Tuesday, 12 January 2010

Sebuah kisah klasik pakcik Samir

7 tahun dulu


Bangun pagi berbekalkan sesuap fava beans(makanan ruji org mesir), pukul 10 pg pun dia dah berlengging sorang-sorang sampaikan orang-orang yang lalu lalang boring gila menengoknya.
Dia bukan jadik model tercongok dalam filem-filem omputih tu, tapi keje kontrak mcm ni memang kalau musim panas tak bukak baju memang tak sah jugak lah kan. *panas*


Jam di tangan menunjukkan pukul 8 malam.
So, dengan penuh perasaan puas hati, Pakcik Samir tersengih sorang-sorang melihatkan rumah kayunya yang sudah siap setelah membayar kos bahan-bahan untuk membinanya. Harganya? dengan peluh dari sweat gland sendiri. 5 tahun kumpul duit beb!


Pakcik Samir bersyukur sangat-sangat sebab walaupun dia tau tak banyak mana pun dia dapat tapi kalau syukur mcm tu nanti besok-besok Tuhan akan tambah lagi nikmat,


pakcik Samir pun tutup mata ‘extrapyramidally’ sebab memang die ngantuk betul-betul pun, tak payah nak paksa-paksa. Gila apa kalau seharian dah penat malam tiba-tiba tak boleh tido plak, seksa gila macam tu. Yang Pakcik Samir tau, besok dia kena bangun awal nak siapkan rumah Pakcik Gamal pulak. Dateline dah nak dekat. Sebelum tido, sempat lagi buat mata drooling memikirkan habuan yang akan didapati dr kontrak yang ini dan apa ye nak dibuat dgn habuan tu? Beli kete? Eh eh pakcik nama je pakcik tapi tak kawen pun nak bawak siapa nanti dlm kereta, He He He He


Pak Cik Samir tertidur dengan senyum seribu makna, sambil pesan kat malaikat mintak tolong kejut subuh besok, sebab memang takda siapa nak kejut dia pun.


Besoknya Pakcik Samir seperti biasa tidak terlepas dr menjadi ahli persatuan ma’mum tetap 30 orang solat subuh masjid Nur. Mesyuaratnya, hari-hari. Kemudian selepas Pakcik Samir bajet-bajet dia dah memulakan hari dengan menemui Tuhannya sebab die bajet jugak satu hari nanti dia akan balik pada Tuhannya, Pakcik Samir menapak lah ke rumah Pak Cik Gamal dan pagi-pagi lagi dia dah mengetuk sana-sini. Takpe ke buat bising? Alah, bunyi hon kete pagi pagi lagi bising nak kesah apa kata Pak Cik Samir.


Siapa kata Pak Cik Samir tak pernah penat? Alah, ni tgh penat la ni apa. Tapi Pakcik Samir pedulikkan ajer, sebab dari kecik memang dah jadi mcm ni.
Tapi aku(narrator) rasa kehebatan manusia ada limit nya, pasal pada hari bersejarah macam ni, sedang Pak cik Samir membebankan diri sendiri membawak beberapa ketul batu blok, tiba-tiba pandangannya mcm kabur, batu dilepaskan.


sebab dia meniti di pinggir atas tingkat 2 bangunan yang sedang diusahakan, Pak Cik Samir jatuh ke belakang, itu maknanya Pak cik Samir sekaligus jatuh dari tingkat 2



Samir!!!!

**************************


Pak Cik Samir bangun-bangun je tanya kat mana ni? Satu, mungkin pakcik Samir impaired consciousness level, 2, sebab tidak berduit, Pakcik Samir memang tak pernah pergi hospital pun untuk cam keadaan dlm wad ini. Nak buat apa buang-buang duit katanya. 'Tuhan kan ada?'



(cerita akan disambung selepas berita. takpe. itu pun kalau kau orang nak tau sambungan nye lah kan? tak nak tau takpa, tak paksa pun. Lol)



p/s:cerita dalam ini tidak ada kaitan dengan Samir Nasri pun, sebab dia banyak duit, bini mcm model siap. gambar di sini

3 comments:

maskedfacies said...

ceh klasik sungguh gaya menulis. LOL

'Aqilah Suhaimi said...

Allah..dulu ak ingt ko tk sapa..

tp..ko bila tahun2 akhir dah banyak medical term..

haha..

bujang sudin said...

mimi, hahaha
kilah, ko tak tau ke? nerd is the new sexy? ko kne tgk cite big bang ni.
*tgh befikir-fikir untuk publish sambungan cite ni ke tak. hahaha