagi dia dia ok je.

bila ada orang kata kat mereka negara maju macam jepun tak pakai english pon. mereka kata itu negara yang dah maju. so malaysia negara membangun. jadi why compare an apple with a non apple?

Jadi kalau begitu mari kita compare dengan Filipina, India, atau sesetengah negara Afrika yang menggunapakai polisi ini juga
(cdt to mamat, sbb dia mintak, haha). sudah maju kah mereka macam kemajuan yang kita impikan dengan berlandaskan english sebagai mediumnya tu?

Selain itu kan polisi ini serampang 2 mata,
1-nak fortify english, dan masa yg sama 2-mahu mantapkan math dan science supaya nanti masuk universiti(yg katanya pakai english) tidak kekok.

tapi adakah mereka lupa, untuk PERINGKAT BASIC(sekolah rendah n menengah), nak mantapkan english(language), dalam masa yang sama pakai english untuk science n math(logik dan pemahaman) adalah 2 benda yang berbeza, otak pon perlu 'FRONTAL' yang berbeza untuk proses kedua-duanya. maksudnya kalau ingin tingkatkan english kenapa tak fortify subjek english(language) itu sendiri? atau guna subjek lain yang tak memerlukan pemahaman sangat pon untuk practice english-untuk budak-budak ni macam pendidikan agama, seni? jadi bagaimana itu kiranya comparing apple with an apple?


dan mereka juga ramai.



3-Murid-murid
Mereka tidak ada kuasa untuk minta diajarkan macam mana dan pakai bahasa apa. Jadi mereka just go with the flow. ikut polisi.

Polisi pertukaran sebetulnya sangat drastik. contohnya yang di darjah 5 sekarang kalau dulunya dari mula-mula masuk sekolah sampailah ke darjah 4 belajar math dalam BM tiba-tiba kena tukar pakai english. Memang kalau yang jenis malas tak boleh nak buat apa lah kan.

Tapi yg jenis rajin smestinya pelik kenapa dia rasa dulu subjek ini sangat attractive dan sebab attracted mereka berjaya buat subjek yg sukar menjadi senang. Tapi sekarang ni mereka terpaksa tukar cara fikir dalam english dahulu untuk menjawab soalan, dan itu penat, dan benda apa pon, kalau ia sangat memenatkan, tak lama dia akan jadi unattractive tiba-tiba.

Jadi mereka akan pelik kenapa dulu subjek ini senang, skarang kenapa susah ya amat? dan itu direflect dalam slip keputusan dan buku rekod mereka.Tak payah aku cakap. baca kajian di sini ada bukti

Tapi apa yang mereka boleh buat, pegi je la sekolah. dan itu kalau yg jenis rajin dan berdisiplin. kalau yang malas, kesukaran tambah-tambah lagi membunuh minat mereka untuk ke sekolah. ponteng. begitu?Yang ada adik sekolah rendah dan menengah. silalah tanya apa yang mereka rasa.

Kalau yang jenis pandai sikit akan fikir. hesh dahla makin tak pandai science n math, tapi komfem ke aku makin pandai speaking? hahahahaha

Yang kononnya jenis fikir secara global dan tahu ini idea mahathir mungkin akan terfikir begini untuk salahkan Tun. boleh suruh Tun balik ke umur kita tak??? nak suruh die jawab soalan math ini. saya susah nak faham. Oh kalau Tun boleh, no wonder lah sebab Tun genius. masalahnya semua orang tidak begitu.Oh!


jadi pengumuman semalam, mungkin satu sinar baru untuk mereka. mintak-mintak lah 2012 nanti minat mereka akan bercambah semula. sebab kalau yang lahir sebagai melayu, bercakap melayu, di dalam otak cara mereka berfikir konsep science n math itu adalah masih di dalam bahasa melayu. dan kalau diajar dalam medium yg what their best at. mereka akan faham konsep. suruh la terang dalam bahasa apa pon lepas tu macam english ka. mungkin susah sikit nak explain. tapi yang penting konsepnya mereka dah master.
seperti cikgu2 yang disuruh mengajar dlm english. mungkin mereka hanya perlu pergi kursus English sahaja nanti.

Sebetulnya itu lebih baik dari bodoh science n math dan tidak faham apa-apa kerana hanya medium pengantar pelajarannya masih tidak serasi dengan cara otak mereka memproses maklumat. dan english tidak pasal-pasal disalahkan sebagai barrier.

Jadi sayang tak budak-budak yang supposed to bright dalam science n math ini macam generasi yg terdahulu, tumpul sebab tiba-tiba dia tak berminat kerana dia merasakan subjek ini susah. dan budak-budak akan rasa susah bila walaupun dia masih boleh jawab, TAPI dia melihat skor tidak memuaskan.
pihak sekolah sepatutnya boleh nampak benda ini sebab boleh compare dengan generasi2 dalam BM terdahulu

memang konon-kononnya kita level dewasa, tapi apa salahnya sekali sekala fikir apa yang budak-budak ini rasa?

Sekali lagi aku cakap. kajian yg telah dibentangkan membuktikan segala-galanya. klik sini


mereka adalah golongan yang paling ramai. dan nampak tak mereka jadi mangsa?



4-Pentadbir institusi pendidikan(ceh, cakap sekolah la kan senang, hahaha)
Macam murid-murid, mereka juga tidak ada daya untuk menukar polisi. Jadi kut mana pon kerja kena jalan.

kalau tidak ada cikgu yg cukup yg betul-betul fasih untuk ajar science n math dalam english? OK kita suruh saja cikgu2 english ni mengajar skali. masukkan jadual mereka dalam pengajaran science n math. tak kisah lah dia orang belajar di universiti dulu untuk mengajar apa. yang penting kerja beres!

yang mana-mana cikgu science n math tu, kita hantar mereka kursus. sana sini pon tak apa sebab nak kasi mantap english pulak. KESIAN MEREKA PENAT? ah nak buat macam mana sapa suruh tak pandai nak explain dalam english? hahaha

Lagipun kita akan bagi elaun untuk kelas tambahan untuk cikgu-cikgu ini pula. kita tak ada kuasa nak pantau sangat duit itu betul ke mengalir ke kelas tuisyen bahasa. biarkan mereka nak buat apa dengan duit itu. kalau itu membazir. nak buat macam mana dan nak salahkan siapa? pening kepala!

itu tak bising lagi pasal isu berapa banyak RM yg dibazir untuk material sahaja, sedangkan hasil tak seberapa?

jadi pengumuman semalam. satu nafas baru. mungkin selepas ini dah tak perlu nak pening-pening sangat. 2012, kita akan kembali untuk fokus bagaimana nak meningkatkan prestasi math dan science budak2 ini saja. mungkin lah.



5-GOlongan yang menyibuk macam aku

tulisan berwarna biru di atas melambangkan apa yang aku rasa sikit sebanyak. Kiranya menentang PPSMI bukan kerana sebab satu hari nanti hilang bahasa dan bangsa sebab oh ridiculous gila reason itu. tidak ada kaitan!

menentang PPSMI sebab aku sedar, bila kita nak bina pemahaman dan konsep di PERINGKAT BASIC untuk siapa-siapa. biarlah diajar dalam bahasa yang memang dia kuasai. supaya dia lagi mudah tangkap. prestasi meningkat nanti, semua orang seronok.win-win situation gila. demi ilmu kiranya.

Kalau nak bising pasal penguasaan english pulak. oklah aku sudah 4 tahun lebih belajar medik dalam english dan arab. tapi sejujurnya dalam science tidak ada apa-apa sangat pon yang boleh dibawa converse dalam kehidupan seharian sebabnya science macam medik dan physiology hanyalah english yang berlegar di konsep yang menggunakan perkataan sekitar INCREASE dan DECREASE sahaja, selebihnya hanyalah term2 yang untuk orang kebanyakan, tidak penting pon untuk mereka tahu sampai kita boleh masukkan dalam conversation seharian jika mahu guna english.

Selain itu, kalau yang duduk di bandar sejak polisi ini dijalankan, tak nampak ke budak2 yg speaking nya bukan main lagi, tapi bila ditanya pencapaian math n science nya. eh biasa je? malah yg teruk pon ada. Nak katanya penguasaan bahasa english tidak ada kaitan lansung pon dengan pencapaian science n math dlm english itu sendiri.

bukan nak merendah2kan. tapi ini realiti. Sebab dah memang otak yang digunakan untuk kedua-dua benda ini berbeza. Kiranya bagi aku, yang lebih penting daripada bahasa, adalah pemahaman itu sendiri.bahasa hanya medium. jadi budak-budak ini biarlah kuasai pemahaman dulu.

sebab tak semua budak genius boleh tukar dan set pemahaman dan linguistiknya progress secara drastik untuk tempoh pembelajaran yang hanya beberapa tahun .Rendah dan menengah.Lagipun science dan math adalah benda SUKAR.

mahu kah kita lihat budak2 ini sebab tak berapa pandai english pon rupa-rupanya dia kalau pon dia skor dalam exam science. rupanya dia hanya menghafal, tapi tak faham sangat pon, sebenarnya.


Jangan sampai Bahasa Inggeris jadi disalahkan oleh budak-budak sebagai barrier dan punca kemerosotan ataupun tak minat. Sebab benda ni reflect dalam buku rekod mereka.





Seriously, dalam hal ini, kita tak dapat nak puaskan hati semua pihak. Tapi biarlah keputusan semalam adalah yang terbaik untuk semua. Mungkin satu kabinet sudah SOLAT ISTIKHARAH.=)

Sebab mereka bukan sahaja buat keputusan untuk hidup mereka, tapi untuk hidup orang lain dan anak-anak mereka jugak.

16 comments:

'Aqilah Suhaimi said...

philippine dia mmg leh bangga..dorg ckp english mmg bagus..

tp ko kena ingt jugak..negara2 miskin cm india philippine apa la dorg leh buat sgt..

gdp rendah..negara bnyak konflik..

sedikit sebanyak..ak bersyukur gk la ppsmi dimansuhkan..
tp,dlm masa yg sama..untuk selamatkan org kita..
kita kena pk cara lain untuk selamatkan org melayu dri buta english..
sekarang..ko cari kerja dekat company org cina pn dh kena reti ckp mandarin..bru leh diconsider..

dunia skrg makin competent..sangat!
nk tk nak..kita mmg kena tunduk pd kehendak semasa..

org ckp org putih..kita nk ckp org putih..

tp,mcm org lain ckp gk la..tkkn la nk ckp ongputih nye psl..ilmu bahagi cikai pn dak2 tk phm..tkleh nk smpi mksd apa yg cikgu ajar..heh

bujang sudin said...

memang, tidak ada siapa nafikan bahasa inggeris penting gila untuk zaman sekarang untuk masa depan yang lebih gemilang

sebab itu lah matlamat utama PPSMI ni dulu untuk biar budak2 ni pandai english dalam subjek2 yg ada kaitan dengan kerjaya itu supaya nanti mereka akan lebih competitive jika diterapkan dgn pembelajaran menggunakan medium english begini dari awal

tapi rupanya masalah yg lebih besar dari kurangnya peluang kerjaya untuk masa depan diorang tu, untuk diorang skor dlm exam masa peringkat sekolah pon terkial kial sebab 'tak berapa faham'. Siapa sangka?

aku sangat setuju dengan ayat last ko tu. takkanla sebab english punya pasal, benda basic yg sepatutnya dgn mudah diorang akan dpt kalau belajar dlm BM itu diorang tak buleh buat. ilmu bahagi cikai2 je pon

tapi adik aku dah makin berspeaking di rumah, (tapi mmg sekolah die budak2 speaking pon hahaha). mungkin kami patut berterimakasih sebab PPSMI ada tunjuk kesannya di situ. tahniah PPSMI.

sayang tak semua benda yang kita nak kita akan dpt(pandai english, dlm masa sama budak2 makin genius science n math)

Amermeftah said...

macam 'berlewaran di bumi sahara' la pulak

agaknya sebab aku macam ni, jadi aku rasa aku tentang ppsmi sebab bahasa jugak walaupun tadak kaitan, mungkin sebab aku suka culture, aku suka tgk org menari zapin, suka tgk wong fei hung main tarian singa, walaupun aku gelak-gelak kutuk, suka tgk tarian keling yg movement dia rancak dan ada makna, kenapa aku asek bandingkan ngan menari ni? mungkin sebab skang ni aku suka menari sambil dgr amy winehouse nyanyi velarie kot

tapi org bahasa pon cthnya ft yg aku tau, tentang ppsmi pon sebab budak-budak jugak, sebab cikgu-cikgu

aku rasa bahasa melayu takkan berkembang kalau setgh-setgh subjek tak diajar dalam melayu (walaupun alasan ni busuk) dan akhirnya contohnya kalut Israk nak cari perkataan bila nak terjemah kertas kerja panduan kesihatan dalam bahasa melayu, tapi zaman skang ni nak kembang camana lagi? semua pun pinjam istilah org terus, aku pun tak tau mcm mana org buat perkataan baru

benda pertama yang terlintas di kepala mak bapak aku masa mula-mula nak buat ppsmi ialah kenyanglah tauke-tauke buku bila nak print balik buku dalam bahasa inglish

masa aku ajar adik aku buat homework math pon (walaupun math aku bungkus walaupun belajar kot bm) last-last adik aku mcm tgk terjemahan dia jugak sebab buku dwibahasa

lagipon aku yakin, cikgu-cikgu akan mengajar kot melayu jugaklah, ke cikgu memang ikut betul apa yg diorang dapat kat kursus? masa aku kat uia kejap pon, brader pasha selamba mengajar precalculus kot melayu, uia tu

org yg sokong ppsmi ni ingat org yg tentang ni anti bahasa luar, memang org zaman dulu belajar bahasa luar untuk amik ilmunya tapi diterjemah ke bahasa sendiri dan anak-anak diajar dgn bahasa sendiri

aku bukan anti bahasa inglish pon, cuma kalo nak ckp inglish biarlah mcm lady and lord, kalau setakat mcm dalam pua chu kang baik takyah

ok aku dah buat mini entri kat sini

MarsMaseira said...

ya. aku golongan yang menyokong PPSMI. aku sedih bukanlah kerana dimansuhkan. tapi sedih kerana mereka jadikan alasan memartabatkan bahasa Melayu itu. tak perlu rasanya. betul sangat kata kamu tentang belajar basic dalam bahasa sendiri.

kalau betul mahu martabatkan bahasa Melayu, tukar sama pembelajaran sains dan matematik di IPTA. aku tidak kisah. yang aku kisahkan itu adalah kesusahan peralihan bahasa dalam ilmu yang sama. pertukaran istilah BM ke BI amat menyeksakan. bagi aku lah. mungkin aku seorang saja yang kurang bijak pandai ketika itu. nasib baik aku tak give up dulu. kalau tak mesti dah amek Bacelor Bahasa Melayu dan Linguistik ke ape kan. HEHE

Amermeftah said...

*winkwink*

MarsMaseira said...

semakin ramai menggunakan *winkwink* ??

bujang sudin said...

Kema 1-ah mini entri. hoho
sebenarnya aku tidak faham sangat dengan analogi tarian kau. hahahaha

alasan bahasa kau itu ada benarnya. macam rasanya skarang pon kalau nak terjemah benda-benda yang kita belajar dan explain kepada orang kampung pon mungkin ambil masa yang lama sebab tidak ada term dalam BM yang khusus untuk sesetengah term2 itu.

lagipun itulah bahasa melayu bukan macam arab yang dah lama tu. bahasa arab Tuberculosis pon ada perkataan sendiri. (Sull). nampak sangat tidak dicedok dari mana-mana

bab buku2 itu memang tak boleh kata apa lah. dia orang akan kata under license untuk ilmu, takpa berhabis duit sikit. cuma kesian kat orang kurang berada

mak aku pon pernah cakap, agak-agak berapa bulan lagi nak exam besar macam UPSR, cikgu-cikgu math n science ini dah tak kesah nak menerangkan cara menjawab soalan kpd budak2 dalam BM, sebab nak kasi budak-budak ni cepat sikit dapat. masa tu dah tak kisah pasal polisi lagi. asal budak tahu macam mana nak jawab soalan

itulah walaupun kau kata kau bungkus tapi kau masih harapan adik2 untuk mengajar math. ada tak agak2nya tiba-tiba dia poyo suruh kau terang dalam English? hahaha


Mas-memang aku tidak setuju bila alasan memartabatkan Melayu itu digunapakai. tapi stand kita masih berbeza kerana demi murid-murid, bagiku biarlah dia orang belajar dalam bahasa asal mereka

memang susah, bukan kamu seorang saja yang rasa. aku pon. Dulu2 zaman sekolah tak pernah pulak aku belajar istilah2nya dalam english langsung, apatah lagi belajar medik. mungkin agak sukar pada mulanya, tapi sebab Tuhan takkan membebankan seseorang dengan apa yang dia tidak mampu, susah macam mana pon biarlah kita endure sendiri kalau kita yakin dengan kebolehan kita dan harap-harapnya begitulah

Sebab itu tidak semua orang masuk Universiti, kalau siapa yang masuk kena habiskan walau macam mana dan dengan apa cara-paksa diri untuk belajar walaupun susah I mean.

Bukan macam budak sekolah yang masih belum nampak apa-apa. Tak kasihankah dengan mereka. Rasanya bukan semua orang mampu. Hidup ini memang akan lebih mudah kalau kita hanya fikir untuk diri kita sahaja. Tapi hakikatnya hidup ini tidak begitu


Kema 2-*winkwink* kembali. ko tuju kat aku atau mas ini?


Mas-aku rasa dia tuju kat kamu(perli kamu i mean) sebab aku tidak pernah menggunapakai ekspresi *winkwink* di dalam blog. agaknya sebab nak taip penat kot

afifah.ahmad said...

anak buah saya makin improve sket dalam english die, tp math die kiok.(or koQ bab kate adik faizal tahir?) toing.

bujang sudin said...

koQ!

hahaha. sebenarnya tu bukan adik faizal tahir kot.

adik2 saye pon sama. tapi math n science mereka sy tak begitu pasti.

lagipun budak2 ni kalau kita tak tanya die tak cerita sangat. eheh

MarsMaseira said...

perli untuk apa?

atau mungkin teringin juga menggunakannya? Silakan. Saya tak pernah menghalang ",

aw3rz said...

Menarik isu PPSMI ni.

Secara jujurnya, PPSMI satu idea yang murni.

Tapi malangya, perlaksanaannya sangat teruk. Lihat sahaja betapa pendek tempoh perbentangan usul di Parlimen dan perlaksanaannya di seluruh negara. Tak sampai 2 tahun. Tun seperti mahu cepat-cepat laksanakan usul itu supaya ia jadi satu legasi pentadbirannya.

Kemudian, datang pula ahli-ahli politik yang bermain dengan isu ini supaya mereka tampak seperti perwira yang cuba pertahankan bahasa bangsa. Walhal, jerit-pekik mereka untuk dapat kuasa dan hormat dari orang sekitar. Tidak lebih dari itu.

Yang terkena impaknya adalah pelajar. Seperti dibaling-baling dek bolak balik dasar kerajaan. Golongan ini, seperti yang kau sebut, ramai namun tak mampu memberi kesan kepada usul kerajaan. Kerana mereka hanya mangsa keadaan.

Andai kata PPSMI ini dikaji dahulu dan dirancang betul-betul sebelum dilaksanakan, contohnya 5 tahun untuk kajian dan pengumpulan data, mungkin PPSMI satu perubahan besar dan signifikan dalam pendidikan negara.

Malangnya, seperti pemimpin kerajaan yang bertukar-tukar setiap 4-5 tahun, dasar kerajaan juga akan sentiasa bertukar-tukar. Kajian atau percubaan hanya menghabiskan masa dan peluang untuk mendapat nama.

Legasi adalah keutamaan. Nasib generasi seterusnya boleh dibuang ke dalam tong sampah.

bujang sudin said...

Mas-bukan perli. aku tak jumpa perkataan yg sesuai.perkataan yg sepatutnya mungkin dia 'maksudkan' kamu sebab kamu mengekspresi diri winkwink di dalam penulisan. Mungkin kelihatan unik bagi dia. haha

Awe-Oh awe lawat blog aku! haha.
Aku nampak kau menyokong niat murni PPSMI ni cumanya marahkan perlaksanaannya yang serabut.Ok, keserabutan itulah yang membuatkan golongan-golongan macam aku tidak menyokong PPSMI ini. betul kata kau, sepatutnya benda apa-apa mestilah dibuat trial dulu untuk lihat sejauh mana kesesuaiannya. Sebab ini benda besar bukan benda suka-suka.

seperti legasi, politik itu sepatutnya adalah satu benda yang mulia bila dia diberi keutamaan untuk beri sumbangan untuk semua. masalahnya, lebih ramai berpolitik untuk naik cepat dan membina legasi untuk hanya membina nama untuk dibiar tercatat dalam buku sejarah. ini masalah biasa dalam mana-mana politik di mana-mana pon

Aku cadangkan kalau kau ada rezeki untuk jadi politikus suatu hari nanti dan kau mahu bina legasi sendiri. biarlah bermanfaat untuk semua.

jangan buang nasib siapa-siapa di dalam bakul sampah macam mereka.

sebab hanya golongan yang lebih teruk dari pengemis sahaja yang mahu makan timbunan sampah

syafiqa salim said...

Wah, rancak perbualan.

Aku sokong PPSMI dihapuskan. Ayah aku berpuluh tahun dia ajar BM, tapi tiba2 diarahkan ajar Science dlm BI masa PPSMI baru diwujudkan dulu. Tapi tu bukan problem sangatla..

Apa yang jadi masalah, Susah payah aku tengok dia nak ajar budak2 kat sekolah dia. Maklumlah sekolah kampung. Terbelit lidah budak2 tu nak sebut perkataan sains. Ayah aku kadang2 tak sampai hati ajar juga sikit2 dalam BM.

Kalau dalam ujian pulak, murid2 semua main hentam je jawab soalan. Mereka tak paham sangat jadi mereka main teka2 je. Kalau budak yang pandai sikit, mereka hafal bulat2 je. Tak guna juga kan.

Adik aku pun time dia buat latihan Sc dan Math kat rumah, dia asyik tengok yang bahasa melayu punya sebab buku dwibahasa..

JAdi di mana gunanya PPSMI. LAgipun ayah aku cakap apa gunanya elaun PPSMI pada cikgu2 kalau beban nak mengajar tu lagi banyak dan anak murid tak paham apa-apa.

maskedfacies said...

blablablablabla.

sekian.

bujang sudin said...

Pika-apa yang ko cakap benar belaka pika. aku rase dah takda apa nak komen lagi sebab memang ko bercakap dari pengalaman sendiri. Penat jugak nak bincang isu ni. hahaha

cumanya yang kelakar bila cikgu2 tu dpt elaun, n sebab duit tu tak dipantau. yang kenyang tahu siapa?

kalau cikgu2 laki bujang takda tanggungjawab beli sport rim baru ka, aksesori itu ini yang baru. kereta diorang lah paling kenyang. ke situ pulak duit untuk PPSMI ni. tak ke membazir? hahaha

mimi-blablablablablablabla. ..!.. Oh!
diorang ni serius sangat. ada betul jugak kata ko.

syafiqa salim said...

kami serius sangat kah...

ko yang stat bt topik serius.
xpela, sesekali kita serius..
HAHAHA