Pagi tadi terbunyi henset dengan sms dari encik Jiman yang sudah sah-sahlah ada MBBCH,
atau lebih tepat lagi, Dr. Jiman yang sedang posting di department medicine HKB.
Sebelum itu memohon maaf kerana mencapubkanbeliau di sini lagipun dia bukan lah baca blog aku pon.
Sms kelihatan begini:
Sobahal Ful
Betul katanya rindu, kalau tidak masakan greet dengan Sobahal Ful yang maksudnya 'Selamat Pagi' .
Ful itu bunga, jadi metaforanya mintaknya hari yang dimulakan pagi itu akan indah-indah belaka. Jadi dia guna cara orang-orang meser berkata-kata. Sobahal Ful, ringkas tapi padat.
Jangan kau kata sebenarnya itu ful kacang favism yang akibatkan G6PD itu pula. Malu lah. Tidak perlu diemphasizekan rindu sebab memang nampak yang itu.
Jalan-jalan meser yang bz.
Sebetulnya tidak apa yang perlu dirindukan kalau hanyalah kerana traffic yang hectic dan busy. Kita mahu suasana busy sebegitu di Malaysia?
Kita try Jalan kuching masa tengah hari, ataupun kita cuba ikut jalan balik ke Punchak Alam dari pukul 5 petang.
Atau kalau busy yang dimaksudkan boleh dimengertikan sekali bunyi hon, kita boleh lepak malam-malam di Subang Saujana tengok rempit yang terjal membunyikan hon sambil berlumba-lumba
Ta'miyah
Sejenis makanan ruji yang di mana-mana kau berlewaran di bumi sahara ni pon, pasti akan ada. Protein/intinya kacang, dihancur kemudian digoreng dengan minyak bahaya yang tipu lah kalau bukan TSFA. Carbohydratenya roti berbentuk poket, hasil kreativiti masyarakat meser yang menggelarkan diri mereka bangsa Arab. mungkin lebih hebat dari poket Doraemon.
Orang melesia pada pandang pertama mungkin memanggilnya roti arab, sebenarnya dia tak berdosa, nama dia boleh jadi Syami ataupun Baladi sahaja. sambung lagi Fibernya sayur2 hijau dan ada hirisan tomato dan dia ada kuah-kuah warna putih yang asalnya dari biji bijan,Tahinah namanya.
Tapi tidak perlu bayangkan dia sedap macam kuih Dorayaki sebab dia tidak begitu. lagipun siapa sahaja yang pernah rasa sebab itu kuih Dorayaki rasa apa ya?
Tak payah nak berbasa basi. Tak sedap pon. Kan senang.
cuma dia sebab jadi rezeki tuhan kalau bila dapat dimakan dan mengenyangkan perut walaupun tidak kena dengan tekak, jadi alhamdulillah saja. cuma rasanya taklah sedap mana sampai boleh merindu.
Katalah, kalau adalah org yang buat conspiracy ke atas aku, mereka struggle mendeprive diriku daripada makan Ta'miyah ini untuk 6 bulan.
oh rasanya aku tidak akan terefek dan akan masih LEBIH rindu kepada Kuih Telinga Keling buatan arwah nenekku.
aku tidak pandai untuk tipu diri sendiri. Sebab itu otakku dengan apa sebab pun tidak buleh terima bagaimana sampai buleh terindu Ta'miyah ini.
Kalaupun tidak kerana sentimental value sahaja, pastilah ada sebab udang di balik mana-mana
Jadi aku fikir, mungkin sebab bebanan kerja, ataupun tekanan dengan hidup yang demanding, menyebabkan Jiman tercakap perkara-perkara yang berlawanan dengan akal mcm rindukan jalan-jalan yang busy ataupun Ta'miyah itu, ataupun dia lebih tepat lagi merindukan suasana lepak tidak sebusy HO masa muda-muda di meser sebenarnya.
Sebab dulu hidup di meser, hidup tidak ada komitmen sangat apa-apa, tapi hidup di melesia, hidup berkerja. Mungkin itu sebab yang betulnya.
ok, jemput makan Ta'miyah ini dulu. kot-kot nanti takdalah merindu pula.
Siapa-siapa nak, amek banyak pun tak apa.
nota-TSFA=Trans Saturated Fatty Acid