Aku ni jenis cepat kagum dengan orang. Mungkin aku akan buat satu entri lain untuk senaraikan apa-apa yg aku pernah kagum sepanjang kehidupan aku. Kat sini, aku pernah kagum dgn Munawarah.Bagi yg tak tau, Munawarah ni konon2nya mcm band nasyid rasmi Perubatan la. Mana taknya, dah la pioneer, perform atas pentas, ada lagu sendiri pulak tu. Bab peminat dan sorakan padu setiap kali buat show tu takyah crita lah.
Ok aku takdelah layan nasyid sgt pon. Tapi apa salahnya kan sekali skala layan, ade jugak unsur insaf dlm diri. Yg penting, aku rs lagi ok kot dr sesetengah golongan yg jadikkan platform nasyid utk carik populariti. Aku? Aku ok je apa-apa pon.eh kalau org suruh aku nyanyi lagu Ungu atas pentas mesir ni pon tak kesah apa.Nasyid pon ok, Rock kapak pon bole layan. memang tak kisah. LAgipun lagu edcoustic ni aku layan, selain nak buat2 cool dgn bagi alasan nak rs insaf tu sebagai faktor, mmg undeniable rhythm die mmg catchy pon kan. Dalam kata lain aku tak malu nak mengaku versatile lah. Maknanya tahu lah lagu yg macam mana yg market mahu kan. sesuai dengan WaQi' dan zaman. haha
Ok whatever lah. Nak dijadikan critanya, aku pernah berangan utk jadik mcm diorang.Tp nak buat camna, dah la suara tak sedap, gitar yg aku nak main tu ade pulak yg komplen kata tak syari' dan bakal menunjukkan contoh yg buruk jika diperdendangkan kat atas pentas. Dan konon2nye zaman student2 kat sini macam tu dah over. So apa guna nak kembali kan ke zaman tu blk ke. Mcm tu lah yg ak dengar justifikasi nye So oleh kerana sedar diri, aku memilih jalan Indie utk perform. Tidak perlu sorakan sebab tak sedap pon. Kalau ada pon yg nak mengatakan sokongan, mungkin melalui ym atau emel sudah mencukupi So, dengan tidak melengahkan masa, persilakan lagu yg tidak asing lagi yg hari-hari budak kat sini nyanyi tak kira lah kat dapur ke, sambil study ke, mahupun dalam W.C:
Edcoustic - Muhasabah cinta
Selamat mendengar!
p/s:Agak-agaknya aku ada harapan nak lawan tomok tak?hehe
Entah kenapa, dah jadik lumrah utk kalau jadi kenalan budak medik. n bila mereka berkontek sesama medik di internet. antara soalan yg akan eksaitet utk ditanya ialah. Hey, skarang ni kau tgh posting apa??? (tak sempat aku jawab lg,) Aku skang tengah posting ni.. bes la jugak. bla bla bla. tapi stress sket. bla bla bla.. tapi seronok.. bla bla bla.. aku suke la, mencabar tau! bla bla bla
Baguslah, itu tanda kau komited dengan apa yg kau blaja
OK, aku pon dah pikir apa jawapan aku nak bg kalau orang tanya. hey skarang kau posting apa??
Owhh.. Aku tgh O & G (Obstetrics n Gynaecology kpd yg tak tau) mencabar gila. Mana tak nya. takde satu hari pon aku lalui dgn aku baca buku dan takda perkataan 'V*g*n* ' dalam setiap mukasurat. Dan tak sah history taking kalau aku tak tanya camna perihal manusia bila berlaga lubang k**c**g dan cuba sebaik mungkin utk tidak membuat muka pervert, so patient akan open up to you. Dan mungkin ia akan lebih mencabar selepas 2 tahun lagi bila mana aku dah stat kerja dan posting dlm department ni. dan masa tu aku hari-hari menghadap realistik v*g*n* yg bukan hanya huruf v.a.g.i.n.a. tp ia v*g*n* yg entah sapa-sapa yg punya.Ohh (kalau aku gunakan term v.u.l.v.a barangkali lebih tepat)
aku tak tau apa point aku censored perkataan tu kalau kau orang sume faham.tp 2 saat kemudian aku terfikir bagus jugak aku censored kan, takdela nanti kalau org google v*g*n*(hello, penat tau type camni), diorang akan jumpe entri aku ni.. sebab dah 3 kali aku taip perkataan tu, dan tak pasal2 aku akan dicop pervert sebab entri bukan banyak pon, tp baru entri yg no-2 dah cite mende2 camni. tak pasal2 nt akan ada anon yg pegi komen kat blog aku ni macam ni : Get a life la u suckk!!
neway, tau tak dalam banyak-banyak seni ada satu seni yang best yang selalu aku amalkan?
itulah seni mendiamkan diri supaya tidak nampak bodoh.
George W Bush tak applikasikan seni ini, kalau kat malaysia, Ali Rustam pon sama
aku terlupa aku yang baru masuk posting ini masih sampah OnG dan mungkin akan perlukan buku complete idiot guide on how to take this posting
(terlupa untuk mendiamkan diri dalam isu OnG ini. haha)
p/s 1:aku seram dgn O n G..lecturer pernah kata kalau kau stadi 100%, mungkin kau hanya dpt 50%. Mungkin itu motivasi je nak kasi budak2 lagi rajin. kot.
Ok.. bila aku cakap pasal belajar, aku tau kau orang dah set dalam pale otak yg ini entri boring.ok, aku admit..blajar memang boring, lagi lama belajar, lagi boring sampai mampos pon tak nak. Kau kate tak? eh, belajar tu fun, aku suke, mcm-mcm aku dapat. hari-hari aku suke bace buku.ataupun kau kate..ohh, aku tak suke la hidup tak blajar, nt aku rs kosong. ok, bullshit. Habis tu, kenapa lepas kau exam kau dok marathon muvi? Kenapa kau tak pegi baca dan baca lagi apa-apa yg kau belum tp boleh baca? dan kenapa lepas exam dan sebelum exam antara hobi kau ialah chatting? Ohh, mungkin chatting itu masuk dlm kategori membaca..yer, membaca apa yg si kawan tulis.ukhuwwah apa. hehe
Ok. kadang2 sebab aku stress sebab banyak sgt yg aku nak kena baca, mungkin ini yg dinamakan hormonal imbalance. aku tanya la kawan-kawan chatting aku. Camne ni, aku stress la, banyak sgt nak kena baca. Macam2 respon. Ada yg ok, ade yg tak ok. Ish, mende lah aku ni. Dah aku yg tanye, tapi lepas org bg neshat aku komen.memang banyak songeh. tp dalam ramai2 tu..ada je yg ikhlas, tapi mungkin die sedikit mangkuk.takpe lah
Ha wei.camne nak ikhlas ni? Aku tanya dia.Die jawab. Senang je, ko buat tu ko pikir sume kerana Allah. Damn. Masa bila pulak aku menafikan kewujudan Allah n Untuk sume mende yg aku buat atas muka bumi ni, yg wajib ke, yg harus ke, aku patut asingkan drpd menyedari atas sebab kewujudan tuhan?
Tak guna aku blajar kat mesir okay kalau basic aqidah aku hampeh. Jugak tak guna kalau aku tak boleh utk kaitkan menda2 yg aku buat hari-hari dgn kewujudan pencipta.Sedangkan lecturer aku yg tak pakai tudung,(ok, tudung satu kewajipan dalam agama kalau sape-sape yg tak tau) pon setiap kali die nak bukak point baru mase mengaja, antara ayat 1st, rabbina khalak lana bla bla bla...(tuhan menciptakan sistem begini begini begini utk manusia.....)
Aku tau sume tu.tp Sorry. nasihat kau aku dengar je. tapi tak cukup utk membantu aku. Kau tak perlu jadik retorik kalau kau nak tegur aku.Kau tak perlu jadik mcm Obama utk raih undi aku.Contohnya, "american must know, that they must take further necessary action. that There is no time to wait. Even to think bla bla bla" Ok, Obama, we must act, tapi act yg macam mana?? Cakap la! Ataupun kau cakap, utk aku jadik rajin, aku mesti membersihkan yg dalam, baru lah yg luar akan mengikut.OK, aku dah malas dengar kau cakap sebab aku buat-buat tak faham mcm mana nak basuh yg dalam..camne tu?KAu nak suruh aku kuat berzikir`dan mengingat kebesaran Allah spy aku akan jadik manusia yg lebih bersyukur so nt aku akan jadik rajin?Macam tu ke? Ok. Time kasehh! Mak aku tak pernah fail utk didik aku tunjuk rs terima kasih kalau org bagi apape. Nasihat kau akan aku simpan sebaik2nya
Aku memang suka mintak nasihat kat orang. Satu hari aku pernah mintak nasihat dr waiter catering yg specialized dalam keja angkat air yg slalu cater function kat skolah aku. Sebab aku nampak muke die intelek, Mase tu aku cuak sebab nak SPM. Aku tanya, Bang, mcm mane nak jadik rajin?? kebetulan masa aku tanye tu, result exam kat 'kolej' die baru kluar n dia antara org2 yg berjaya cecah pointer lebih dr 2.5. takpe. aku tau die bangga dgn result dia sebab ramai lagi yg lebih rendah. dan aku boleh terima tips2 dia yg agak realistik mcm stay up tu jgn lama2, fokus dalam kelas, jgn banyak minum minuman bercaffeine, limit kan hubungan dgn perempuan, contohnya disiplinkan diri sms awek 2 kali je sehari. Ok, kau mmg hebat dan tau macam mana nak jadi hebat. aku suka. Pastu mase nak blah. die plak tanye aku..camne exam trial haritu?? brapa pointer??Aku cakap, adela sikit2, malu nak cakap.hik hik(sambil buat muke kerang busuk) Oleh krn dia dah bg nasihat, takkan aku nak bgtau yg pointer aku tinggi sket dr die.HOrmat kene ade beb. (Aku tau kau orang sume tau aku penuh dengan adab dan nilai-nilai murni)..makasehh!
Ok.aku dah melalut.Antara nasihat2 yg aku igt ialah masa aku form 2. BIla aku tanya kat Ketua Pelajar skolah aku(form 5). Aku sebilik dgn dia dan katil sebelah dia. Aku kat skolah dlu mat kes. dan mungkin tak berapa lama lepas aku tanya tu kalau aku tambah lagi jumlah kes aku.. mungkin aku akan digelar 'mat last kes', maksudnya kalau buat lagi mungkin akan kena tindakan drastik. kot la.(Aku exaggerate je ni, takdela sedashyat itu) Ironi bukan?? ketua pelajar yg disayangi semua lapisan guru dan bakal best student, katil dia sebelah dgn aku yg hingusan, mat kes, dibenci guru dan ntah apa-apa ini. Aku tanya. Bang Man, camne nak jadik rajin, power jawab exam dan legend macam abang?? Dia kontrol dan buat gaya2 cool seperti selalu. tapi aku takkan tak perasan perubahan atas diamater lubang hidung dia.memang kembang sedikit. aku nampak. got ya bitch!
DIa kata. Senang je, anggap ape yg kite blajar tu mcm awek kita.(ok aku takda awek. mase tu dan skarang) So mcm mana kita nak buat? mesti hari-hari kita nak kontek die. mesti hari-hari kita nak recall pasal dia. mesti hari-hari kita nak bukak facebook dia(mase tu takde facebook lagi oke? ha ha!),tgk apa yg die buat, dia makan ke tak hari ni..adekah die moody hari ini??..Owh I'm affected too.Maka hari ini aku nak bad mood jugak.he he memang. Its too metaphorical. tapi aku boleh terima sebab ia praktikal. Makasehh bang man! lain kali sy tak nakal lagi.Janji. Mungkin lepas ini aku akan hantar sms kat apa yg aku blajar dan cakap camni. Erm bile kite nak kuar dating lagie ngan awak?? hik hik.Aku memang gedik bila masuk bab2 ini
Tapi after all, lame-lame aku sedar, maksud ikhlas dalam belajar tu ialah, usaha sungguh-sungguh utk memahamkan sesuatu ilmu, even tak kisah betapa susah nye utk dpt sampai tahap macam tu, n tak kesah cabaran yg bakal menimpa, semata-mata sebab nak faham n bagi master ilmu tu. titik. kau takkan jumpa ikhlas selagi kau tak faham apa yg kau belajar. Itu baru betul. at least itu la apa yg aku fikir. result n pencapaian tu bende lain. itu soal takdir dan rezeki.tak guna kau skor exam sebab kau hapal jawapan, tp kau tak faham pon apa yg kau belajar. Dan selagi aku tak faham, by all means aku kene la rajin utk faham mende yg aku tak faham tu.. Selagi aku tak faham. Eh aku dah pening.
Maksudnya, aku tak perlu siapa-siapa utk buat aku jadik rajin kot. Kalau itu yg aku faham. Aku tak perlu ade plak tugas sorang awek utk mengingatkan aku supaya jadik rajin. buat-buat muka comel dan mungkin berkata begini. Chaiyyok ye awak!, sy suke la kalau awak rajin! wtf, habis tu kalau kau nak jadik awek aku, kalau aku tak rajin, tak suke la??Ok. ini dah masuk bab menerima seadanya pulak. Bab lain.Mungkin ayat sy terima seadanya ini aku akan gunakan utk cover album aku yg aku dah rancang utk buat dr 2 taun lepas. tp sebab masalah teknikal, sebab tu tak siap lg.orang arab kata, lissa fi taariq.
atau mungkin aku boleh huraikan apa itu ikhlas melalui apa yg aku bincangkan dengan muslim(nama orang) lepas kami dengar khutbah jumaat di masjid bustan 4 taun lepas.Jgn tertipu, aku tak dengar sgt khutbah tu. dalam nak dekat sejam khutbah tu, aku dapat tangkap yg itu je Khatib tu kata, nabi(saw) bersabda. "Ikhlas itu umpama semut hitam yg sedang berjalan di atas batu hitam dalam kegelapan malam"(au kama qaal)
HUiyoo.. ini perspektif lain drpd apa yg aku amalkan sebelum ni. Mungkin ia lebih tepat utk diamalkan dalam konteks ibadah. Dan itu terpulang kpd kekreatifan sendiri nak amalkan camne.
p/s:Ok.aku nak pegi jadik rajin sekejap Tak guna buat konon2 faham kalau tak amalkan
Poyo gila kadang-kadang mengaku zuhud padahal tahu sesampah mana pon orang kalau ada sifat riak kadang-kadang bukan senang nak buang semua. itu semua tipu! (tibbeh)
Kartonah dardish(chatbox)
Kalau nak baca, baca, tapi kalau tak nak jangan cakap tak tanya pulak
Seorang budak keding macam Zamani yang hobinya takdalah melantak pon, tapi di mana ADA MAKANAN, di situ ADA DIA. Dia memang suka makanan! dan dia memang tak akan menyesal.
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
-
*ULASAN*
*Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN
jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...
Flash Ho Induction
-
Copy & paste daripada post facebook saya pada 6 Januari 2022
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219682000576911&id=1124136785
------------------...
This journey is about ...
-
Iris banyak kali ulang, bila-bila kami berdiskusi, meratap nasib diri.
"Ini perjalanan jiwa. Bukan perjalan fizikal mahupun mental. Benar, akal
yang sedang...
Hello and goodbye 2016
-
Oh hi hello!
It has been a long time I know. I guess I forgot to blog, but a writer
never stops writing :)
After keeping this blog away from public for so...
Hello 2016
-
2015 was not a good year for me.I compromised a lot of life "deal-breaker"
principles for some people with the wishful thinking that they could change
and ...
the end of another chapter.
-
macam tipu je rasa sekajap sangat 2 tahun aku habiskan. 2 tahun melalui
hidup yang mencabar sebagai houseman di hospital ke 2 tersibuk di Malaysia.
tempat...
-
Semalam itu, I met with a magical man. Beliau datang dengan seluar di atas
dada menutup perut boroinya dan baju kemeja yang comot di poket. Di
tangannya ...
Jarum Dalam Daging (2013)
-
Jarum Dalam daging
"Kak, patient dah sampai?" tanyaku ingin tahu.
"Dah doktor, ada dekat bilik 6,"jawab kakak jururawat mesra.
Aku memang suka bertugas...
Lama betul tak menulis kt sini
-
Jadi, aku terbaca dekat satu status FB kawan aku pasal Proton Preve, yang
mana perbincangan dia membawa pasal cukai kereta malaysia yang tinggi gila.
Jadi ...
batu belah batu konkrit (bonda)
-
Lama tak berabuknya blog neh?? Kemaen sungguh~
I got dis pending post for USS trip, tapi cam tak berapa ada mood sangat
nak hapdet. Ampun, ampunnnn!
Latel...
Oh Malaysia ku..
-
Assalammualaikum dan apa khabar?
Harap semua sentiasa dalam keadaan yang sihat. So macam macam dengan puasa
so far? harap semua masih lagi berjaya untuk men...
Kenapa makcik tak boleh sembahyang?
-
Assalamualaikum semua,
Petang tadi saya pergi ke katil pesakit jagaan saya selepas ward round
bersama pakar. Wad pembedahan wanita memang selalu penuh. Jau...
Duit raya
-
Raya dengan duit raya macam sudu dengan garfu, macam roti dengan kaya,
macam pau dengan inti tausa, macam nasi lemak dengan sambal sotong (ok,
mentang-ment...
Malaysia dan kereta III
-
Bagi mereka yang memerlukan pinjaman untuk kenderaan, terdapat sistem
pinjaman berdasarkan syariat islam, selain dari pinjaman konvensional.
Kedua-dua s...
Kedut-kedut Di Mata Kamu
-
Yelah, ini mata makcik yang dah lebam2 -_-"
Aku x nak nmpak mcm freak kalo ckp psl benda ni.
Tapi....
Baru2 ni aku nmpk beberapa kwn aku punya mata dah...
memberitahu itu elak fitnah
-
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berjalan dengan isteri baginda y berniqab,
dan salah seorang sahabat baginda terserempak dgn mereka berdua, lalu
baginda m...
Sedang saye makan Ais Kerim Mars milik Eizlyn...
-
Ais Kerim..
menyamankan..
manis dan sedap..
puas hati bila dapat makan..
tapi...
bila makan laju sangat, otak jadi sakit kena brain freeze...
bila makan b...
Kunci kefahaman
-
Sebelum baca entri nie, dengar jawapan Syaikh Ali Jumaah tentang Al-Quran
dan Sains pada entri yang lepas.Satu perkara tentang ulama’, ialah mereka
ini mer...