Monday, 22 June 2009

Breaking rule sebab tiba-tiba konfius adakah menahan diri dari berblog itu satu jenis mujahadah? sejak bila?






Kenapa tak payah buat entri khas untuk hari bapa?

Tidak seperti mak, bapak-bapak sebetulnya tidak kisah pon kalau ada benda-benda tunjuk appreciate macam entri semacam ini untuk hari mereka.Ah entahkan ada hari untuk mereka macam lah diorang kesah.hahahaha
Aku tidak pernah menjadi bapak tapi mungkin bapak-bapak sebetulnya rasa yang ini.

Memang, mak juga tidak pernah mintak dibuat itu dan ini untuk tunjuk kita hargai mereka. Tapi kalau lah mak tau aku ada buat satu(eh ke 2?haha) entri khas untuk hari 'dia'. mesti dia terharu lah jugak. alangkan setiap kali setiap hari yg aku ada exam pon dia akan wish, sebab the act of respect should be mutual, dalam hal ini aku selaku anak kan mesti lebih-lebih lagi. komfem itu adalah touching buat diri dia. sayanglah 'buat kek' adalah benda biasa dalam kehidupan kami, so aku tak tau apa contoh benda-benda yg lain boleh buat die terharu jugak. whatever lah.

.

Sebetulnya bapak-bapak memang tidak pernah kesah pon.
Yang mereka kisah anak-anak makan apa. beli ka? kalau keluarga yg jenis makan di rumah akan fikir yg si mak nanti nak masak apa so nanti pegi pasar tak susah nak fikir nak beli apa
atau malam ni surau sana ada buat makan-makan jadi jom kita pergi sama-sama. haji belakang rumah ada buat kenduri pembukaan cybercafe baru pon jom!, Restoran wira sejati depan INTEC ada bagi makan free cepat-cepat jangan lambat sebab lepas pkol 8 nanti lauk dah habis. kadang-kadang bila ada majlis kenduri kendara yang kalau kena beratur dia di depan tiba-tiba dengan senang nya aku boleh potong line sebab dia ada. Mungkin itulah sebetulnya yang lebih penting. AIK banyak pulak cerita makan. hahaha

.

Dan kemudian memang bapak-bapak tidak pernah cakap terang-terang dia risau masa depan kita
tapi kita tahu dia fikir yang itu bila lepas UPSR dia sibuk-sibuk tanya kita nak masuk sekolah mana, lepas PMR dia cakap simple saja lepas ni kau kena stadi kuat sket sebab SPM macam penting lah jugak. dan lepas SPM dialah yang tak payah mintak pon dia tolong bawak anak-anak nak pegi interview kat mana-mana. ya, even pegi interview keje kilang pon dia tak pernah bising kalau kita mintak dia bawak. Memang dia tak pernah cakap depan-depan die peduli tapi kita boleh nampak yang itu bila dia yang semangat urus kita untuk uruskan kemasukan di bawah JPA n stuff
Dan memang dia tidak pernah cakap rindu kat anak dan memang tidak akan rasanya, haha, tapi kita boleh nampak yang itu bila setahun kita jauh, tiba-tiba dia semangat ajak mak nak jenguk kita di sini datang dari jauh-jauh. susah-susah aja.
Kadang-kadang memang dia tak cakap dia bangga dengan kita depan-depan. Tapi kita tahu dia ada rasa bila dia bawak kita pergi surau tiba-tiba ramai tanya ni ke anak kau yang tu Din?(aku bujang sudin, lol) Owhhhh.(perhatikan oh panjang). mungkin aku ada reason untuk dia bangga walaupun aku sedar tidak lah berapa mana sebenarnya.
(Ni kisah kita ke kisah aku neh? hahaha)

.

Ya, sekali lagi bapak-bapak tidak heran pon kalau entri ini ada atau tidak.
Sebab itu, yang aku perhati, memang ada lah jugak org yg buat entri untuk hari bapak,
TAPI tidaklah sehangat macam bila masuk hari ibu. Sana sini pung pang pung . Orang lain buat, suma blogger nak buat. Suma tak nak kalah. CEH. dan mungkin sebab itu ada jenis anti-establishment yang tidak buat entri untuk mak tapi tiba-tiba untuk hari bapak eh ada pulak. hahaha
jadi tiba-tiba aku tidak tahu hala tuju entri bapa ini. ini bukan entri wish. dia cuma reasoning. Memang tak payah cakap bapa kita hero kita macam ramai orang cakap sebab itu siapa pon tak tahu?

.

Seperti biasa, aku tidak pernah hafal tarikh lahir dia, tapi yang aku ingat dulu sebab aku selalu kena isi borang macam-macam no IC dia kena ada(520520)-rhyme gila jadi aku faham aku tahu tarikh lahir dia berapa-20 mei. Ya mungkin aku patut bangga kalau ingat tarikh lahir bapa adalah boleh dikira satu pencapaian dalam hidup aku. muahaha

.

Mungkin dia tak perlu wish atau apa-apa. Sekadar tanda ingatan yang kita anak dia saja sudah cukup sebagai tanda terima kasih. Jangan kasi dia malu macam zaman nakal-nakal masa muda-muda dulu sudah. (Eh tipu gila macam la sekarang dah baik, haha) Mana bapak nak letak muka. hahaha


Macam anak lelaki jiran tiba-tiba datang budak perempuan dgn keluarga dia carik sebab ada 'hal'. macam tu mana nak letak muka? kah kah kah




8 comments:

Amermeftah said...

Ceh, sempat snipe aku tu

Aku memang tak buat entri hari mak, yang hari bapak ni pon semata-mata nak kempen filim tu je, pada aku best giler sebab hero kahar nak mampuih, hati kering, tembak bini member selambe

dan aku nak nail akhowat yang tanak pakai musrep dan tanak paham pasal safar mar'ah

tapi adik-adik akhowat skang ok dah...

MarsMaseira said...

HAHA. saya buat entri hari ayah tapi ayah saya tak tau pun kewujudan blog sy ni. mungkin sekadar ingin meluahkan sesuatu yang tak terluah kepada ayah", dan kalau kamu perhatikan dalam entri hari ayah sy, begitu panjang huraiannya, tapi dalam kad hari ayah, hanya tertulis baris pertama sahaja "ayah, you've always been an idol to me" itu sahaja. kerana saya tahu sebaris itu sudah cukup untuk ayah fahami segala maksud yang tersirat.

p/s: agak-agak nanti jika kamu menjadi ayah, apa rasanya bila anak-anak meraikan kamu sempena hari ayah?

syafiqa salim said...

ko mcm paham gila perasaan bapak2..

x lame lagi adekah ko pulak jadi bapak?? hahaha

ayah2 memang tak peduli pon kewujudan hari utk dia.yang dia peduli anak2 sume mesti berjaye jd MANUSIA..

bujang sudin said...

amermeftah=haha saja ja tuh, ayat ko akhawat mungkin akan memikirkan pasal mushrif tu ok la.. nailing gila tuh kot
abang akmal macam garang kata adik-adik akhowat

mas=eh sudah berubah mode. haha
owh. tulah. kamu cakap dalam blog punyalah kan, tapi dalam kad ciput je bleh tulis. apetah lagi cakap depan-depan. sy HATI bapak! ke saya hati abah!
tapi tak semestinya si ayah akan faham. kamu tidak boleh expect org akan faham kalau hanya hint2 begitu kot, lagi-lagi lelaki. hahaha
aku tidak akan memanjakan anak sangat kot, mungkin mereka pon tak akan meraikan aku pon masa hari bapa
mungkin aku akan terharu, tapi diraikan tidaklah benda yang gila penting bagi diriku.
ataupun aku tidak pasti aku akan hidup lama dan berkahwin kemudian mendapat anak.

pika=wah, aku main cakap je pon. claim sendiri yg die rasa camtu. ntah2 dia tak rasa apapa pon. wahahah. lagipun kan aku masih budak
yg ko plak bila mahu jadi emak?
dah ada calon kan? *blind guess*

Amermeftah said...

sapa kata bapak tak rasa apa-apa, cuma bapak tak tunjuk aja, takut anak hilang respek kot, tapi belakang tunjuk, nak tau kena pandai politiklah, sia-sia rapat ngan mak kalau tak korek apa-apa, bapak mesto cite ngan mak punyalah

tambah kalau bapak yang dah tua, lagilah dia rasa atau terasa, semalam baru dapat imel, hai... baru ingat nak kawen ngan org jauh

Slimo said...

Aku pn rs bapak jenis x kesah sgt psl hari2 ni. Trivial matter je. Tp kalu org nk wish tu ya reit lah kan. Hepi je die dgr. Janji dpt anak yg berjaya n pandai hormat dh ckp la kot utk bapak.

bujang sudin said...

kema-takpe je kawen jauh, dah jodoh nak buat macam mana. yg penting selalu-selalu la dok jenguk jangan lupa

sle-aku yakin kau anak lelaki dalam keluarga yang paling hormat parents.
lagipun, ko kan satu-satunya anak lelaki. hahaha

Amermeftah said...

kepada adik-adik akhowat, kepala bapak korang!