Blog ini tidak akan diupdate sehinggalah bulan 7. sekian .
Ini adalah sebagai tanda menghormati musim exam, sebab bagaimana encik Exam akan menghormati aku kalau aku tidak tahu menghormatinya?
Kalau ada kawan-kawan yang rajin, sila doakan aku. dan yang claim sudah mendoakan, nanti boleh claim cupcakes ya?? hahahhaa
Aku tidak bercakap begini sebagai penjelasan yang konon-kononnya ada orang yang menantikan update dari aku. TIDAK.
Aku hanya bercakap kepada diri sendiri, sebab rupa-rupanya kadang-kadang aku perlukan 'reminder' dalam hidup ini.
Aku melihat ramai jenis manusia yang di dalam bilik ataupun kubu stadinya perlukan reminder dan kertas2 yang menulis kata-kata motivasi penganjak paradigma dan kalam2 hikmah penyuntik semangat.
dan kalau yang punya pacar mungkin ada yang print gambar kesayangannya itu dan diletakkan di sudut meja dan ditambah sendiri contengan di tepi bertulis 'chaiyyokk' sebagai booster. Agak aneh bagi aku sebenarnya.
Cuma itulah, lain orang, lain booster. Macam popeye, spinach kena ada baru boleh jadi kuat. macam tu lah agaknya. ceheheheheh
Sebab manusia itu pelbagai, setiap manusia punya cara, dan itu=bukan cara aku.
Yang aku amalkan selama ini, kalau mahu motivasi, tidak perlu ada kertas tergantung di depan mata untuk jadi pengingat. cukup dengan ingatan. bukan nak kata ingatan power, tidak sama sekali.
Tapi bukankah yang paling penting adalah hati ataupun motive?
Maksudnya apa guna letak di depan mata kertas bertulis 'berusahalah' kalau hati rupanya tidak di situ?
Sebab itu, cukup hanya di dalam hati.
tapi bak kata hukama', kalau tak nak ambil, jangan buang semua.
rupanya kadang-kadang aku perlukan reminder dalam hidup ini dan tak salah kalau sekali sekala aku buat macam tu dan itulah yang aku buat di dalam entri ini. mungkin seumur hidup hanya 3kali. hahahah
Bila jadi apa-apa, aku jenis tidak akan menyalahkan orang lain. aku akan salahkan diri sendiri.
Seperti kata Obama di Cairo 2 kelmarin mengulas isu 9/11,
"blaming others(Taliban,Iraq, Afghanistan) was the easiest way(Bush pasti bitter).
but we should not seek the easiest way only, we should seek the thruthest way, no matter how hard it may be."
Sebab itu,
"aku tidak cakap kepada sesiapa, aku hanya cakap kepada diri sendiri"
p/s:tiba-tiba nak ulas speech Obama dgn lebih lanjut, tapi bulan 7 nantilah.. hahahah