Thursday, 16 June 2011

karangan biografi tugasku sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di temerloh. (LOL)

salam semua. yo wassup bero

meh la aku story sket pasal pe cer aku kat hosp sultan haji ahmad shah(HOSHAS) Temerloh

alhamdulillah nak dekat 2 bulan dah aku keje weh. pejam celik pejam celik, cam tak sedar pun tetibe dah nak separuh posting da keje. lol.

memandangkan harini aku keje shift malam,so update je la blog aku yg dah berhabuk lama ni.
before aku start, meh le aku warn, boring sebnanye cite psl spital ni. n aku akan tulis mende je yg aku nak tulis n approximated time needed to finish this entry is about 20 minutes lah ok. pasni gua nak melantak then tido kejap hahaha

kalau diikutkan kebetulan time aku masuk posting neh, tetibe sistem hospital ni tengah melalui perubahan sistem. ade benda yg aku untung, ade benda yg aku tak untung

meh kite kupas satu2

Hospital Integrated System(HIS)
nama nak canggih je. tp maksud die sistem IT/computerized la.
camni.
setiap pt ade BHT diorang(rekod perubatan pesakit) yg mane sume mendalah2 pasal pt, progress note, investigation results, x ray, mendalah2 tu sume dikepilkan dlm tu. so as a HO keje die memang kuli abes la tulis progress note pt kat dlm BHT tu. bos buat round, kite yg kene key in dlm tu. result investigation, kite yg kene trace kat lab,
then masukkan dlm situ, every single thing yg significant in documenting the progress of the pt kite kene tulis dlm tu. wey, aku dah warn cite ni boring, sape suruh korang bace gak. hahahaha

so the worst thing pasal nak order investigation sume pakai manual(tulis tangan) is, nak trace result pun kene turun lab tanye, then kalau tak keluar lg result maki2 lah dinding kat lab tu ckp alah tak keluar lg siot btul

tp skarang dah IT. bukak kat laptop je, kalau dulu BHT, skarang EMR(electronic medical record). order je kat kom, label then hantar specimen then tibe2 lepas sejam ke, tadaaa... result keluar kat kom dlm ward.

tapi ade je cons die, banyak tp aku cite benda2 simple je la
dulu kalo ade BHT, bleh je present case sambil2 selak2 BHT sebab tak susah pun. skang dah IT memang kene hafal case la. padan muka. nak canggih sgt. tp aku suke sebab train aku to be alert n menghayati n hafal kes rather than just mcm tak ikhlas je buat keje. seriously

tp the scary thing is nak present case kat specialist. sebab sume benda diorg akan tanye, nama pun pakar kan.

tp alhamdulillah la, memang la penat keje kan. tapi setakat nak 2 bulan aku keje ni aku tak pernah pun rs stress lagi, apatah lg rs nak quit. tak tipu wa ckp lu. hahaha. i'm taking my HO phase as an opportunity to learn as much as i can, if u cannot be good to others(pt), at least be good to yourself. what i mean is the more thing u do, involved and willing to do, the more u'll know. sebab nt lepas 2 taun da kene jd mo dah. n u have to stand on ur feet urself.bile susah gile je kene tanye specialist. takkan nak jadi mo bangang. haha. jadi as humble as u can be in hosp. it's good for yourself. nt org nak ajar banyak benda. tak mintak pun. LOL. make a good relationship with ur seniors, and bosses. suma benda setel kalau mcm tu. just jaga performance je la

kalau org tanye cane life skarang, aku jawab ok jewwwwwwwwwww. tho ade mase busy, tapi takyah nak tipu. ade je mase nak main futsal. gua dah berkenalan dgn penduduk tempatan dah. siap main futsal free sebab konon2 tetamu. 10 kali main pun free sebab tetamu gak. memang lemak habis. kahkahkah

sum more i'm considered tak busy sgt sebab start dgn dept Orthopedic. n ur mood bile start keje nt will depend on which posting u're into. n depends on how garang ur bos dekat dept tu, depends on which hospital u're in jugak. OnG kat spital lain mcm stress, kat temerloh even workload byk, tp diorg ckp bos baik, so tak berapa stress la

lg satu, mengikut pepatah seorang HO senior, kalau ortho pun ko dah nak rs stress, ko masuk medical ke paeds ke ko boleh pegi mati la wey. sape tak tercabar dengar benda tu.haha

ok tetibe aku rs malas nak panjangkan lagi entri ni. beta nak beradu jap. kalau ade yg follow blog gua ni, nt besok2 gua sambung la. bile tu tak janji la. cite2 sket psl pengalaman yg bes2. tu pun kalau ade yg nak dengar. haha
lain kali gua cite psl shift ke ape ke

sorrylah, last2 aku kupas satu benda je. hehe. lain kali kita kupas lg okayyy. nak nasihat2, nt lah aku kasi, ecehh
adik-adik kat egypt, selamat menjalani fatrah imtihan. peh dah tua siot aku. LOL

Salam 3likom

Wednesday, 24 February 2010

Kamu chunn, habis tu siapa yang buat kamu?

Bila kau ada sistem pengajian yang menggunapakai cumulative marks di mana setiap markah dalam peperiksaan sekecik-kecik mana pon, 2,3 mahupun 7 dari beratus2 pon markahnya dalam tempoh pembelajaran setaun ni akan dibawak dan dijumlahkan sekali ke dalam markah exam written final(setaun kemudian untuk final year), dan 2 minggu selepas exam final nanti akan keluar markah secara keseluruhannya, ini membuatkan kau terfikir kadang-kadang

Kau bayangkan internal medicine ada 8 rotation untuk setiap sub-department, budak-budak mengikut grup akan rotate dalam department yang telah ditetapkan mengikut jadual every 3 weeks dan setiap satunya ada exam.
department ni antara satu sama lainnya tak lah dekat macam meja sebelah2 macam dekat dalam satu office. Senang gila tak payah pening-pening mcm tu.

Okay habis tu nanti lepas budak-budak suma dah habis exam dlm setiap department macam mana sistem dia pegi submit benda tu untuk dijumlahkan kat pusat markah kat kontrol yang mana sebenarnya mungkin berbulan-bulan selepas exam kat round tu sendiri baru die nak pegi submit. mana lah tau nuwwab tu selit bawah mana-mana lah then tiba hari die nak kene pegi submit die dah tak jumpa
Okay, tu lah, aku yang taip pun dah pening seriously

kadang-kadang aku cuak jugak misalnya mungkin petugas yang dipertanggungjawabkan untuk bawak kertas markah tu tiba-tiba tercicir kertas laporan markah ke haa kan dah hilang then lepas tu bukan ada orang tau pon then apa jadi kat nasib kami? yang taunya nanti akan keluar result masa final je n tak tau pun tu akan affect markah ke tak nauzubillah apa cerita ni?

ok tambah memeningkan lagi rasanya peng-rekod-an markah kat sub department ni masih lagi pakai sistem manual file except department of tropical disease yang maju sikit pakai sistem komputer.Alah alangkan attendance pon tulis tangan je hahah

apa yang aku nak cakap gila weh memang lah takda orang suruh aku pegi fikir benda alah ni tapi pergh mcm mana lah sistem ni bekerja dengan efficient sekali.(aku tak pasti efficient ke tak janji yang lepas-lepas suma ok je)
Okay fine cairo University memang dah establish dari tahun 18-- so ape nak heran?

So kadang-kadang aku terpk alangkan sistem yang manusia buat pun takda kerja tiba-tiba rasa nak kagum, apatah lagi patutnya perasaan kagum tu adalah lebih deserve lagi untuk diberi kepada pencipta kepada manusia yang membuat sistem tu. Adil kan diorang cakap bukanlah equality tapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Misalnya segala amalan yang anak adam buat selama mana dia hidup berapa, 20 tahun, 45 tahun, 65 tahun, sumanya cumulative gila simpan-simpan then sampai kat padang mahsyar nanti baru nak kena bentang. pergh lama gila kot mcm mana file-file suma tak hilang lengkap je kot laporan tu nanti in details.

Ok, kalau camtu apalah sangat nak kagum ngan Cairo U yang nak kene simpan markah budak-budak selama setaun 3 bulan untuk final year ni kan. kejap je kot drpd nak kene simpan details perilaku manusia hari-hari n bagi markah untuk kesetiap satunya haha

Aku tanya sorang ustat berkenaan isu ni. Oh, bukan isu pun, merepek je hahaha.
Ntah die jawab mudah je. Tuhan sayang kat makhluk dia dan suka nak memperlihatkan kehebatan Die kat hamba-hambanya supaya hamba-hamba yang dipilih dapat peluang untuk kenal diri Dia. tiba-tiba tak semena-mena die baca ayat quran

..................

(45:3-6)


Then ustat tu sambung lagi tanya amacam ko tak rasa apa apa lagi ek? then die sambung lagi baca

..................

(45:7-8)


Ustat tu buat muka konon-konon cool gila then cakap,
Amacam, nak sombong lagi?

Tuesday, 2 February 2010

Majlis Appresiasi Graduan 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
jom ramai-ramai kasi meriah!











insyaallah jumpa di sana ok!

Monday, 1 February 2010

Monday, 18 January 2010

Tindak balas kimia budak-budak kecik dan orang besar

Budak-budak, kalau beza usia lebih setengah dekad dengan si abang dan si kakak nya, tidak banyak benda yang boleh dipersembangkan dengan rancak untuk ngam sama-sama. yg si abang mungkin lebih fokus dengan masalah politik serantau dan tak nak amek port benda-benda remeh. misalnya dalam masa yang terdekat ini, ada pilihan raya kecil kat mana pulak lah kan.
Tolonglah, adik itu akan struggle gila kot untuk mentelaah malaysiakini.com takpun news of the world untuk mencari bahan sembang menarik minat yg si abang. susah. lagipun mana ada budak-budak yang rancangan televisyen yang dia suka buletin utama ataupun berita dunia jam 10 oleh farid ismeth emir?
tak semua budak kecik berjiwa perjuangan mcm saidina ali


Kalau ada pun, mungkin boleh berbual sedikit topik bola, itu pun jika passion sama-sama. kalau tak, jgn harap. mungkin boleh jadi gaduh dan putus saudara


Yang si kakak pulak, kalau lebih berminat dengan fesyen-fesyen terkini habis tu mcm mana yg si adik nak pura-pura minat jugak sedangkan pegi sekolah pakai tali pinggang besar sikit dari hidung sendiri pun dah kena sound dengan autoriti(baca, pengawas sebaya, bukan guru disiplin pun, haha). Kalau si kakak minat baca buku masak dan cuba resipi baru, jgn nak harap adik komfem mengikut. alah sedangkan untuk budak-budak perempuan remaja 20 tahun ke atas masuk dapur tu pun dah kira big thing, apatah lagi budak-budak. Jadi untuk ada kimia(chemistry) sama sama bila bersembang, memang susah.


Kalau adik-adik jenis aktif yg suka bercerita hal sekolah pun dan yg suka bergossip pasal couple di sekolah dia itu ini budak ni suka kat budak ni budak ni suka lepas tu confess tapi dah kena rejek,pun, si abang pun akan mencebik sambil ckp dalam hati alah, budak-budak pun nak menggatal ke?


Kalau adik-adik jenis pasif pun, tak banyak yang si abang ada buat intro sembang. contohnya, ok ke sekolah tadi? tahun lepas kamu periksa dapat nombor berapa? ramai tak kawan-kawan sekolah? ok tak diorang? ada yg cun tak abang nak kenal he he he


Tapi, rupanya ada topik yang success rate untuk ada kimia nya 100%, iaitu, si adik-adik menggosip si abang/kakak. trust me, si abang/kakak akan tersipu-sipu bila diusik dan tidak pernah akan menganggap adik-adik ni budak-budak bila itu yg jadi bahan sembang. tapi, it doesnt work the opposite ok. yer, memang tak adil


contohnya, sorry, aku terpaksa amek skrip KCB 2. last-last. *janji*. hahaha.bila mana si adik kecik mas azam(Liya) mengusik si abangnya dengan eliana artis berjilbab tuh.hahahah:


Eliana: ... tapi sebenarnya aku sengaja dtg sini lebih awal kerna dia kurindukan...(mula mengorat)
Liya: sapa yuUuuuu..? (adik mas azam mengusik, sweet gile)
Eliana: ... dia laa.. (jeling2 kat mas azzam. nakal gile) beberapa waktu yg lalu aku ada rasa yg tak enak bangat, yg ku bayangkn mukanya mas azzam (konon2 tunjuk sweet la). ternyata ada kejadian seperti ini (eksiden- gile aa ayat mengorat)
Liya: Sebenarnya.. mbak El mencintai mas azzam atau ndak siii? (korek lagi, usik lagi)
Eliana: hehehe.. sejak di aleksendria, mas azzam dgn tegas menolak ciuman dari aku, nah dari situ aku sedar kakakmu itu seorang yg punyai karaktur dn pendirian, ya sejak itu aku mula mencintainya. tp aku ginsi (?) utk nyampaikn padanya.. ehe.. (ceh, mengorat depan2 tu...)
Liya: Setelah kecelakaan ini apa Mbak El masih suka padanya...? (mengusik lagi)
Eliana: Kecelakaan ini bukan hal yg istimewa, nanti juga pasti sembuh seperti sediakala. kelukaan fisik itu tidak berubah kalau dicintai di hatinya..tapi kalau kecelakaan moral seperti zina dan obat, ya itu bisa menghilangkn cinta... sampai sekarang, perasaanku masih serupa(Muka bangga dpat bagi ayat power)
Liya: Sayang, Mbak El sudah terlambat...!
Eliana: Maksud mu?(kepelikan.)
Aliya: Mas azzam sudah punya tunangan...! (selamba ayam aje)
Eliana: (malu2) emmmMMpphhh... kalau gitu, mungkin belum jodoh kali... (kecewa)

(courtesy untuk mas haikal yang salin balik skrip sebab dia mmg dah takda keje lain lepas abes exam mbbch. hahah)

tgk, nampak tak bagaimana sukses nya? sampaikan tak timbul masalah diskriminasi umur pun dalam perbualan ini.

aku dah kata, budak-budak zaman sekarang, kalau bergossip, kalah makcik-makcik kat dapur. bila diorang dah makcik nanti mcm mana lah gayanya. nasib baik Aliya cun(orang kata la, aku menaqalkan je. hahaha)

Saturday, 16 January 2010

Ketika Cinta Bertasbih 2 : Bukan sebuah review filem

Dalam apa saja love story yang dok diperdendangkan kat mana-mana, mesejnya hanya ada satu, iaitu diorang-diorang ni, tak kira susah mcm mana pun n rintangan mcm mana besar pun yg terpaksa nak go through, 'they are meant to be together'

misalnya macam dalam cerita ni, konon-kononnya dulu pernah ada insiden menyebabkan diorang bertegur sapa dalam bas. 'anta min indonesia?'(awak dr indonesia?), jadi bila malam pertama bila masing-masing saling nak ulang balik phrase mula-mula saling bercakap, owh nampak sweet jugak ke? hahaha

mcm tu lah cerita-cerita cinta yang lain, bila alhamdulillah dah selamat kawen tu mula lah dok nak mengimbau balik phrase2 zaman masa mula kenal sebagai saya, dan awak, ataupun mungkin yg si perempuan tiba-tiba confess sudah lama minat dekat yang si dia ni pulak dahh rupa-rupanya, tak impossible kan? i mean it happens kan?
macam act-act yang mcm ni mcm dpt dikaitkan oh indahnya takdir yang tuhan dah rancang untuk diorang tu kan?(sweet?)

or otherwise samalah jugak yang dah nak dirancang kawen tapi tgk tup tup kawen dengan orang lain yang tah datang dr mana-mana pulak(ini in case tunang azam yg kawen ngan ustat dr syria sebab dipaksa mak sendiri. 'bekas bakal mak mertua' azam tak sanggup nak tunggu azam recover dr fracture kat femur? tibia? haih

hahaha, rilek-rilek, aku bukan nak bagi review or nak ulas mende pun, saja boring-boring jadi menulis lah

so, dr cerita ni, aku just pelik apa mesej yg nak disampaikan pasal konon-kononnya polis mesir diblackmail oleh grup otai awek dr israel sampai boleh paksa medical team untuk keluarkan false medical report pasal orang yg tak berdosa(furqan) tuh? okla fine, ujian tu ada di mana-mana, org yg baik pun, siap master mumtaz tuh, wow! tak semestinya tak diuji pun kan. rite rite

tapi cerita ni mengingatkan aku dekat filem butterfly effect yg bawak idea hanya dengan kibasan dr kepak butterfly pun boleh bawak taufan kat tempat lain, means dari kecik-kecik benda pun boleh bagi impak/perubahan yang sangat besar, even melibatkan takdir dan soal jodoh orang lain pulak kan?

i mean kalau furqan tak ada contact dgn minah israel tu sampai minah tu ajak makan kat abou shakra, takdela sampai last-last die dpt medical report, takdela die terpaksa sampai cerai ngan anak atofunnisa', then takdelah susah-susah mas azam nak carik calon bini sana sini tak dpt, n takdelah mak die mati eksiden sebab on the way balik dr rumah pak kiai mintakkan pak kiai bacakan doa majlis nikah ngan orang lain tu n else, kan senang je kalau dr awal mas azam kawen ngan atofunnisa', kan masing-masing rupanya pernah meyimpan perasaan, tapi biasalah, cerita kalau takda twist or perjalanan menuju kebahagiaan tu takda challenge langsung, mungkin 2 minit dah habis kan. owh betul jugak sorry2 hahaha. aku just nak tunjukkan dr sekecik-kecik benda boleh bagi efek ke ramai orang sampai ubah semua takdir

oh, memang bahagia kan jadik orang baik, thiqah, orang perempuan nampak charming, jadi tak susah-susah bapak orang nak ajak buat menantu aje, isteri org siap simpan perasaan lagi. apa ni? or awek hot(artis) sendiri offer diri sendiri n terang-terang cakap berminat. jom jadi mcm ni jom!(dah terlambat, hahah!)
tapi die cerita ni fair jugak kat orang yg tak berapa baik dan charming sebegitu mcm aku sebab mesej die, tgk , sape kata senang? azam susah je? so, at least takdelah merasa loser sangat kan?hahaha

so, aku pilih 3 lines favourite aku dalam cerita ni,

1)KCB 2: "Jika tiduran selepas Subuh, rezeki akan kehilangan dipatuk ayYam!"
-ni apa, mak dia memang saja buat lawak ke memang ada falsafah ni kat masyarakat indonesia?

2)KCB 2."... walau apa2pon, lulusan di sana sudah ada nilai plus, kerana pengajian di sana (mesir) itu lebih sistematik..."
-for some internal affair reason, aku berani jamin ah, sume malaysian student in egypt mesti tergelak terbahak-bahak yg komfem bukan dibuat-buat punya bila mendengar statement ini. wahahaha

3)KCB 2: kalau macam tu, kita solat dulu ya, lepas itu... lepas itu...(sambil tersengih2 malu tapi mau)
-aku tanak elaborate panjang-panjang yang ini

ok, satu lagi bile aku dengar OST soundtrack cerita ini, baru aku tau yang palpitation(awareness of the heart beat) tu rupanya kembang kempis dadaku mengikut cara orang indonesia describe. hahah!!






p/s 1:perasan tak, takda awek yang tak cun pun dalam cerita ni. hebat. indonesia boleh!

p/s 2: lepas habis tulis blog ni, aku terus listkan barang-barang yg diperlukan untuk mcm mana nak buat tempe dan Bakso cinta. jom!

Tuesday, 12 January 2010

Sebuah kisah klasik pakcik Samir

7 tahun dulu


Bangun pagi berbekalkan sesuap fava beans(makanan ruji org mesir), pukul 10 pg pun dia dah berlengging sorang-sorang sampaikan orang-orang yang lalu lalang boring gila menengoknya.
Dia bukan jadik model tercongok dalam filem-filem omputih tu, tapi keje kontrak mcm ni memang kalau musim panas tak bukak baju memang tak sah jugak lah kan. *panas*


Jam di tangan menunjukkan pukul 8 malam.
So, dengan penuh perasaan puas hati, Pakcik Samir tersengih sorang-sorang melihatkan rumah kayunya yang sudah siap setelah membayar kos bahan-bahan untuk membinanya. Harganya? dengan peluh dari sweat gland sendiri. 5 tahun kumpul duit beb!


Pakcik Samir bersyukur sangat-sangat sebab walaupun dia tau tak banyak mana pun dia dapat tapi kalau syukur mcm tu nanti besok-besok Tuhan akan tambah lagi nikmat,


pakcik Samir pun tutup mata ‘extrapyramidally’ sebab memang die ngantuk betul-betul pun, tak payah nak paksa-paksa. Gila apa kalau seharian dah penat malam tiba-tiba tak boleh tido plak, seksa gila macam tu. Yang Pakcik Samir tau, besok dia kena bangun awal nak siapkan rumah Pakcik Gamal pulak. Dateline dah nak dekat. Sebelum tido, sempat lagi buat mata drooling memikirkan habuan yang akan didapati dr kontrak yang ini dan apa ye nak dibuat dgn habuan tu? Beli kete? Eh eh pakcik nama je pakcik tapi tak kawen pun nak bawak siapa nanti dlm kereta, He He He He


Pak Cik Samir tertidur dengan senyum seribu makna, sambil pesan kat malaikat mintak tolong kejut subuh besok, sebab memang takda siapa nak kejut dia pun.


Besoknya Pakcik Samir seperti biasa tidak terlepas dr menjadi ahli persatuan ma’mum tetap 30 orang solat subuh masjid Nur. Mesyuaratnya, hari-hari. Kemudian selepas Pakcik Samir bajet-bajet dia dah memulakan hari dengan menemui Tuhannya sebab die bajet jugak satu hari nanti dia akan balik pada Tuhannya, Pakcik Samir menapak lah ke rumah Pak Cik Gamal dan pagi-pagi lagi dia dah mengetuk sana-sini. Takpe ke buat bising? Alah, bunyi hon kete pagi pagi lagi bising nak kesah apa kata Pak Cik Samir.


Siapa kata Pak Cik Samir tak pernah penat? Alah, ni tgh penat la ni apa. Tapi Pakcik Samir pedulikkan ajer, sebab dari kecik memang dah jadi mcm ni.
Tapi aku(narrator) rasa kehebatan manusia ada limit nya, pasal pada hari bersejarah macam ni, sedang Pak cik Samir membebankan diri sendiri membawak beberapa ketul batu blok, tiba-tiba pandangannya mcm kabur, batu dilepaskan.


sebab dia meniti di pinggir atas tingkat 2 bangunan yang sedang diusahakan, Pak Cik Samir jatuh ke belakang, itu maknanya Pak cik Samir sekaligus jatuh dari tingkat 2



Samir!!!!

**************************


Pak Cik Samir bangun-bangun je tanya kat mana ni? Satu, mungkin pakcik Samir impaired consciousness level, 2, sebab tidak berduit, Pakcik Samir memang tak pernah pergi hospital pun untuk cam keadaan dlm wad ini. Nak buat apa buang-buang duit katanya. 'Tuhan kan ada?'



(cerita akan disambung selepas berita. takpe. itu pun kalau kau orang nak tau sambungan nye lah kan? tak nak tau takpa, tak paksa pun. Lol)



p/s:cerita dalam ini tidak ada kaitan dengan Samir Nasri pun, sebab dia banyak duit, bini mcm model siap. gambar di sini

Saturday, 7 November 2009

Maaf, entri mode perasan luar tabi'e

I


Blog ini telah ditutup lebih dari 2 bulan. Tidak ada alasan.

Jika ada kawan-kawan yang menaip http://harapanbanjar.blogspot.com lantas kecewa kerana tidak dapat masuk, maafkanlah.
Jika ada yang sakit mata kerana memandang bookmark blog ini dlm blog sendiri yang masih tidak bertukar2 header 'isu H1N1, bla bla bla..', macam waruk misalnya, juga maafkanlah.
Jika ada yang mahu promote kepada kawan-kawan pasal blog ini kemudian semasa forward address kpd kawan-kawan, tapi eh tak bleh bukak la.. apa ko promote ni? mesti malu kan? MAAF.
Jika ada yang masa sibuk2 penamaan calon blog award perubatan tempoh hari ada terfikir untuk mencalonkan harapan banjar tetapi rupanya tidak valid dan tidak menepati terms and regulations kerana blog ini tidak dibuka kepada umum. oh our loss! hehehe
Jika ada yang merindu, takpe, kan dah bukak balik ni. lol

ok, last last, Jika ada yang menyampah sebab entri baru ini, aku pelik-pelik pulak hari ini dengan mode perasan luar tabi'e. Jadi, maafkanlah. Aku harap hati korang selembut hati arab yang bila kita cakap ma'lish(sorry) terus macam nak cair. Sila jangan jadi trait arab yang keras hati dengan bertanya lagi: 'Ma'lish eih?'(apa sorry-sorry??)



II


Well, alhamdulillah, aku dah naik tahun yang ada dr-dr kata, (sanah illi mafish waqt li yunsa) tahun-yang-tidak-ada-masa-untuk lupa.T____T padahal kalau banyak benda masih tak tau, nak lupa macam mana?
I mean how can we forget the memory that is not there? that is not amnesia. Delusion, perhaps.hahaha

Jadi yelah dah macam2 lecturer kita jumpa, dah macam-macam gaya ada. Tapi kan, ada satu gaya pengajaran yang memang tak lari dr egyptian culture..

Benda ni sudah diobserve lama, tapi baru skarang rasa nak share.
Aku tak tahu course-course lain mcm mana, tapi medic nih sebab mcm suma menda pun nak kena ada explaination. so tak pelik lah kalau dalam kelas asek nak tanya apsal camni camni camni, then lecturer akan cakap sebab bla bla bla

misalnya masa kelas dr. Ashraf Zaki yang sampai beratur kat jalan orang nak masuk kelas die(die exaggerate, aku quote je,LOL).
Contohnya dia tanya kat budak-budak ni: Apahal VSD tak sebabkan right ventricular enlargement except during late stage?

......budak-budak ternganga sambil fikir apasal ah dalam hati.......

then dia pun kata: 'Sollu a'lannabiy ba'a' (jom kita selawat ke atas nabi dulu)

......budak-budak pun selawat kuat-kuat, yg pakai tudung, purdah, yg tak, yg pakai baju seksi, ketat, suma selawat..

'alashan, bla bla bla........' (sebab, bla bla bla....)

Well, mungkin kerana ini tahun yang tidak patut kita ada masa untuk lupa, mungkin dengan culture diorang sebegitu yang mana aku tak jumpa kat malaysia, dengan berkat selawat ke atas nabi, otak-otak beku yang benda susah nak melekat boleh jadi cair, not only seeing, but keeping.



p/s:sorry, sedikit medic jargon. haha. nanti aku belanja. jgn marah-marah.

Friday, 14 August 2009

Cara bisnes secara subtle yang berlindung bawah nama kesihatan(H1N1)

Sebab prevention is compulsory/better than cure bila jadinya wabak-wabak yang jadi national threat sebegini, janganlah u all selfish sgt.

Maksud saya kalau u all ada ILI(Influenza Like Illness), dan u all bernasib baik kerana mungkin akan berjaya survive tanpa perlu amek antiviral pun sebab immuniti u all yg superb tu pon. tapi still u all boleh menyebarkan virus ni kat orang-orang yang ada chronic morbidities yg mana mungkin mereka akan mati sebab u all.

Tak takut ke? Memang lah panas pakai mask, tapi kat neraka lagi panas kot?


Sebab itu, sudahkah anda mendapatkan mask untuk anda dan keluarga anda di store yang berhampiran?



Jadi, berita baik untuk mereka yang buntu di mana hendak mendapatkan mask ini.
Dia bukan sahaja boleh didapatkan di guardian, watson, mydin, mahupun klinik-klinik dr.Rosli yang berhampiran, tapi gerai-gerai di uptown juga ada menjual.

Cuma mungkin yang lebih istimewa harga universal RM 1 boleh ditawar atas budi bicara.
Mereka(org kelantan) memang celik bisnes dan peka terhadap keperluan semasa.


Saya tidak mengeluarkan ayat berbau racist, tapi memang yang jual semua memang berasal dari kelantan pun.
Selain mereka peka, mereka memang sumber 'pemacu' ekonomi Malaysia. hehe



p/s: kenapa orang-orang dulu-dulu, asal anak nama Rosli je memang ada harapan cerah untuk bukak klinik?

Thursday, 13 August 2009

Mentaliti pun ada trait

I


Nak tau mentaliti orang kita yang bagaimana?

Bukan nak cerita pasal jagung tu.
Tapi yang di kanan itu MPV malaysia yang bernama EXORA. Jadi orang malaysia kalau bentuk seolah-olah macam keluaran luar akan dikatanya 'AH TIRU'.
Tapi kalau tidak ada unsur luar yang mana-mana dia akan kata 'ah TAK LAWA LAH. Avanza atau Grand Livina lagi lawa. Takpon lagi terbaik Caldina'



II


Akibat kecewa dengan jalan yang kelihatan sama tidak kira di KM berapa. kita singgah sebentar di gerai jagung manis kerana dok teringat-ingat rasanya.

Kita(orang malaysia) memilih untuk menghargai jagung ini dan oleh itu kita letakkan satu menu terbaik untuk mengangkat tinggi nilainya.
Bagaimana? jagung manis yang simple bahan-bahannya tapi lengkap rasanya dengan manis-rasa jagung itu sendiri, rasa lemak-garam secukup rasa, mentega dan mayonis beberapa sudu tidak dilupa.

Tapi tidak bermakna kita buat begini untuk tunjuk kita hargai, orang lain akan buat benda yang sama.

Sebab kalau orang Iran diorang tambah dalam senarai komposisi bahan dua benda yang merosakkan rasa. 1-serbuk daun pudina, dan 2-shattah(serbuk cili hijau dan merah) yang buat celaru rasa dan mungkin kalau yg sedang merasa mahu uwekk2 setiap masa.
Kenapa diorang buat mcm tu?

Kita memilih untuk menghargai sesuatu itu dengan sejujurnya. Jadi bila jadi begini kita kecewa bila mereka tidak reti menghargai sebegitu.
Ataupun sebenarnya cara mereka(cara menghargai) lain, tapi kita yang bermasalah kerana tak dapat terima?

Wednesday, 12 August 2009

Zemalaman di Zate Kajang Haji Zamuri



Ini sebuah entri peribadi kerana penulis(B.S) yang mana beliau mendedahkan rahsia memalukan diri sendiri yang tidak pernah makan sate Haji Samuri semenjak 23 tahun beliau telah hidup di Malaysia.Oh!



BS merasakan Haji Samuri sungguh tamak sekali apabila membeli kesemua gerai-gerai sate lain di medan selera ini dan rebrand setiap gerai itu di bawah perusahaanya. Mungkin inilah yang dinamakan rahsia kejayaan. Nak berjaya mesti kiasu!



BS teramat berdukacita kerana akibat perpindahan kilang, BS tidak dapat makan sate perut makcik *****. ish3



Siapa sangka budak kecil di dalam gambar berikut akhirnya memiliki franchise dan cawangan sate di merata-rata sekarang ini(lebih dari 20 cawangan). Rezeki orang itu tuhan yang mentakdirkan. BS pun tidak pernah akan sangka!



Di beca inilah dikhabarkan haji Samuri bawa barangan perniagannya di jalanan dulu-dulu



Walaupun ini namanya muzium sate samuri, BS kekurangan info untuk berkongsi kerana kurangnya maklumat teliti dari pihak muzium sendiri.
Pihak kurator muzium sepatutnya meningkatkan kualiti maklumat2 sejarah bermanfaat untuk pihak yang berminat untuk mengambil tahu contohnya BS sendiri.



Ada sumber lisan yang memberitahu di periuk(kiri sekali) ini lah dulunya haji samuri menghancurkan kacang tanah untuk dibuat sambal kacang. Maaf lagi sekali. BS kekurangan sumber info. Segala kesulitan amatlah BS kesali.



BS tersenyum puas kerana merasa amat terharu kerana tuhan masih memberi peluang kepada diri ini untuk merasa nikmat dunia yang dikenali ramai ini sampai mustahil kalau tidak pernah merasanya. walaupun sama saja sate di mana-mana sebenarnya. Sejujurnya tidak adalah apa yang jauh bezanya.



BS bersama rakan meletakkan sate di mulut sebagai bukti hari bersejarah BS makan sate samuri untuk kali pertama seumur hidup. Lagipun beliau tidak mahu dituduh 'hanya poser'.





p/s:BS adalah nama pena penulis. (bujang sudin). namun begitu ini adalah entri terakhir penulis menggunakan nama pena sebegini di dalam entri sebab BS sendiri merasa cara begini tidak sesuai. Orang lain nak pakai contohnya WS, PS, QS mahupun RS. silalah. BS tidak sepoyo itu lagipun. hahahahahaha




Sunday, 9 August 2009

Ayuh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Costa Coffee!

Setiap syarikat ada polisi sendiri.
Tapi kadang-kadang polisi itu kelihatan sungguh keji:

Beli minuman, MESTI beli cake skali.

eh sedangkan kadang-kadang kami nak beli salah satu saja. so eh eh apa paksa-paksa ni?





Tidak kira betapa tinggi rasa sesuatu itu dan betapa berbaloi dia dikhabarkan...


Tetapi kalau dah dipaksa-paksa untuk merasa ketinggian nilai sesuatu itu. siapa yang tak tawar hati?

Jadi bagaimana kalau tawar hati tetapi kadang-kadang teringin kerana merindu tetapi tidak mahu lah, kerana ego?(tidak bertempat)

-caramel cheesecake dipped in garnache(costa coffee's)-




jadi mungkin buat sendiri boleh menjadi satu solusi?
Go home made go!
-cheese cake caramel buat sendiri-

Wednesday, 5 August 2009

Sehari selepas demo bantah ISA kita dah boleh nampak hasilnya

Eh meriah majlis kahwinnye ye bang? Besar-besaran pulak tu.





Agak-agaknye dapat banyak RM ke pasal tolong recruit budak-budak sekolah join kumpulan pro-ISA haritu kasi kacau anti ISA?

Taklah mana ada kita tuduh kita tanya aje heheheee..

Saturday, 1 August 2009

Sepetang berjama' Qasar di RnR pilihan hati mengembalikan nostalgia mula-mula nak meninggalkan Malaysia dulu-dulu

Memang lumrah manusia untuk ada preferences.
Contohnya macam zaman sekolah dulu mesti nak pegi yang toilet satu ni. Bukan mengada-ngada tapi bila pergi toilet lain tiba-tiba macam tak berapa nak selera. hahahaha. Macam tu lah

Jadi R n R pilihan sejak dari dulu lagi rasanya R n R Dengkil yang satu ini . untuk sembahyang sebelum sampai atau selepas pulang dari KLIA, untuk berbuka kalau nak pegi airport tiba-tiba dah masuk maghrib, takpon nak pergi berfoya-foya tapi rupanya tak sembahyang zohor lagi kot-kot nauzubillah tengah jalan eksiden boleh mati tak sembahyang lagi nak jawab kat depan Tuhan nanti macam mana?

Jadi R n R pilihan sejak dari dulu lagi rasanya R n R Dengkil yang satu ini


Siapa yang tak gembira berlari-lari untuk bertemu tuhannya kalau jalan masuk ke masjid pon sophisticated bak jalan ke taman syurga?



Sekali lagi tema 'open air' bagai tidak mahu memisahkan pembangunan dengan alam, sekaligus hubungan antara penciptanya makin kukuh. Pandai, pandai.



Kreatif:Siapa-siapa curik sejadah ni nanti tidak boleh lah bagi alasan macam ni:"PLUS tak cakap apa-apa pon, mana saya tahu dia tak bagi ambil"



Larangan cliche dalam setiap masjid.
Tapi memang lumrah rasanya akan tidur nyenyak di dalam masjid. Tak mengaku? Dulu kat surau sekolah pun macam tu rasanya.



Tapi why oh why yang satu ini : Kalau tak nampak, itu tanda dilarang membuang air kecil/Please do not urinate here.
Aku suspect samada yang pasang tanda ini bangla, atau bangla itu tersalah mengikut arahan asal supaya pasang tanda ni kat tempat wudhu' bawah itu.
Tak kisah lah, yang penting bukan di pokok-pokok kecil atas tu. sebab dia kata 'here'.

Sebab struggle gila kot nak panjat atas tu dan kencing di situ?

Thursday, 30 July 2009

Plaza Alam Sentral

Eh. Rupanya sekarang ni bukan manusia je boleh perasan.

Mall pon boleh begitu jugak.





Tapi dalam dia malu-malu sebab bila kita nak amek dia asek bergerak-gerak, (yelah ni kan pintu mall) kita maafkan keperasanan dia,

itu pon sebab berkat mengambil acronim huruf pangkal dia.

sepertimana quote yang mahfuz cakap kat markaz belakang semalam:

al islam a'la wala yu'la aleik
(islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari nya)

kalau perasan pon tak apa. hahahaha



p/s: lepas ni buat entri-entri pendek saja sebab rupanya kat mesia lagi banyak bende yg lebih best yang boleh dibuat selain menghadap tenet. woho!

motif manusia zaman sekarang?

Zaman sekarang dah tak payah pakai baju brand terkenal tapi tak cliche mcm Paco Rabanne atau Banana Republic lagi untuk nampak poket berisi.
Lagipun uptown mahupun downtown dah banyak gila jual barang-barang macam tu.



Pakai je jubah jenama al-Haramain sudah.
Paling Up sket pon alter collar jadi macam tinggi sikit, cukup.



Jadi mungkin lepas ni aku akan pakai jubah macam ni sambil mengaku kat semua orang ana lissa mabijawiz (saya single, dlm cakap arab la tapi)

ana haalaan ma 'andi hajah walakin ana lissa fi tarek nefsi andi manzil fel nakhlah jumeirah (now memang saya takda, tapi tengah-tengah nak berkira untuk own property kat palm jumeirah)


zaman sekarang motive orang berduit atau carik duit ultimatenya satu dan dah lain macam gila dan konsep belajar begini diterangkan dalam subjek psychology, tapi cedokan dr barat.


tak boleh cerita di sini sebab yang baca blog ini bukan budak budak atas 18 tahun saja.

Tuesday, 28 July 2009

Mengambil berkat musim panas dengan harapan entri 'terkena' berkat teriknya mentari





Ini merupakan entri 'response' terhadap entri petaijeruk yang bertajuk 'adab-adab menziarahi pesakit'.



Sejujurnya aku melawat aman dan eckm tidaklah sekerap mana sepertimana rata-rata gen6 kerana obviously ukhuwwah mereka adalah lebih 'padu'.
Tidak payah memberi alasan bagai kerana macam mana pon, kita seharusnya 'spare' kan masa untuk mereka


Jadi setelah menafsir sedalam-dalam entri petaijeruk ini dan menghadamkan adab-adab tambahan ini, aku mula bercadang-cadang untuk mengamalkannya di masa yang akan datang.


Kalau begitu, oh padanlah aku hanya berbaju biasa sahaja semasa melawat mereka.


sebab aku tidak bawa sumbangan yang aku kutip dari mana-mana pon untuk tunjuk yang aku prihatin, selain aku bukan lah 'siapa-siapa'.

Jazahumullahu Khairan Kathira. Jaza humullah Khairal Jaza'(sebaik-baik balasan?)



Jadi selepas ini, mungkin aku patut pakai begini:

dan nanti kalau orang tanya eh lawa baju batik, dari mana yer?

mungkin aku akan jawab begini: 'adela....'(sambil tersenyum sopan)





p/s 1:Oh aku baru belajar yang beritahu yang kita prihatin adalah satu cara mempamerkan ukhuwah.

p/s 2:semasa ini tidak berani langsung untuk bergambar dengan eckm, lagipun buat apa. tapi dengar katanya eckm sudah semakin ok sedikit sejak duduk di bawah observation di HKL. Syafahullah...

p/s 3:selamat pengantin baru untuk Irfan. semoga segalanya diberkati.=)

Tuesday, 21 July 2009

Percubaan menapis Gossip




I

Kalau kita main game telefon rosak kita akan tahu betapa 'flaw'nya sumber maklumat/info bila dia datang dari sumber lisan
contohnya dalam line ini ada 10 orang.
org yg pertama diberitahu oleh si polan-selaku sumber lisan primer mengenai makcik sekian-sekian masuk hospital sebab eksiden. banyak bahagian yg tercedera macam kaki dan tangan misalnya. cedera di bahagian kaki lebih teruk katanya
tup tup sampai kat orang yang kelima oh rupanya kaki nya dah dipotong sebelah sebab nak elakkan sepsis sebab katanya lambat admit ke hospital
ultimatenya sampai kat orang terakhir sedar-sedar kita dapat berita oh makcik ni dah meninggal sebab hospital lambat bertindak. innalillah.

Walhal makcik itu masih sihat walafiat dan hanya trauma sahaja.
sampai mustahil gila kalau dia develop PTSD.





II

Faizal Tahir ada banyak gila gossip, tapi sebab aku tak suka gossip murahan
Dulu aku pernah dengar satu gossip ekslusif pasal Kenapa Faizal Tahir keluar dari mirwana?

Masa itu thanks to media-media yang sangat pandai sehingga membuatkan org pandang serong dia kononnya dah jadi makin teruk. selama ini bernasyid hanyalah hipokrit nak dapat populariti sahaja. bukanlah di jalan dakwah yang utamanya.
Yang lagi teruk org kata dia memang buat mirwana jadi platform, bila dah rasa konfiden tu yang tinggalkan mirwana n join pulak OIAM. orang tafsir macam-macam katanya dia nipis iman bila nampak pertandingan yang ganjarannya sejuta kalau menang, sebab tu terus ah selambe lah tinggalkan mirwana.
Yang memang kaki nasyid, percaya bulat-bulat dan walaupun sebelum ni mengaku vokal dia paling sedap dalam mirwana, tiba-tiba terus jadi tak suka.
dan lagi trivia bila dia mcm bila orang tanya pasal isu keluar dari mirwana ni, no komen saja kot. memang dia tak nak cakap apa-apa. paling up pun dia akan kata jiwanya dalam rock jadi rasa bersalah sebab mcm tipu diri sendiri bila masih dalam mirwana.

sumber primer dalam versi gossip yang aku terima ini pula budak maahad hamidiah kajang.

Katanya sebenarnya dia(F.T.) bukan saja-saja tinggalkan mirwana.

Tambah mereka lagi member of the board dalam mirwana sendiri yang bangkitkan isu yang dia(F.T) bukan budak sekolah maahad hamidiah. Jadi oleh sebab tak genuine dan sebab sekolah ini claim mirwana adalah 'LEGACY' sekolah mereka jadi kenapa nak ada orang yg bukan dari kalangan mereka dalam team ini?
walaupun, hello, org yang banyak berjasa meningkatkan kualiti lagu-lagu mirwana start dari album HIkmah Kembara adalah Faizal tahir sendiri yang jadi penyumbang utama de facto nya
tapi kononnya for the sake of purifying legacy mereka itu dari anasir2 orang luar. kita usir saja dia dari band ini. jasa-jasa dia(member of the board) kita tutup mata saja.

Dan yang menariknya dalam versi cerita ini, faizal tahir yang sememangnya tidak ada komen apa-apa setelah keluar dari band ini, digambarkan berhati mulia sebab tidak pernah bangkitkan isu ini sebab tak mahu benda ni jadi lagi kecoh, nanti pecah tembelang rupanya org-org mirwana ni busuk lah jugak. i mean they all tampilkan diri macam nak bawak dakwah cara kontemporari, tapi bab-bab legacy ini alahai berkira lah pulak. wtfun.

Aku tidak tahu cerita ini sahih atau tak sebab kalau kita dengar cerita dari sebelah pihak, memang nampak silapnya semua dekat pihak yang satu lagi, jadi impaired gila judgement yang sebegitu. Lagipun kita takkan tahu kebenaran kecuali lah pihak-[ihak yang terlibat. Kalau kita sanggup bersabar tunggulah dekat padang mahsyar nanti. masalahnya dekat padang mahsyar nanti kita akan sebok dengan diri sendiri sahaja. pegi mampus lah mirwana dengan faizal tahir masa tu. hahaha

Jadi apa kata kalau ada pencinta kebenaran dan tidak mahu manusia saling berburuk sangka dan betul-betul tahu cerita. cerita kat aku?

sebab 'Penjelasan adalah satu benda yang crucial agar semua orang boleh saling hidup dengan aman'




III

Bencinta-lagu faizal tahir yang baru.saja letak sebab vocal bes. lagu catchy boleh tahan.

naluri manusia yang suka membetulkan aku mula-mula ingatkan lagu ni typo. supposed to be spelled bercinta. oh bila dah dengar rupanya benci+cinta. hahaha.
manusia, bila dia rasa dia dah pandai tapi kalau tak buat homework nanti lama-lama dia akan malu sendiri. hahaha. saat kita rasa kita tahu semua benda, saat itu lah kita mula menghancurkan diri sendiri dengan membiarkan kejahilan datang menjelma. eh tetibe je ni? woho


Lagu ni cerita pasal cinta kononnya-tengok lirik dia:

B
Sakitnya aku
G#m
Membenci kamu
E F#
Sakit lagi mencintai mu
B
Dan aku pergi
G#m
Tapi kembali
E F#
Benci aku mencintai diri mu
(amek kau dengan chord sekali, woho)




Orang-orang kuat bercinta selalu berkata, kita hanya mampu merancang, selebihnya takdir menentukan.

Padanlah orang-orang kuat bercinta memang loser.


HAHAHA


Tuesday, 14 July 2009

Kerana Gambar boleh Berbicara dengan Seribu Kata-kata






Aku tidak ada mood untuk apa-apa sekarang ini. Namun itu tak bermakna aku 'moody'.




Kalau hidup kita kelam macam malam yang suram,
ayuh kita corakkan dengan tanglung-tanglung yang punya percikan warna -warna garang,
jangan digelapkan lagi dengan warna-warna pudar yang tidak terang.




Rasa tertanya-tanya membuatkan kita tidak selesa walaupun kita bukannya boleh buat apa-apa pun jika kita rasa kita tak punya apa-apa,
tapi sebenarnya kita masih mampu meminta pada Dia.

Tapi rasa begini membuatkan kita rasa seperti digantung tidak bertali.
Perasaan ini membuatkan kita rasa lebih rendah dari tanglung ini.
Sebab dia sekurang-kurangnya ada pengikat, bertali.
Sebab dia lumrah, sepanjang hayat kita tidak terlepas untuk ada
rasa yang begini.




Esok asalnya aku ada temu janji dengan cinta lain pada pukul 7-8, tapi tiba-tiba bila Bob call aku dan memberi khabaran yang cinta yang telah lama hilang(long lost love?lol)ku juga mahukan aku esok. Aku minta maaf awal-awal pada cinta lain.

Bila bila dan di mana akan aku utamakan cinta yang satu ini kerana dalam hidupku dia datang dulu. Dia memerlukan aku lagi-lagi.
Konon-kononnya orang kata cinta datang berkali-kali.
Tapi yang penting dia biar sedar ada wujudnya perkataan berbunyi begini : Prioriti.




Hidup yang sentiasa ditekan akan memaksa orang untuk maju ke hadapan,
hidup langsung tidak tertekan membuatkan orang menjadi WTFun?




4 tahun lepas aku jadi orang Kedah, kali ini aku akan jadi orang Melaka.

Aku tidak kisah jadi orang apa-apa, halimunan sekalipun, asalkan mereka bayar aku untuk bersama cintaku.
Yang penting aku tahu di mana sebenarnya letak duduk diriku.
Kiranya macam mana pun jauh di sudut hati aku masih orang Selangor seperti dulu.
Atau lebih dalam lagi aku fikir aku hanyalah orang Banjar sana seperti masa lalu.




Tuntuan semasa membuatkan tidak teragak-agak untuk memakai kopiah buat Khairy, atau sebenarnya mungkin dia baru lepas Solat berjemaah barangkali?




nota:tiada rasa yang lebih dari biasa untuk gambar lelaki berbaju kuning dalam gambar ketiga.

Monday, 13 July 2009

SMS separa masuk akal kerana sebab yang masuk akal



Pagi tadi terbunyi henset dengan sms dari encik Jiman yang sudah sah-sahlah ada MBBCH,
atau lebih tepat lagi, Dr. Jiman yang sedang posting di department medicine HKB.


Sebelum itu memohon maaf kerana mencapubkanbeliau di sini lagipun dia bukan lah baca blog aku pon.

Sms kelihatan begini:



Sobahal Ful
Betul katanya rindu, kalau tidak masakan greet dengan Sobahal Ful yang maksudnya 'Selamat Pagi' .
Ful itu bunga, jadi metaforanya mintaknya hari yang dimulakan pagi itu akan indah-indah belaka. Jadi dia guna cara orang-orang meser berkata-kata. Sobahal Ful, ringkas tapi padat.
Jangan kau kata sebenarnya itu ful kacang favism yang akibatkan G6PD itu pula. Malu lah. Tidak perlu diemphasizekan rindu sebab memang nampak yang itu.



Jalan-jalan meser yang bz.
Sebetulnya tidak apa yang perlu dirindukan kalau hanyalah kerana traffic yang hectic dan busy. Kita mahu suasana busy sebegitu di Malaysia?
Kita try Jalan kuching masa tengah hari, ataupun kita cuba ikut jalan balik ke Punchak Alam dari pukul 5 petang.
Atau kalau busy yang dimaksudkan boleh dimengertikan sekali bunyi hon, kita boleh lepak malam-malam di Subang Saujana tengok rempit yang terjal membunyikan hon sambil berlumba-lumba



Ta'miyah
Sejenis makanan ruji yang di mana-mana kau berlewaran di bumi sahara ni pon, pasti akan ada. Protein/intinya kacang, dihancur kemudian digoreng dengan minyak bahaya yang tipu lah kalau bukan TSFA. Carbohydratenya roti berbentuk poket, hasil kreativiti masyarakat meser yang menggelarkan diri mereka bangsa Arab. mungkin lebih hebat dari poket Doraemon.


Orang melesia pada pandang pertama mungkin memanggilnya roti arab, sebenarnya dia tak berdosa, nama dia boleh jadi Syami ataupun Baladi sahaja. sambung lagi Fibernya sayur2 hijau dan ada hirisan tomato dan dia ada kuah-kuah warna putih yang asalnya dari biji bijan,Tahinah namanya.


Tapi tidak perlu bayangkan dia sedap macam kuih Dorayaki sebab dia tidak begitu. lagipun siapa sahaja yang pernah rasa sebab itu kuih Dorayaki rasa apa ya?
Tak payah nak berbasa basi. Tak sedap pon. Kan senang.
cuma dia sebab jadi rezeki tuhan kalau bila dapat dimakan dan mengenyangkan perut walaupun tidak kena dengan tekak, jadi alhamdulillah saja. cuma rasanya taklah sedap mana sampai boleh merindu.


Katalah, kalau adalah org yang buat conspiracy ke atas aku, mereka struggle mendeprive diriku daripada makan Ta'miyah ini untuk 6 bulan.
oh rasanya aku tidak akan terefek dan akan masih LEBIH rindu kepada Kuih Telinga Keling buatan arwah nenekku.
aku tidak pandai untuk tipu diri sendiri. Sebab itu otakku dengan apa sebab pun tidak buleh terima bagaimana sampai buleh terindu Ta'miyah ini.
Kalaupun tidak kerana sentimental value sahaja, pastilah ada sebab udang di balik mana-mana


Jadi aku fikir, mungkin sebab bebanan kerja, ataupun tekanan dengan hidup yang demanding, menyebabkan Jiman tercakap perkara-perkara yang berlawanan dengan akal mcm rindukan jalan-jalan yang busy ataupun Ta'miyah itu, ataupun dia lebih tepat lagi merindukan suasana lepak tidak sebusy HO masa muda-muda di meser sebenarnya.


Sebab dulu hidup di meser, hidup tidak ada komitmen sangat apa-apa, tapi hidup di melesia, hidup berkerja. Mungkin itu sebab yang betulnya.



ok, jemput makan Ta'miyah ini dulu. kot-kot nanti takdalah merindu pula.
Siapa-siapa nak, amek banyak pun tak apa.





nota-TSFA=Trans Saturated Fatty Acid