Tuesday 23 June 2009

Mengenai facebook dan segala isi yang ada di dalamnya





Aku tidak faham satu benda di sini

Kalau kau konon-kononnya sedang hangat bercinta dan 'in lovey-dovey mood', apahal setiap kali bila kau buat kuiz kat facebook mesti ada nak selit jugak sikit-sikit pasal relationship korang dan apa perasaan korang deep down inside??


Aku ingatkan simpan sesama korang cukup la, tapi ni kasi satu facebook dan segala isinya tahu, kasi semua orang tahu, biar satu dunia faham?


Contohnya when will you get married? owh tiba-tiba macam nak dekat sangat tarikh tu lepas tu kau kata "owhh cannot cannot sebab si dia tak habis belajar lagi, takpe2 apape pon I tetap akan tunggu 'si dia'"


Memang kene buat macam tu ke???? Kena ke???


Memang, takda sapa yang suruh aku pegi baca, tapi sebab benda tu keluar kat news feed, takkan aku nak tutup mata duduk depan komputer setiap kali bukak facebook?


Kau kata aku jealous? Kau kata aku cakap macam-macam, yelah sebab aku tak rasa mana nak tau? hahahaha
Owh aku tidak pernah bercinta sebab mungkin belum ada rezeki untuk merasa nikmat percintaan yg 'sebetul-betulnya' dan mungkin tuhan belum izinkan lagi. lagipun bukan dengan semua orang aku open yang macam mana sebenarnya stand aku bila cerita pasal isu hubungan inter-gender ni,
tapi bagitau lah aku kena buat macam tu ka,

kot-kot nanti bila aku dah jadi bercinta agak-agak aku jadi macam tak outdated sangat kot?


Aku ingat nak tulis kat status facebook benda ni tapi macam panjang lah pulak. kot nanti facebook tak boleh handle. tak pon entah2 kau pon tak sedap duduk baca macam lah aku kata kat kau padahal memang bukan kau sorang je yg tengah bercinta yang buat macam tu jugak.


Kalau memang kene buat macam tu, nanti bagitau lah aku. daripada aku terbaca pasal kuiz kau yang keluar kat news feed tu, Goddammit baik aku pegi baca PE sabtu ni nak clinical pediatric.

25 comments:

Amermeftah said...

aku tak kisah kalau dia nak kongsi (tunjuk) rasa happy dgn kita, tapi dia mesti bersedia menerima hakikat kalau dia tunjuk (kongsi) pada dunia, dunia akan bertindak balas, tapi kalau komen-komen kita dia terasa, dia repot kat balak dia, dia padam, balak dia padam (ini semua kemungkinan saja), jadi buat apa?

Slimo said...

Bg aku memang x ironic pn kalau org dlm loveydovey mode utk mewarwarkn kisah cinta mrk sikit2 kt dlm fesbuk. Normal la tu.

Muhammad Warouq bin Qamar said...

ayep,aku nak bagitau ko..yang sebnearnye aku sedang bercinta..hir3..~~akhirnye ade jugak orang yang tau. lega rsnye dpt bgtau ko,yep..

hirque2~..

Amermeftah said...
This comment has been removed by the author.
Amermeftah said...

Maksud aku yalah macam yang kau (tuan tulis) kata cukuplah cerita kat ahli beit sendiri atau BFF sendiri dan aku pon tumpang gembira, suka nak dgr dan rasa honoured kerana dikongsi cerita, cuma kalo nak keluar ke dunia terpaksalah menghadapi komen dari orang bizi bodi (boleh juga baca sebagai orang caring) macam aku ni

ayep, aku nak bagitau ko.. waruk bukan setakat bercinta tapi pasni dia nak...

MarsMaseira said...

Aha. post kamu ini sbenarnya ada sedikit kaitan dengan shoutbox fb AKU yang kamu kata emosi itu.

sebenarnya seringkali AKU terfikir, kenapa mahu memberitahu satu dunia tentang "aku dan dia", "in a relationship with", dsb. sedangkan ada perkara lebih manis disimpan dalam hati ", bukan?

harap-harap AKU tidak tergolong dalam gelungan mereka yang kamu ceritakan itu, ya kadang2 mungkin AKU terlepas satu dua baris tapi masih sesuai untuk semua peringkat umur yang pandai membaca, dan selebihnya orang lain pula yang CUBA UNTUK MEMBERITAHU DUNIA TENTANG KISAH AKU. yang itu bagaimana?

yang pasti, bagi AKU, tidak perlu lah memberitahu kepada dunia jika tidak mahu menanggung risiko kerana zaman ini sangat ramai orang yang kesah tentang kisah orang lain ",

syafiqa salim said...

Mereka saja je tu nak tunjuk2 kat orang..Lihatlah dunia facebook, aku ada bf/gf.. korang bile lagi????

haha, patutnya kisah 'lovey dovey' diorang tu simpan sendiri dalam hati ke,jantung ke,paru-paru ke, tak payah nak kasi heboh sebab kami tak jealous pun..

maskedfacies said...

...

(saja singgah)

bujang sudin said...

kema 1-ak ah kan. bila ada orang bising tiba-tiba diorang macam nak emo nak defend benda yg diorang buat tu, tapi tiba-tiba macam padam benda yang kita cakap tu.eh, mengaku salah ka? hahaha

slimo-memang tak ironic pon. aku cuma tanya kene ke buat macam kot nanti bila sampai turn aku takdela aku kekok. hahaha. kalau sikit-sikit sle, takdela sampai aku buat satu entri khas ni. ni setiap kuiz ada. WTF?

waruk-Ok waruk, memang ko bercinta. tapi setakat ni takda lagi aku nampak ko tulis nama awek ko terang2 setiap kali lepas main kuiz. lagipun ko banyak buat kuiz pasal bola macam mana nak selit nama awek ko. hir hir hir. futsal perempuan ok lagi. aku suka tgk bila perempuan main futsal. lawaks!

kema 2-dia nak buat apa??

masirah-yeah. kalau setakat dekat status tu ok lagi kot. ni yg cerita ni bile dia buat kuiz. aiseh. Aku sakit mata lah baca. hahaha
yer. zaman skarang org lebih suka dengar dan komen kisah peribadi hidup orang. betul sgt. mungkin sebab dia takda cerita sendiri?? whatever lah. begitulah

pika-tulah, takpon simpan di dalam hati, atau liver dalam englishnya. muahaha. ntah dia kalau org bising camni diorang punya jawapan satu je. 'Kita nih orang-orang jealous' .wtf(aku tak guna wtf saja-saja. ni maksudnya memang pissed off)

mimi-lah. awat singgah saja. rushing ek? pegi hospital seberang jaya sana! haha

Amermeftah said...

Tapi aku masih menyokong/memihak kepada mengekspresi diri, jangan simpan sendiri, baik atau buruk, nanti menyesal, tapi biar bertempat

Amermeftah said...

oh ya, singgah saja la, dah puaih berchatting dah, hahaha

'Aqilah Suhaimi said...

kalau dia kata kau jeles dia buat status mcm tu...kau patut kesian dkt dia sbbnya..dia tk pnya kekuatan utk melawan perasaan dia dari dizahirkan..

malu jugak la sbnrnya..buat ayat:
eih,org tu nak anak 2 la..tp sy nk anak 3 dkt public(wth..ko nk cerita psl impian kau dkt public..)

tp,utk hati yg lebih baik..ko patut ckp begini..mungkin dia mahu kita mendoakan..

tp..ak sbg manusia biasa..ak rasa dia hnya mahu mempamerkan perasaan yg 'rahsia'..haha

ntah..itu ak rasa la..

ak rasa..kes2 mcm ni..selalunya jadi kt perempuan..mksd ak yg buat ayat2 trigger ada relationship ni..

ak ada sorg kwn laki..yg pernah ckp dkt aku..
kilah,tlg tegur cik A sebabnya dia pakai baju agak ketat dan expose..

org yg sama juga pernah kata:kenapa skrg..jr dh tk malu nk smoke dpn2 senior..

org yg sama juga pernah kata:psl tanggungjawab..psl Islam..bla..bla..

dan org tu..yg ak rasa sebenarnya ada insight bahawa perbuatan couple dan konon2nya expose tp tk mau expose dlm bercouple tu salah..

bila dia dgn org yg dia suka,iaitu tunang secara syar'ie yg mana keluarga lelaki dan perempuan telah tahu kedudukan masing2..yg mereka ada possibility utk berkahwin bersama..

org tu jadi lain..purp!!dia pnya insight hilang..

itu ak cakap pasal laki..
dan seperti mana ak kata dulu la kt dlm entry lama2 aku..

laki mainkan peranan yg lebih untuk handle relationship..(ini mksd ak defaultnya..)

kau jgn harap perempuan untuk handle perasaan dia..
sebabnya..ak tahu..ak perempuan..untuk handle perasaan tu susah la jugak sbnrnya..kalo laki tu tk kuat..

bila laki tu sndiri strong enough utk control diri dia..
wujudkan rasa bertanggungjawab perempuan tu utk handle with care dlm relationship dia..

wujudkan rasa malu dan hormat
perempuan terhadap lelaki tu dgn buat perkara mcm tu(yg konon sweet..)
ak rasa..bnda2 ni tkkn jadi..

itu..apa yg ak pk je la..
apa pn la..ak mmg nk galakkan utk yg belum ada..dan yg dh ada calon..
utk sama2 bdoa kt Allah..
supaya ko terus thabit..
supaya ko kekal dan jadi lebih baik..

kita xtahu apa nasib kita akan dtg..
hari ni kita beri peringatan pd org..
nauzubillah.esok kita buat..=)

hani said...

"Ada yang kata kalau aku tak jealous apahal aku nak bising. alahai tak faham faham lagi kot."

memang diorg takkan faham.sape tak panas kalau tindakan mereka dipersoalkan.

jadi selama-lamanya kamu akan dituduh Pak Jeles yg bising tak abes2 pasai hang takde aweks nak canang kt fb..hehe

-eh aku bkn golongan mereka tau..saje bg pandangan..aku pon nyampah gak

p/s: nak mengomen kat pos baru.tak jumpe jalan

anyway, i'm ur new fan

bujang sudin said...

kilah - oh, cmtu eh.mungkin sebab pompuan jenis menzahirkan sbb tu satu dunia dia nak story.klakar gila cita nak anak 3 tu.muahaha
neway, i cudn't agree more lah,sbb bila bab ni je, 'gaya mcm org lain dah x payah ckp dah'.(sounds familiar?wahahah)

Cik hani - tu lah, x pasal2 kita yg kena balik.pernah alami cmni jugak ek?haha.
Utk isu fan itu, rasanya setakat ini sy x tahu pon sy ada fan ke tak, dlm dunia blog ka, dunia betul lagilah tak tahu. So, sebab sapa je yg x gembira bila ada orang appreciate kita?, thanx a lot.

alqasam said...

Askum tuan rumah

Tiba-tiba terasa nak menjadi opiniaonted pula.

Bukan senang nak kawal perasaan bagi perempuan, loveydovey tu biasa tapi sangat sayang, diluah/dirasa sebelum ALLAH Redha. Ibarat dapat makan makanan lazat tapi tak bayat dulu kan. Atau bau makanan dan dapat express,

'Wah!Sedapnya, lazatnya bau makanan tu macam (Kuitan) tapi tak dapat izin dari tuan restoran/tukang masak.'

Perasaan tu biasa macam saudara tulis entri terbatu, tapi ia bukan masanya lagi dan bukan pada ruang yang ALLAH beri.

Kawal nafsu tu, saudara-saudari. Kita lebih perlu ALLAH dalam hidup kita, lebih-lebih bila nak menjalani hidup berumahtangga yang bukan macam drama cinta.

-Dari insan yang pernah belum berkahwin dan dah berkahwin-

p/s: Artikel saifulislam bagus untuk melatih diri. Alhamdulillah masih ada teruna aka ikhwah aka brothers yang tahu letak duduk diri depan Tuhan. Great rewards later inshALLAH, when you will be married!

Cahaya hidupku said...

firstly tahniah sbb ade entry b4 july hehe..

haha.kes fesbuk dan segala isi di dalamnya amat menarik la untuk dibincangkan..ape yg dikatakan oleh kamu itu amat benar faktanya..hakikatnya tidaklah boleh terlalu 'menunjuk'kan kebahgiaan yg sedang dikecapi bg mengelak fitnah dan segala mcm perkara buruk yg lain...terutama bg psgn yg masih belum ada ikatan yg sah..tp mungkin juga, sbg wanita 'perasaan' untuk show off itu ada..atau juga mungkin sbb xnk org kaco pakwe die ke hape..
aku juga sering beringt tentang ini..hehe..actually aku juga selalu diingtkan tentang ini oleh seseorg yg ko kenali hehe..mmg Islam menyarankan supaya 'rahsiakan pertunangan, sebarkan perkahwinan'ni apetah lagi baru2 jek kapel kan.. mudah2an kita dijauhkan dari fitnah dan hasad manusia nauzubillah~~

Cahaya hidupku said...

aku tibe2 teringt..aku pnh suarakan begini "xnk ke buat kat status tu is engaged to...." haha malunye aku..tp jwpn yg diterima amat megecewakan..he said.."hm x elok tayang2 nnti tkot ape2 jd kang xbek..bla bla bla...da kawen nnti xpe bla bla bla.." aku pon akur la tp bile pk blek mmg btol la ape die ckp..hehe..aku juga hmpir terikut2 dgn budaya itu seb bek die selamatkan aku..
so kesimpulan nye, kita saling mengingtkan~~**;)

bujang sudin said...

yati-haha tahniah mende nye. rase nak tulis gak sebab kadang2 bukan stadi sgt pon. selain bab2 reasoning ni memang aku suka pon, wahahah

oklah. isu tunang ni.(ni aku rasa la ni) mungkin sesetengah perempuan yang dah tunang cakap macam tu kat bakal pasangan sebab takut dia macam tak secure ataupun nak sebenarnya mintak tanda certainty. macam kalau betul2 nak apsal taknak declare tulis engaged kat fesbuk dsb?

TAPI the truth is bertunang bukan tiket dah komfem/certain gila-gila rasanya. sebab bila-bila masa kalau jadi apa-apa tidak ada benda yang akan menghalang dari salah seorang untuk berubah hati, dan mungkin kalau jenis yang tak kisah perasaan orang lain dan perasaan keluarga lagi satu, lepas dah susah-susah buat majlis ke apa, tak teragak-agak untuk kensel plan untuk berkahwin, sebab daripada berpisah lepas kahwin(cerai), baik tak jadi kawen awal-awal kot.(ada betul tak?)

sebab tu on 2nd thought, bagus jugak lepas dah kahwin baru nak declare benda tu kat satu dunia.dah memang dah jadi realiti apa.

Apa pon, untuk yang sudah bertunang n soon to be newly wed macam ko, aku doakan insyaallah sampai jinjang pelamin, ke anak cucu malah berkat sampai ke syurga.

bujang sudin said...

alQasam-terima kasih kerana sudi singgah. alhamdulillah dan tahniah sebab bukan setakat dah dpt bau, dah rasa keindahan dan keberkatan perkahwinan tu sendiri. ini menjadi impian bukan setakat sy, malah impian mana-mana bujang yang sangap pon.. wahahahh

memang kene doa pasal benda ni. sebab mungkin harini cakap camni, mana tau kalau satu hari nanti diuji tiba-tiba berubah pendirian.

untuk membincangkan isu couple ni secara public, yah, memang agak TABOO, sebab ramai org akan claim ini hak masing-masing.

Saya tak pernah cakap cinta sebelum kahwin itu murahan, tapi rasanya sebab 'SAYANG' itu adalah sesuatu yang 'INDAH', sepatutnya dia patut diletakkan harga yang 'MAHAL'. dan siapa-siapa yang memang betul teringin nak merasa, silalah 'BELI' dengan 'keredhaan tuhan'.

p/s:kirim salam abg salman. cakap nama saya ayep, dia ingat kot. haritu saya datang kenduri kat subang, yang baju merah. wahahah

Cahaya hidupku said...

hehe..mekasih doakan yea~~

btol la ape ko ckp..ni kire pemikiran lelaki yg matang syabas2 hehe..tp ok la kan aku buat status 'engaged' jea tp org xtau pon aku engaged ngn sape..mungkin ngn ko ke kan haha( juz kiding ;p)
aku teringat dulu2 kat frenster teknologi xcnggih sgt mcm fesbuk so kirenye kat fesbuk lagi bole exposed la kan..huhuu

syafiqa salim said...

"Saya tak pernah cakap cinta sebelum kahwin itu murahan, tapi rasanya sebab 'SAYANG' itu adalah sesuatu yang 'INDAH', sepatutnya dia patut diletakkan harga yang 'MAHAL'. dan siapa-siapa yang memang betul teringin nak merasa, silalah 'BELI' dengan 'keredhaan tuhan'".

Oh, aku suke kate2 ko yang ni. Sungguh puitis.Benar.

bujang sudin said...

poyo pon ada jugak. hohoh.
aku tau mungkin ada yang fikir eh aku ni cakap serupa bikin ke. tapi kalau aku tak konfiden, aku tak keluar ayat tu. seriously.

maskedfacies said...

oooo...

(saja nk tmbah komen kasik ade 23)

p/s: byk komen pakcik? hebat2.

bujang sudin said...

ceh. sejak bila lah pulak aku kawin ngan makcik ko.

maskedfacies said...

hoh. maksu aku ade lg yg x kawen. duduk romania skrg. nak?