Saturday, 21 March 2009

Mengenai Ilmu dan ikhlas, Bagaimana menjadi rajin??



Ok..
bila aku cakap pasal belajar, aku tau kau orang dah set dalam pale otak yg ini entri boring.ok, aku admit..blajar memang boring, lagi lama belajar, lagi boring sampai mampos pon tak nak.
Kau kate tak? eh, belajar tu fun, aku suke, mcm-mcm aku dapat. hari-hari aku suke bace buku.ataupun kau kate..ohh, aku tak suke la hidup tak blajar, nt aku rs kosong.
ok, bullshit. Habis tu, kenapa lepas kau exam kau dok marathon muvi? Kenapa kau tak pegi baca dan baca lagi apa-apa yg kau belum tp boleh baca? dan kenapa lepas exam dan sebelum exam antara hobi kau ialah chatting? Ohh, mungkin chatting itu masuk dlm kategori membaca..yer, membaca apa yg si kawan tulis.ukhuwwah apa. hehe

Ok. kadang2 sebab aku stress sebab banyak sgt yg aku nak kena baca, mungkin ini yg dinamakan hormonal imbalance. aku tanya la kawan-kawan chatting aku. Camne ni, aku stress la, banyak sgt nak kena baca. Macam2 respon. Ada yg ok, ade yg tak ok. Ish, mende lah aku ni. Dah aku yg tanye, tapi lepas org bg neshat aku komen.memang banyak songeh.
tp dalam ramai2 tu..ada je yg ikhlas, tapi mungkin die sedikit mangkuk.takpe lah

Ha wei.camne nak ikhlas ni? Aku tanya dia.Die jawab. Senang je, ko buat tu ko pikir sume kerana Allah.
Damn. Masa bila pulak aku menafikan kewujudan Allah n Untuk sume mende yg aku buat atas muka bumi ni, yg wajib ke, yg harus ke, aku patut asingkan drpd menyedari atas sebab kewujudan tuhan?

Tak guna aku blajar kat mesir okay kalau basic aqidah aku hampeh. Jugak tak guna kalau aku tak boleh utk kaitkan menda2 yg aku buat hari-hari dgn kewujudan pencipta.Sedangkan lecturer aku yg tak pakai tudung,(ok, tudung satu kewajipan dalam agama kalau sape-sape yg tak tau) pon setiap kali die nak bukak point baru mase mengaja, antara ayat 1st, rabbina khalak lana bla bla bla...(tuhan menciptakan sistem begini begini begini utk manusia.....)

Aku tau sume tu.tp Sorry. nasihat kau aku dengar je. tapi tak cukup utk membantu aku.
Kau tak perlu jadik retorik kalau kau nak tegur aku.Kau tak perlu jadik mcm Obama utk raih undi aku.Contohnya, "american must know, that they must take further necessary action. that There is no time to wait. Even to think bla bla bla"
Ok, Obama, we must act, tapi act yg macam mana?? Cakap la!
Ataupun kau cakap, utk aku jadik rajin, aku mesti membersihkan yg dalam, baru lah yg luar akan mengikut.OK, aku dah malas dengar kau cakap sebab aku buat-buat tak faham mcm mana nak basuh yg dalam..camne tu?KAu nak suruh aku kuat berzikir`dan mengingat kebesaran Allah spy aku akan jadik manusia yg lebih bersyukur so nt aku akan jadik rajin?Macam tu ke?
Ok. Time kasehh! Mak aku tak pernah fail utk didik aku tunjuk rs terima kasih kalau org bagi apape. Nasihat kau akan aku simpan sebaik2nya

Aku memang suka mintak nasihat kat orang.
Satu hari aku pernah mintak nasihat dr waiter catering yg specialized dalam keja angkat air yg slalu cater function kat skolah aku. Sebab aku nampak muke die intelek, Mase tu aku cuak sebab nak SPM.
Aku tanya, Bang, mcm mane nak jadik rajin?? kebetulan masa aku tanye tu, result exam kat 'kolej' die baru kluar n dia antara org2 yg berjaya cecah pointer lebih dr 2.5. takpe. aku tau die bangga dgn result dia sebab ramai lagi yg lebih rendah. dan aku boleh terima tips2 dia yg agak realistik mcm stay up tu jgn lama2, fokus dalam kelas, jgn banyak minum minuman bercaffeine, limit kan hubungan dgn perempuan, contohnya disiplinkan diri sms awek 2 kali je sehari. Ok, kau mmg hebat dan tau macam mana nak jadi hebat. aku suka.
Pastu mase nak blah. die plak tanye aku..camne exam trial haritu?? brapa pointer??Aku cakap, adela sikit2, malu nak cakap.hik hik(sambil buat muke kerang busuk)
Oleh krn dia dah bg nasihat, takkan aku nak bgtau yg pointer aku tinggi sket dr die.HOrmat kene ade beb. (Aku tau kau orang sume tau aku penuh dengan adab dan nilai-nilai murni)..makasehh!

Ok.aku dah melalut.Antara nasihat2 yg aku igt ialah masa aku form 2. BIla aku tanya kat Ketua Pelajar skolah aku(form 5).
Aku sebilik dgn dia dan katil sebelah dia. Aku kat skolah dlu mat kes. dan mungkin tak berapa lama lepas aku tanya tu kalau aku tambah lagi jumlah kes aku.. mungkin aku akan digelar 'mat last kes', maksudnya kalau buat lagi mungkin akan kena tindakan drastik. kot la.(Aku exaggerate je ni, takdela sedashyat itu)
Ironi bukan?? ketua pelajar yg disayangi semua lapisan guru dan bakal best student, katil dia sebelah dgn aku yg hingusan, mat kes, dibenci guru dan ntah apa-apa ini.
Aku tanya. Bang Man, camne nak jadik rajin, power jawab exam dan legend macam abang??
Dia kontrol dan buat gaya2 cool seperti selalu. tapi aku takkan tak perasan perubahan atas diamater lubang hidung dia.memang kembang sedikit. aku nampak. got ya bitch!

DIa kata. Senang je, anggap ape yg kite blajar tu mcm awek kita.(ok aku takda awek. mase tu dan skarang)
So mcm mana kita nak buat? mesti hari-hari kita nak kontek die. mesti hari-hari kita nak recall pasal dia. mesti hari-hari kita nak bukak facebook dia(mase tu takde facebook lagi oke? ha ha!),tgk apa yg die buat, dia makan ke tak hari ni..adekah die moody hari ini??..Owh I'm affected too.Maka hari ini aku nak bad mood jugak.he he
memang. Its too metaphorical. tapi aku boleh terima sebab ia praktikal. Makasehh bang man! lain kali sy tak nakal lagi.Janji. Mungkin lepas ini aku akan hantar sms kat apa yg aku blajar dan cakap camni. Erm bile kite nak kuar dating lagie ngan awak?? hik hik.Aku memang gedik bila masuk bab2 ini

Tapi after all, lame-lame aku sedar, maksud ikhlas dalam belajar tu ialah, usaha sungguh-sungguh utk memahamkan sesuatu ilmu, even tak kisah betapa susah nye utk dpt sampai tahap macam tu, n tak kesah cabaran yg bakal menimpa, semata-mata sebab nak faham n bagi master ilmu tu. titik.
kau takkan jumpa ikhlas selagi kau tak faham apa yg kau belajar. Itu baru betul. at least itu la apa yg aku fikir. result n pencapaian tu bende lain. itu soal takdir dan rezeki.tak guna kau skor exam sebab kau hapal jawapan, tp kau tak faham pon apa yg kau belajar. Dan selagi aku tak faham, by all means aku kene la rajin utk faham mende yg aku tak faham tu.. Selagi aku tak faham. Eh aku dah pening.

Maksudnya, aku tak perlu siapa-siapa utk buat aku jadik rajin kot. Kalau itu yg aku faham. Aku tak perlu ade plak tugas sorang awek utk mengingatkan aku supaya jadik rajin. buat-buat muka comel dan mungkin berkata begini. Chaiyyok ye awak!, sy suke la kalau awak rajin! wtf, habis tu kalau kau nak jadik awek aku, kalau aku tak rajin, tak suke la??Ok. ini dah masuk bab menerima seadanya pulak. Bab lain.Mungkin ayat sy terima seadanya ini aku akan gunakan utk cover album aku yg aku dah rancang utk buat dr 2 taun lepas. tp sebab masalah teknikal, sebab tu tak siap lg.orang arab kata, lissa fi taariq.

atau mungkin aku boleh huraikan apa itu ikhlas melalui apa yg aku bincangkan dengan muslim(nama orang) lepas kami dengar khutbah jumaat di masjid bustan 4 taun lepas.Jgn tertipu, aku tak dengar sgt khutbah tu. dalam nak dekat sejam khutbah tu, aku dapat tangkap yg itu je
Khatib tu kata, nabi(saw) bersabda. "Ikhlas itu umpama semut hitam yg sedang berjalan di atas batu hitam dalam kegelapan malam" (au kama qaal)

HUiyoo.. ini perspektif lain drpd apa yg aku amalkan sebelum ni. Mungkin ia lebih tepat utk diamalkan dalam konteks ibadah. Dan itu terpulang kpd kekreatifan sendiri nak amalkan camne.




p/s:Ok.aku nak pegi jadik rajin sekejap
Tak guna buat konon2 faham kalau tak amalkan

2 comments:

maskedfacies said...

lapar2

bujang sudin said...

sikit kepek! mintakkan kat die~(sambil mulut muncung kat pika)