Saturday 25 April 2009

entri skema sebab macam ucapan perpisahan utk naqib plak


Entri ini ditujukan khas untuk bekas naqib kami yg amat kami kasihi.(dah jadik bekas sebab dah habis usrah last)

Aku tak pandai bermadah, jauh skali memuja muji. tapi aku rasa aku patut buat satu entri khas untuk beliau sebabnya nak tunjuk rasa terhutang budi gila-gila sebab macam tak pernah jemu nak ajar kitorang walaupun kami nakal dan selalu ponteng, haha

Dalam banyak-banyak naqib, ini lah naqib kami yg paling lama sekali.
Beliau ni macam mana? Kalau orang tanya aku macam mana, aku nak describe die ni macam superman lah
kalau berhadapan dengan kitorang die buat gaye biase dan cool gila dan fokus pada pembelajaran tapi sebenarnya kalau sembang dengan org-org yg kenal beliau, macam-macam cerita yang sampai.


beliau grad dah lama, tapi sanggup duduk sini lama-lama semata-mata untuk memenuhi permintaan budak-budak yg mahukan beliau buat kelas, pon sanggup tak balik lebih 4 tahun sebab nak mengajar orang kot?
beliau pandai diagnose hantu ini jenis yg mana(yg ni jenis menghinggap,yg ni jenis merayap), pastu pandai menghalau pulak, bila-bila nak mintak pertolongan pon boleh, banyak kali encounter ustat2 atau ustazah yg call semata-mata untuk mintak pertolongan beliau menghalau hantu2 yg mengacau, sampai kadang-kadang aku rasa macam tgh lepak ngan ghostbuster pulak.serius!
Dan aku jugak nampak beliau punyai hope yg tinggi kat kami walaupun kami hopeless sebenarnya.

Tapi orang hebat yg universal(universal sebab bleh cakap banyak bahasa) mcm beliau perlulah menjaga ke'izzahan contohnya stakat yg aku recall2 mase usrah farewell terakhir je lah aku bleh dengar lawak pelik-pelik mcm: yg ni kembar ni, nak kawen ngan kembar jugak? susah nanti kalau tertukar macammana?

kalau ada gambar aku mahu je nak tunjuk kat sini tapi tak silap memang sepanjang 2 tahun ni, kami tak pernah terfikir untuk mengambil gambar sama-sama(orang utara panggil pukul gambar kot rasanya, kalau salah betulkan aku)

Anyway, kami mengucapkan utk beliau selamat bertugas di malaysia, tgk, belum balik lagi dah ada kerja menanti sebagai tutor di KIS, sbbnya jarang graduan azhar ade peluang macam ni, selamat sambung di UKM(eh, UKM ke ah?), dan selamat jumpa lagi bila ustat dtg lagi 2 tahun utk ambil master ke-2 okey?
Kami bangga dgn anda walaupun kami hanya biasa-biasa, tapi dah pernah rasa skali bawah didikan beliau, boleh bangga la tu. Jgn lupa doakan kami jadi bagus macam ustat ok?

Owh, aku malas nak tulis ape benda yg aku dpt dr usrah ni, kang panjang la pulak entri kan?(mcm la aku dapat sume kan?)


p/s: last skali, aku tak mahu letak nama beliau kat sini takut sat gi die jumpe plak kat google, sebabnya die ni bleh tahan techno gak. kang ade die blushing aku puji lebih-lebih ni. alah, sekali-sekala kan ustat?

2 comments:

Amermeftah said...

Ah tok bomoh besar tu rupanya dah nak balik. Takleh blah gile biler die boleh nampak lidah jembalang dari sutuh rumah selangor terjulur sampai bawah.

Pukul gambar org timur yg pakai.

bujang sudin said...

lagi saiko kalau tengah2 sembang pasal hantu tiba2 dia cakap camni: ha haritu kat rumah anta ana ade nampak satu tapi tak sempat nak cakap. tak saiko ke hidup ustat tu