Monday, 27 April 2009

Kenapa piano itu lebih cool dari gitar?



Dulu aku rasa gitar itu cool,

kalau tak masakan dalam ramai-ramai watak dalam gossip girl, budak perempuan ramai lah jugak yg minat ayah Dan Humphrey (kenal tak?), satu sebab die memang cool, tambah lagi bonus plak tu sebab ade talent cool yg lain = main gitar, suara sedap

Oh, jgn silap faham, aku pernah tengok gossip girl separuh season 1 sahaje dan tiba-tiba aku rasa sgt busuk terhadap diri sendiri sebab macam jadik satu hal plak utk aku nak layan kerenah2 perempuan gedik, gossip-gossip low dan cerita pasal konflik percintaan yg selalu buat aku nak muntah. owh, biasa la, budak-budak upper class manhattan kan, sebab kadang2 tu yang aku menyampah benda small thing tibe-tibe jadik big deal sampai penat aku yg tgk ni nak memikirkan, haha oklah, ini bukan entri pasal gossip girl!

okey back to our topic, kenapa lebih cool?
Kalau gitar, obviously main pakai both hands, tapi pada hakikatnya, our right hand sebenarnya main(pakai pick or just plainly jari) mengikut apa yg kita mahu main kat left hand, so pada aku, there's nothing to brag kot. biasa sangat tu.

tapi, kalau piano, our right hand main irama bass, dan left hand plak main benda yg lain, iaitu irama solo, so, kiranya macam kena bahagikan pale hotak kite untuk fokus kat 2 benda berbeza
n pada aku, takde cara lain untuk achieve benda ni nak bagi master iaitu : anggap macam apa yg korang main kat bass part(left hand) itu adalah subconcious, n just perlu fokus kat apa yg korang main utk solo(left hand).. woho! tak cool lagi ke kalau macam tu?
dan biasala, takde cara lain nak acquire benda tu, except dengan prektis sampai 'terel'(mengikut ejaan budak2 kampung aku kat selangor)


so, mungkin bagi sesetengah orang2 kebanyakan yg tak faham apa itu music akan nampak gitar itu lagi cool(aku tak cakap semua, aku observe je tambah-tambahan lagi ade jugak budak-budak laki yg kate piano hanyalah utk mainan orang perempuan? wtf?)
aku malu nak cakap benda ni sebabnya aku pon pernah join jugak cakap-cakap macam ni? malu sendiri lah pulak.

tapi bagi yg dah mengerti dan tahu ma'rifat music, dia akan faham dan akan sedar, piano itu jauh lebih cool sebenarnya
eh, kalau korang tak faham sori lah, camtu je yg maximum aku reti nak explain. tp tak susah pon rasenye

Oh ya, kenapa aku tiba-tiba nak cerita pasal benda ni?
aku dah beli keyboard sebenarnya
Oh ye, aku tau keyboard itu bukan piano, tapi takkan lah aku nak beli piano yg gedabak tu kan, since dalam keyboard ni pon memang ada function utk main voice macam bunyi sebenar 'Grand Acoustic Piano'

So, aku admit memang susah nak master benda ni, tapi since aku pon seriously dah 'takde' bende lain nak buat selain dr stadi dan beribadah(cewah), so it's not going to be that hard la i guess. doakan aku! hehe



di bawah ni gambar my new baby, itu YAMAHA tu jgn main-main~, (jgn lupa say hello tau!).

n oh ya, aku berazam utk tidak hanya menghapal not yg bagi aku agak 'pathethic' sebenarnya, tp aku juga menggunakan skor. so selamat berusaha utk aku (wish diri sendiri pon ok kot)




Oh ya, in case you're wondering, itu adalah skor lagu maksim - claudine, sebab dah lama dah teringin nak main lagu ni sebenarnya.
So bila akan lancar?? go go ayep go!(ah gedik pulak nampaknya)



p/s: sekali lagi, cool tau. tak caya tryla

Saturday, 25 April 2009

entri skema sebab macam ucapan perpisahan utk naqib plak


Entri ini ditujukan khas untuk bekas naqib kami yg amat kami kasihi.(dah jadik bekas sebab dah habis usrah last)

Aku tak pandai bermadah, jauh skali memuja muji. tapi aku rasa aku patut buat satu entri khas untuk beliau sebabnya nak tunjuk rasa terhutang budi gila-gila sebab macam tak pernah jemu nak ajar kitorang walaupun kami nakal dan selalu ponteng, haha

Dalam banyak-banyak naqib, ini lah naqib kami yg paling lama sekali.
Beliau ni macam mana? Kalau orang tanya aku macam mana, aku nak describe die ni macam superman lah
kalau berhadapan dengan kitorang die buat gaye biase dan cool gila dan fokus pada pembelajaran tapi sebenarnya kalau sembang dengan org-org yg kenal beliau, macam-macam cerita yang sampai.


beliau grad dah lama, tapi sanggup duduk sini lama-lama semata-mata untuk memenuhi permintaan budak-budak yg mahukan beliau buat kelas, pon sanggup tak balik lebih 4 tahun sebab nak mengajar orang kot?
beliau pandai diagnose hantu ini jenis yg mana(yg ni jenis menghinggap,yg ni jenis merayap), pastu pandai menghalau pulak, bila-bila nak mintak pertolongan pon boleh, banyak kali encounter ustat2 atau ustazah yg call semata-mata untuk mintak pertolongan beliau menghalau hantu2 yg mengacau, sampai kadang-kadang aku rasa macam tgh lepak ngan ghostbuster pulak.serius!
Dan aku jugak nampak beliau punyai hope yg tinggi kat kami walaupun kami hopeless sebenarnya.

Tapi orang hebat yg universal(universal sebab bleh cakap banyak bahasa) mcm beliau perlulah menjaga ke'izzahan contohnya stakat yg aku recall2 mase usrah farewell terakhir je lah aku bleh dengar lawak pelik-pelik mcm: yg ni kembar ni, nak kawen ngan kembar jugak? susah nanti kalau tertukar macammana?

kalau ada gambar aku mahu je nak tunjuk kat sini tapi tak silap memang sepanjang 2 tahun ni, kami tak pernah terfikir untuk mengambil gambar sama-sama(orang utara panggil pukul gambar kot rasanya, kalau salah betulkan aku)

Anyway, kami mengucapkan utk beliau selamat bertugas di malaysia, tgk, belum balik lagi dah ada kerja menanti sebagai tutor di KIS, sbbnya jarang graduan azhar ade peluang macam ni, selamat sambung di UKM(eh, UKM ke ah?), dan selamat jumpa lagi bila ustat dtg lagi 2 tahun utk ambil master ke-2 okey?
Kami bangga dgn anda walaupun kami hanya biasa-biasa, tapi dah pernah rasa skali bawah didikan beliau, boleh bangga la tu. Jgn lupa doakan kami jadi bagus macam ustat ok?

Owh, aku malas nak tulis ape benda yg aku dpt dr usrah ni, kang panjang la pulak entri kan?(mcm la aku dapat sume kan?)


p/s: last skali, aku tak mahu letak nama beliau kat sini takut sat gi die jumpe plak kat google, sebabnya die ni bleh tahan techno gak. kang ade die blushing aku puji lebih-lebih ni. alah, sekali-sekala kan ustat?

Tuesday, 21 April 2009

blogger dan way of life



Bila aku perhatikan entri aku yang lepas-lepas, aku terperasan gaya penulisan yang agak bitchy/bitching? dan suka complaint dan bunyi-bunyi macam tak puas hati


Bila aku pakai pink dan salmon macam dalam discoid rash of SLE (Systemic Lupus Erythematosus), orang ada high level of suspicous yang aku jenis-jenis lembut sebenarnya
Bila orang observe yg aku memang suka duduk kat dapur, memang dari kecik lagi macam tu sebenarnya, itu menguatkan lagi suspicion orang lain.

takkan lah aku mahu isu lembut itu jadik diagnostic pulak dengan gaya penulisan yg bitchy

So, aku rasa patutlah aku menukar gaya penulisan dgn gaya yg lebih ceria

Ada sesetengah orang yg menganggap blog ini mcm life dia. Mungkin mcm reflect whole life dia. Mungkin kalau blog full of colour, maka life meningful. macam tu kot.
Oklah. aku nak try jugak lah. doakan aku berjaya dpt ilham utk lebih happy go lucky dalam blog. haha


p/s: tetap tak lupakan islam as a way of life yg syumul kalau nak tenang. memang cliche, tapi betul~

Monday, 20 April 2009

Apa itu mujamalah?



Bagi yg dah lama bermuqim di mesir, aku berani bet mesti akan sangat-sangat familiar dengan perkataan ini.

Apa itu mujamalah?

Mujamalah kalau mahu minta definisi dari aku, aku boleh simpulkan macam ni:

Satu uslub atau gaya muamalah dalam komunikasi di mana satu konsepnya kalau dalam bentuk pujian, satu pihak akan memuji bersungguh2 pihak yg satu lagi walaupun tak ikhlas, cuma yg pelik nya supposedly 2-2 belah pihak akan well aware akan keikhlasan yg tidak sepenuh hati dan boleh diragui itu
Kalau dalam konsep tawaran pula, satu pihak akan offer bersungguh-sungguh pihak yg satu lagi dan once again, 2-2 pihak supposedly sedia ma'ruf yang itu hanyalah ajak-ajak ayam.

Mujamalah ini terlampau terasimilasi dalam masyarakat sini sampaikan ada senior2 yg dah balik bermujamalah secara unintentionally

pelik bukan?

oklah aku nak kasi contoh

Situasi satu.

Aku sedang mahu makan dgn kawan baik aku yg berasal dari somalia dalam sebuah restoran. maka waiter pon bertanya korang asal mana?
bila aku cakap dari malaysia, dia pon expectedly reply, ahsan naas(manusia terbaik).
mungkin yg ini aku boleh terima kerana malaysia memang dikagumi dalam dunia arab yg mana banyak kriteria la, maju dari diorang dsb. dan aku memang perasan lebey pon jugak. tak, ini aku tak cakap pasal soal perangai dan hati budi. judgement dr segi luaran sahaja. dengan menganggap apa yg di cakap tu macam setelah dikira tolak tambah mungkin melalu faktor GDP
dan bila kawan aku bagitau dia berasal dari somalia, dan once again, very expectedly waiter itu mereply ahsaan naas(manusia terbaik jugak)
kawan somalia aku buat muka pelik dan tanya. 'bi gad? (betol ke?)
maka waiter itu pon mereply lagi skali dengan nada emphasize. aiyuwah, fil 'aalam kullu! (yes indeed in the whole world!)

yeah. kriteria apakah waiter itu pakai utk mengukur somalia sebagai manusia terbaik di dunia? mungkin paling handal melanun kat perairan aden? obviously tak ikhlas bila difikir-fikir balik kan?
hahaha. atau kalau korang mahu compare human development index report malaysia dan somalia pon boleh. klik sini dan sini

eh. jgn silap faham. kawan aku somalia ni baik betul orangnya, cumanya takdela sampai tiba-tiba nak labelkan diorang manusia terbaik. bagi hati kecil aku, itu insult namanya. serius.


ok. habis cerita somalia, banyak lagi contoh lain mujamalah macam offer tempat duduk dalam bas, pekedai cakap tak payah bayar, puji kau cantik n stuff, tapi sebab aku malas nak cerita benda typical, ni nak cerita lagi satu contoh.


Situasi dua

3 orang perempuan berjalan seiringan melangkah keluar dari makmal. yang sorang cun, hot, yg lagi 2 gemuk dan hodoh, kalau sekali imbas mmg macam unidentical twin,
kebetulan yg si cun dan hot tercicir barang dan makcik penjaga makmal perasan benda tu. makcik tu pon melaung dgn gaya memanggil, aiyuwah ya gamil! (haa wahai si cantik!)
tiba-tiba ketiga-tiga orang serentak memandang makcik tu di belakang. yang 2-2 wanita hodoh ni pon siap berbincang,' kite ke ah?' dan bila makcik tu tunjuk yg si cun tu baru lah salah sorang yg gemuk tu cakap kat lagi sorang. owh, bukan kita rupanya. jom blah~.
tgk, siap perlukan confirmation lagi. makcik tu takda masalah pon, cumanya yg jadik problem bila 2 wanita hodoh ni menganggap suma orang patut dipuji sebegitu rupa, sebab tu kot


oklah, muja, muja jugak(singkatan mujamalah), tapi kalau lebih-lebih, itu insult namanya

so, aku tahu kadang-kadang orang jadikan muja sebagai bahan gurauan,
tp jgn marah kot kalau bila orang muja aku lebih-lebih sampai aku rasa itu inappropriate(maksudnya kau memang ada masalah), contohnya macam cakap hidup aku takde flaw sebab aku pon tahu hidup aku sampah camna dan lepas itu kau dapat kepala hotak. sebabnya aku pon gurau jugak macam mana kau gurau kat aku apa dengan bagi kau kepala hotak. itu yg dinamakan win-win situation. sebab kiranya you'll get what u asked for. sebab kita sama-sama laki yang sepatutnya jadi matang dan tak patut take personal suma benda, dan never let ur emotion obscure your action, so aku harap kita sama-sama faham.

seriously, world doesnt revolve around u only, dan tak payah la take personally bab-bab gurau muja ni. walaupun aku ingat, tapi aku dah lama over benda-benda ni.



Sunday, 19 April 2009

bercinta dengan team bola itu mudah



Aku selalu perhatikan orang menggunakan blog untuk reason diri sendiri.
aku nak try jugak lah. macam menarik je.

Pasal bola ni. bukan apa. aku minat team chelsea. tapi aku sangat2 tak puas hati bila ade certain orang yg selalu cakap camni: huh, lepas Chelsea power start zaman abramovich baru nak minat. seblom zaman tu tah minat team apa tah. lalang btol! cis. boleh kau cakap macam tu kat aku?

aku sebelum ni tak minat bola pon. dulu2 adela cikgu pendidikan jasmani aku pernah membantutkan karier bola aku sampaikan aku tak minat langsung nak layan apa-apa yg ada kaitan dengan bola especially EPL.
minat team Selangor fc tu ade la. tapi bagi aku itu namanya kewajipan. dah memang aku totok selangor, lahir selangor dan mak ayah lahir selangor. n kebetulan pulak selangor memang team yg ada track record yg memang mantap pon dalam sejarah bolasepak tanah air. so ok wat

ok reason pasal chelsea.

Taun lepas baru aku terminat layan bola ni sebab main PES(kat ps2) sama-sama dengan kawan. belajar pasal taktik n stuff dan mula mengenali player2 ternama.seblom tu aku just tau team man U ngan liverpool je pon. seriesly memang knowledge pasal bende ni cetek.
tapi bile aku selalu sgt pakai team Chelsea dalam game tu, last-last sume player chelsea aku kenal. so bila dah kenal, mula lah start rasa cinta kan. Sampai lah skarang ni. sehingga aku menggelarkan tahun ini tahun freak bola sebab apa-apa saja yg ada kaitan dengan chelsea akan aku ambil tahu. Obsess katakan

ada orang kata love needs no reason. haha bullshit. I did fall for chelsea for the first time mase tgk chelsea lawan dalam real life(yelah seblom tu main game je) mase tgk diorang kalahkan liverpool mase semi final champions league sesi 07/08 yg lepas. dalam game tu diorang sgt tabah, buat come back dan dpt proudful win dengan gap lebih dr satu.

kalau ade yg kate aku lalang, lalang ape bende nye? aku baru nak stat minat bola wat. sukati aku la nak pilih team mane pon jadi kecintaan aku. (haha kecintaan). bukannye aku pernah minat team lain yg lebih powerful pon seblom tu dan tibe2 bile chelsea sampai zaman emas dia tiba-tiba aku beralih arah. aku tak selalang itu kot

ok dah cukup reasoning

ni nak cakap pasal bercinta dengan team bola. bercinta dengan team bola mudah. kau menang, itu buat aku hepi, dan kau(chelsea itself) pon hepi jugak. win-win situation.
memang ada satu masa aku tahu kau akan jatuh. dan aku selaku peminat setia akan agak down. tp bagi aku itu komitmen utk aku terus setia sama-sama, masa senang dan masa susah. memang masa tu benda ni akan jadi medan pegukur kesetiaan aku. adakah hanya di mulut? (ah poyo pulak entri ni)

satu hari kau akan naik balik, sebab aku ada faith dan instinct yg one day kau akan prove apsal aku pilih kau utk jadi team fevret aku, because kau ada semangat juang yg boleh dibanggakan
tapi bila masa tgh down dan utk aku tiba-tiba berpaling tadah, no, itu takkan sekali2 aku buat kot. haha.
takkan la kau nak sama-sama masa tgh senang dan hepi je kan. Pasal tula aku memang benci that word 'lalang', mungkin sampai tahap allergic kot.(Oh, aku setia rupanya).
bercinta dengan team bola jugak tak payah susah2 fikir nak jaga hati, tak payah nak main tarik tali, tak payah nak jeles kalau rupa-rupanya senyap-senyap kecintaan kau rupanya ada orang lain. sebab masalah-masalah macam tu takkan timbul. Ohhhh

tapi aku tak pasti la suatu hari nanti kalau tiba-tiba ditakdirkan CHelsea FC akan menjadi sampah sesampah-sampahnya sampai kena relegate masuk division 2 aku masih akan setia, yelah, takkan aku nak bagi jaminan gila-gila walaupun selagi tak diuji, ape yg aku cakap kat atas ni akan bagi peringatan balik kat aku kalau sekiranya jadik apape, yg aku nak buat contradict dengan itu, dan terus back-fire balik action yg aku nak buat tu. hehe

tapi aku tak pelik pasal apa kecintaan aku melebihi Chelsea FC lebih tinggi dr kecintaan aku kat Selangor FC even though kalau nak ikutkan, sah-sah la team selangor yg ada kaitan direct ngan aku, sebabnya match2 chelsea suma aku tgk dan follow sebab lagi mudah nak access, kalau bab selangor tu, nak tgk macam mana? mungkin kalau aku duduk kat malaysia lagi ok kot suma match aku boleh berusaha untuk follow.

So nak katanya, long distance relationship memang sukar(Chelsea ni, bukan Selangor, sebab aku dah cuba untuk selangor tapi susah), tapi kalau kita ada effort untuk ambil tahu pasal kecintaan(haha kecintaan sekali lg) kita tu, ok je kot

So, enuf reasoning, lagipun, entri ni ditulis ketika chelsea macam 'on track' utk menang FA Cup(haha man u dah out, sorry~), layak semi-final Champions League, n still on the title run utk jadik juara EPL.


Oklah, enuf korang yg mengatakan aku lalang! haha




Monday, 6 April 2009

Perihal sakit yang sedap kemudian



Aku ada satu soalan.

Betul kan ada kata pepatah berakit-berakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian?

Aku rasa lembu pon ditakdirkan untuk faham pepatah ni so tak payah aku susah2 nak terangkan.

Tapi macam mana ha kalau la kan, kalau la
aku saja-saja memilih tak nak buat-buat sakit dulu, sebab aku tau macam mana aku cuba untuk sakit pon skarang. esok-esok nanti aku komfem akan still sakit jugak?
Macam mana tu?


p/s:kepada yg memahami metaphore ini, kite boleh sangat untuk jadik geng! yeay! hehe

Saturday, 4 April 2009

Mungkinkah kita boleh suruh kumpulan D-Va buat satu lagu versi banjar??



ok.

Kalau seorang muslim mulakan hari yg baru dgn niat utk solat subuh,
aku pulak, hari ni bangun2 dan tiba-tiba jadi penuh dgn azam utk mengajar bahasa banjar secara online kat sini. tp lepas tu aku solat subuh jugak la kan.he he
Lagipun, apa guna aku buat address blog aku dan menyelitkan sikit-sikit kalimah banjar di situ.
Bagi yg tak tau banjar tu apa, mungkin boleh klik sini.

Ok lah mak aku orang banjar, tp ayah aku orang jawa. tapi aku lebih terasimilasi dengan bahasa dan adat-adat banjar.sampaikan nenek sebelah jawa pernah menyuarakan rasa jeles sebab aku lebih nak menempel kat keluarga belah banjar. Mungkin sebab dah tua oleh itu dia mudah kecil hati. takpa lah.
Ok aku tau korang dah boring baca apa aku tulis ni. sebabnya aku ni bosan dan membosankan. So, apa-apa cerita yg ada kaitan dengan hidup aku automatik akan menjadi boring.

Dulu la, satu hari pada summer lepas(adakah mlesia kita ada 4 musim?), aku pernah tanya kat mak aku soalan yg membuatkan beliau blushing.
Aku tanya. Mak sayang tak bahasa banjar??
Mak aku cakap. Apehal pulak??(bc dgn nada seorang ibu, bukan nada otai). Buang tebiat ke ape?
die cakap camtu kot.Tp dalam hati la.

Aku cakap. Bukan apa. sayang lah. tgk bahasa banjar ni yg prektis last nye level mak n ke atas je. Tak sayang ke kalau satu hari nanti terus hilang?kot la nt kitorang plak beranak pinak. dah la ktorang tak prektis. pastu dgn anak-anak sume plak takkan tau langsung asal-usul diorang dan apa bahase yg asal-usul diorang pertuturkan.
Mak aku senyum je. mebi she can't agree more tapi nak buat macam mana kan takkan nak suruh dia buat kelas online pulak. alangkan nak suruh dia online utk chat ngan aku pon. like once in a lifetime opportunity kot.

Oklah, haritu i heard sumwhere mase lecture aku, lecturer tu dah bincang ngan lecturer lagi sorang yg diorang dah agree utk menggunakan method yg menarik utk mengajar. yg mana diorang akan mengajar ikut suka diorang nak mengajar camna. maksud nya tak pakai kurikulum. ataupun dalam kata yg lain, lecturer tu nak bagitau yg diorang memang cool gila.

Habis tu apa kaitan nye ngan aku? ok sebenarnya aku pon nak buat macam tu jugak lah. Mungkin tak cool bg orang lain. tapi lantak lah. kalau sume mende pon kite buat nak pikir apa yg orang lain rasa, tak jadi keje jugak. mungkin aku takkan tulis apa-apa pon kat blog ni. Kiranya, aku akan mengajar ikut suka aku dan apa-apa juga yg terlintas kat fikiran. Mungkin lebih banyak dipengaruhi mood dan isu semasa. Ok kan?

oklah, untuk permulaan, aku copy dlu apa itu bahasa banjar dari wikipedia:
p/s:aku kelakar la la tgk perkataan 'gelintar' tu. apa tu?



Bahasa Banjar
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Bahasa Banjar merupakan bahasa Austronesia yang dipertuturkan sesetengah tempat di Semenanjung Malaysia dan di provinsi Kalimantan Selatan, Indonesia.

Bahasa Banjar merupakan salah satu cabang bahasa yang berkembang dari Bahasa Melayu. Asal bahasa ini berada di provinsi Kalimantan Selatan yang terbahagi kepada Banjar Kandangan, Amuntai, Alabiu, Kalua, Alai dan lain-lain. Bahasa Banjar dihipotesakan sebagai bahasa proto Malayik, seperti halnya bahasa Minangkabau dan bahasa Serawai (Bengkulu).

Bahasa Banjar banyak dipengaruhi oleh bahasa Melayu, Jawa dan bahasa Dayak.

Bahasa Banjar atau sering pula disebut Bahasa Melayu Banjar terbahagi kepada dua kelompok dialek iaitu:

* Bahasa Banjar Hulu
* Bahasa Banjar Kuala

Bahasa Banjar Hulu hanya mempunyai tiga vowel iaitu /i/ dan variasi yang panjang /i:/, /u:/, dan /a/. Apabila menyebut perkataan yang mengandungi vowel selain dari tiga ini, vowel itu akan diganti dengan tiga di atas berdasarkan mana yang lebih dekat. Contohnya perkataan "logo" akan disebut "lugu". Perkataan "enak" akan disebut "inak", "ke mana" pula menjadi "ka mana". Ciri lain adalah perkataan yang dimulakan dengan vowel selalunya disebut dengan bunyi /h/ pada awalan.

Bagi bahasa Banjar Kuala, ia mempunyai lima vowel, /a, i, u, e, o/.

Orang-orang Banjar yang berada di Sumatera dan Semenanjung Malaysia majoritinya berasal dari wilayah Hulu Sungai (Banua Enam), maka bahasa Banjar yang dipakai merupakan campuran dari dialek Bahasa Banjar Hulu menurut asal usulnya di Kalimantan Selatan.




Ok, sebenarnya aku malas nak menulis, tu yg aku copy . hehe

So, sebab aku rasa tak guna kalau aku ajar vocab techno-techno, tp basic hampeh, maka hari ni aku nak ajar 3 benda asas komunikasi, aku, kau dan dia

Aku - Akuk

Kau - Ikam

Dia - Inyak

Ok. Oleh kerana aku dah ajar korang benda basic ni, mungkin korang boleh pasang kuat-kuat youtube lagu Dva di bawah ni dan bila sampai je part yg 'aku dia dan kamu' tu, korang boleh jerit kuat-kuat : Aku Inyak dan Ikamm!~





p/s:Kalau orang jawa selalu bangga dengan artis berdarah jawa macam Mawi, aku selaku orang banjar selalu kagum dengan ulama yg ramai berdarah banjar. Mungkinkah asal-usul keturunan aku yg dari kedua-dua belah mencerminkan ala-ala balance begitu, seimbang duniawi dan ukhrawi?
Tapi mcm mana pon, aku tak mahu menggunakan tagline mawi, world2 jugak, akhirat jgn lupa. ohh